Facebook Twitter
    Trending
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026
    • Pendidikan

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana hasilkan resume yang unggul? ikuti tip yang dikongsikan oleh konsultan kerjaya ini

    Bagaimana hasilkan resume yang unggul? ikuti tip yang dikongsikan oleh konsultan kerjaya ini

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 1, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DALAM pasaran kerja hari ini, resume menjadi keperluan nombor satu permintaan bakal majikan. Sebelum majikan menemu duga dan berjumpa dengan anda, meneliti resume ialah langkah pertama yang dilakukan majikan untuk mengenali bakal pekerja mereka. 

    Cara anda menarik perhatian dan menonjolkan diri kepada majikan menerusi persembahan resume akan membezakan anda dengan calon-calon yang lain. Penting untuk menyediakan resume yang unggul kerana ia membolehkan majikan mengetahui kelebihan dan apa yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat.

    “Ketika anda memohon sesuatu pekerjaan iaitu dengan menghantar resume, akan wujud persaingan yang sangat sengit kerana setiap permohonan kerja melibatkan sekurang-kuragnya 250 orang pemohon atau lebih. 

    “Kebarangkalian permohonan anda diterima ialah sekurang-kurangnya 2 peratus,” kata  Konsultan Kerjaya di Career Cube, Nik Akmal Nik Othman.

    Nik Akmal juga berkongsi beberapa tip untuk menghasilkan resume berkualiti bagi melayakkan diri anda diterima bekerja.

    Antara tip yang dikongsikan ialah rujuk kepada notis pengiklanan kerja ketika menghasilkan resume.  Senaraikan segala kemahiran, pencapaian dan pengalaman bekerja supaya bakal majikan lebih mengenali anda. Resume adalah medium di mana anda ‘mengiklankan’ diri sendiri. 

    Dokumen sokongan seperti surat iringan, surat sokongan, portfolio dan sijil juga boleh membantu menonjolkan diri anda secara profesional.  

    Peraturan utama ketika menghasilkan resume adalah memastikan ia pendek, tepat dan padat. Sebolehnya, resume yang dihasilkan tidak melebihi satu halaman melainkan mempunyai pengalaman bekerja yang luas atau banyak pengalaman kerja yang sangat sesuai dengan bidang kerja yang majikan perlukan.

    Cara mudah untuk memastikan resume anda ringkas adalah dengan memasukkan hanya pengalaman kerja terkini yang relevan dengan bidang kerja yang ingin dimohon.

    “Tiada templat khusus untuk menghasilkan resume yang baik.  Sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang dicari, itu sudah dikira sebagai resume yang bagus,” terangnya lagi.

    Nik Akmal juga melakukan perkongsian menerusi akaun Twitter miliknya.

    Dalam ciapan mengenai isu penghasilan resume, beliau berkata anda perlu fahamkan konsep resume yang baik akan melayakkan anda ke peringkat seterusnya iaitu mendapat tawaran temu duga.  

    Apabila dipanggil ke temu duga, anda sebenarnya mempunyai kualiti yang majikan perlukan dan resume anda berjaya tonjolkan perkara tersebut.

    Jika anda berjaya menunjukkan prestasi yang bagus ketika sesi temu duga, anda berkemungkinan besar akan mendapat tawaran bekerja. 

    “Dua kemahiran asas ini perlu dipelajari dan diasah untuk pencari kerja kerana ia merupakan ilmu yang digunakan sepanjang zaman dan akan diulang guna dalam tempoh anda berkerjaya, tidak kira sama ada sebagai pekerja atau majikan,” ujarnya. – RELEVAN

    Previous Article5 manfaat kacang walnut menurut pakar, diet harian yang sangat penting
    Next Article Fakulti Pembangunan Manusia menang empat kategori di Anugerah Akademia UPSI 2021

    Artikel berkaitan

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026
    Artikel Terkini

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.