Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rancang kewangan sebelum capai umur 30

    Rancang kewangan sebelum capai umur 30

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 13, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BAGI kebanyakan orang dewasa berusia sekitar 20-an, matlamat utama ketika baru sahaja memulakan kehidupan bekerja mungkin menyewa rumah berdekatan tempat kerja mereka atau memiliki rumah pertama. 

    Bermulanya kehidupan sebagai dewasa, hari-hari yang mendatang akan menjadi satu cabaran untuk merancang kewangan dari sudut perbelanjaan dan penyimpanan.

    Rata-rata mereka ketika berusia awal 20-an mengalami kesukaran untuk menyimpan wang simpanan bukan kerana mereka tidak bijak berbelanja, namun gaji yang diterima pada peringkat permulaan pekerjaan agak rendah.

    Tambahan lagi, kebanyakkan dari mereka mempunyai komitmen seperti pembayaran semula wang bantuan dan pinjaman pelajaran mereka.

    Oleh yang demikian, dengan mempunyai perancangan dan hala tuju kewangan pada usia 20-an, ia akan sedikit sebanyak membantu untuk mencapai angka simpanan yang ditetapkan ketika berusia 30-an kelak.

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kenaikan simpanan minimum yang dicadangkan ialah sebanyak RM228,000 untuk ahlinya menjelang umur 55 tahun, berbanding jumlah minimum yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM196,800.

    “Simpanan asas merujuk kepada jumlah yang dianggap mencukupi bagi menampung keperluan persaraan asas ahli KWSP selama 20 tahun, bermula umur 55 hingga 75 tahun sejajar dengan jangka hayat kebanyakan rakyat Malaysia. 

    Kuantum baharu ditanda aras dengan pencen minimum bagi kakitangan sektor awam yang dinaikkan daripada RM820 kepada RM950 sebulan daripada umur 55 hingga 75 tahun,” tambah KWSP.

    Menurut jadual yang diberikan oleh KWSP, pada umur 30 tahun rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya RM29,000 dalam akaun KWSP.  

    Dengan mempunyai simpanan minimum pada umur 30 tahun seperti yang dicadangkan, anda kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai jumlah minimum wang simpanan yang diperlukan untuk menampung kehidupan selepas bersara sekali gus, dapat sedikit sebanyak mampu untuk menyara diri dan keluarga sehingga berusia 75 kelak.

    Namun, perlu diingatkan bahawa setiap individu mempunyai tanggungan dan kemampuan yang berbeza dari segi pendapatan, gaya hidup dan komitmen.  Maka, mulakan simpanan mengikut kemampuan masing-masing.  

    Menurut bekas Penolong Pengurus Besar Bank Islam Malaysia Berhad, Makhzan Hussein, salah satu cara untuk menyimpan wang dengan berkesan ialah memperuntukkan sebahagian daripada gaji kasar untuk simpanan bulanan.

    “Setiap individu yang bujang mahupun sudah berkeluarga perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang diterima setiap bulan sebagai simpanan. Jika mempunyai pendapatan sampingan, tetapkan beberapa bahagian wang sebagai dana kecemasan,” cadang Makhzan.

    Selain itu, teknik pemotongan automatik juga boleh dipertimbangkan.  Teknik ini merujuk kepada sejenis sistem simpanan peribadi yang mana setiap kali menerima gaji daripada majikan, beberapa jumlah dana akan ditolak secara automatik daripada akaun bank anda ke dalam akaun simpanan atau pelaburan setiap dua minggu.

    Pelan simpanan jenis ini sesuai untuk individu yang ingin terus komited untuk membina simpanan tanpa perlu mendepositkan dana secara manual setiap beberapa minggu.

    Pelan simpanan automatik ini boleh membantu menguruskan tabiat perbelanjaan kerana wang yang telah diasingkan dan di masukkan ke akaun-akaun yang lain ini tidak lagi boleh dibelanjakan sekali gus, dalam masa yang sama dapat meningkatkan wang simpanan.

    Individu yang berumur sekitar 20-an kebanyakannya baru ingin menapak menjalani kehidupan sebagai orang dewasa dengan matlamat untuk mempunyai rumah, kereta dan keluarga sendiri. Justeru, perancangan kewangan penting untuk merancang masa hadapan dengan teliti agar tidak tersilap langkah.  – RELEVAN

    Previous ArticleKaitan sindrom Ramsay Hunt, virus cacar air dan kayap
    Next Article 2,092 kes baharu Covid-19, 4 kematian dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.