KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,417 semalam berbanding 3,264 kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,598,391 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 2,536 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,526,817 kes.
Sebanyak lima kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,816 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,595 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 35,758 kes dengan 34,526 kes atau 96.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 20 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,164 kes atau 3.3 peratus pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 25 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN