Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 9,696 calon SPM 2021 peroleh semua A

    9,696 calon SPM 2021 peroleh semua A

    By June 16, 2022Updated:June 16, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gambar hiasan

    SERAMAI 9,696 atau 2.54 daripada 407,097 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada Mac lalu telah memperoleh keputusan semua A.

    Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid, seramai 71,842 calon atau 18.80 peratus memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

    “Calon yang mendapat keputusan lulus pula seramai 129,796 atau 33.96 peratus, manakala 125,454 atau 32.83 peratus merupakan calon yang gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2021 di Putrajaya hari ini.

    Sementara itu, bagi pencapaian lain-lain kombinasi gred mencatatkan seramai 43,703 bersamaan 11.44 peratus manakala 1,655 atau 0.43 peratus calon memperoleh keputusan semua gagal.

    Nor Zamani memaklumkan, Gred Purata Nasional (GPN) bagi SPM 2021 mencatatkan penurunan iaitu 4.86 berbanding 4.80 bagi SPM 2020. Nilai GPN lebih rendah menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

    Jelasnya, calon SPM 2021 adalah kohort pertama yang menggunakan format baharu dalam mata pelajaran iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Oleh itu, tidak wajar membandingkan pencapaian SPM 2020 dan 2021 memandangkan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

    “Pelaksanaan KSSM menyediakan calon dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

    “KSSM memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif,” tuturnya.

    Dalam pada itu, sebanyak 55.29 peratus calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran.

    “Seramai 382,156 atau bersamaan 88.09 peratus daripada 407,097 calon SPM 2021 layak menerima sijil.

    “Calon-calon perlu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk melayakkan mereka mendapat sijil SPM,” ujarnya.

    Terang beliau, format SPM 2021 merangkumi 95 mata pelajaran, 180 kertas peperiksaan, 68 mata pelajaran sedia ada dan 27 mata pelajaran baharu.

    Pelaporan Analisis Prestasi Mata Pelajaran pula dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 27 mata pelajaran baharu, 48 mata pelajaran sedia ada dengan format baharu dan 20 mata pelajaran sedia ada dengan format sedia ada.

    Calon-calon SPM 2021 boleh mula menyemak keputusan mereka bermula hari ini pada jam 10 pagi hingga 24 Jun 2022, jam 6 petang di myresultspm.moe.gov.my atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<jarak>nombor kad pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.-RELEVAN

    Previous Article2,320 kes baharu Covid-19, 5 kematian dilaporkan semalam
    Next Article Keputusan SPM kurang cemerlang? Jangan putus asa, masih ada peluang pendidikan untuk anda

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.