Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hari STEM Robotik, kongsi ilmu kejuruteraan dan reka bentuk robotik

    Hari STEM Robotik, kongsi ilmu kejuruteraan dan reka bentuk robotik

    By June 3, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENDEDAHAN kepada mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu dipupuk sejak awal agar dapat melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang ini.

    Seiring dengan perkembangan pesat teknologi pada masa kini, kepakaran mereka sangat diperlukan bahkan semakin meningkat saban hari dan dikatakan bidang ini membuka peluang kerjaya yang cukup besar.

    Sehubungan itu, bagi memperkasakan dan menggalakkan lebih ramai pelajar terlibat dalam bidang STEM, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan telah menganjurkan Hari STEM Robotik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) selama tiga hari bermula 30 Mei hingga 1 Jun lalu.

    Program tersebut disertai oleh para pelajar sekolah sekitar Daerah Seremban yang mana mereka didedahkan dengan ilmu asas kejuruteraan robotik sehingga mampu mereka bentuk robot sendiri.

    Program tersebut turut diisi dengan pertandingan robotik sebagai penilaian kepada apa yang mereka telah pelajari selama tiga hari dalam STEM Robotic Camp sempena Hari STEM Robotik JKM.

    Kemuncak program itu adalah perlawanan akhir robotik antara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Enstek dan SMK (Felda) Seri Sendayan. Pertandingan itu telah dimenangi oleh SMK (Felda) Seri Sendayan.

    Pengarah Politeknik Nilai, Wan Zulkifly Wan Zakaria berkata, pihaknya sentiasa komited dalam mendukung agenda Kementerian Pengajian Tinggi bagi memperkasa STEM melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

    “Berbekal kepakaran yang dimiliki oleh pensyarah dalam pelbagai lapangan kejuruteraan, sains dan teknologi, saya percaya JKM, Politeknik Nilai mampu dan sememangnya berkeupayaan untuk menggalas peranan dalam konteks tersebut.

    “Usaha yang berterusan dalam menyokong pemerkasaan STEM dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 akan memastikan bidang ini menjadi pilihan generasi muda,” katanya ketika merasmikan Hari STEM JKM, Politeknik Nilai baru-baru ini.

    Selain pertandingan robotik, terdapat juga pameran akademik, perkongsian pengalaman dari panel penasihat industri dan alumni, kuiz kenegaraan oleh Jabatan Penerangan Daerah Seremban serta lawatan dalam kampus.-RELEVAN

    featured pelajar pendidikan robotik STEM
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.