Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tingkat kesedaran ibu bapa, kanak-kanak dan pengusaha taska tentang HFMD

    Tingkat kesedaran ibu bapa, kanak-kanak dan pengusaha taska tentang HFMD

    By dan Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 19, 2022Updated:May 19, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENINGKATAN kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) boleh diatasi jika kesedaran tentangnya dalam kalangan ibu bapa, kanak-kanak dan pemilik premis jagaan kanak-kanak dapat ditambah baik.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hebahan berkenaan titik panas penyakit berkenaan juga boleh membantu memberi peringatan kepada ibu bapa supaya lebih berwaspada apabila berada dalam kawasan yang mempunyai jangkitan tinggi.

    Jelas beliau, ibu bapa perlu diberi kesedaran tentang gejala awal dan langkah pencegahan penyakit tersebutn supaya dapat memberi perlindungan yang lebih baik kepada anak-anak.

    “Sekiranya anak mereka ada tanda awal dan gejala HFMD, mereka tidak hantar anak mereka ke taska atau sekolah. Kebanyakan kes HFMD berlaku di taska dan tadika kerana kanak-kanak suka memasukkan tangan mereka ke dalam mulut lalu penyakit itu merebak melalui air liur. 

    “Yang penting kita beri penerangan kepada ibu bapa (tentang) apa itu HFMD, apa gejala awal dan apa langkah (yang perlu diambil) apabila tahu anak mereka ada gejala,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Hari Asma Sedunia 2022 ni Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur hari ini.

    Kes HFMD dilaporkan meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lalu, apabila mencatatkan 31,661 kes terkumpul pada minggu epidemiologi 19/2022 (14 Mei) lalu, berbanding hanya 2,121 kes pada ME sama tahun lalu.

    Khairy menjelaskan, ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak mereka tentang langkah kebersihan diri seperti membasuh tangan, seperti yang dilakukan untuk mencegah wabak Covid-19 sebelum ini.

    Untuk pemilik premis terutamanya taska dan tadika pula, kata beliau, perlu sentiasa melakukan pembersihan bagi memastikan semua permukaan dalam premis bersih, sekali gus mengelakkan penularan penyakit tersebut.

    “Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) perlu membuat pemberitahuan kepada masyarakat berkenaan titik-titik panas HFMD. MySejahtera juga ada ciri baharu yang memaklumkan jangkitan beberapa penyakit dalam kawasan kita, seperti tibi dan HFMD.

    “Pemberitahuan ini membantu ibu bapa untuk membuat keputusan, sama ada perlu keluar atau tidak dan sentiasa berwaspada. Ibu bapa juga perlu selalu bertanya.

    “Katakan saya lihat di Mysejahtera ada 500 kes HFMD di kawasan saya. Saya boleh tanya taska atau tadika anak saya, ada atau tidak kes HFMD. Jika ada, apa langkah yang diambil premis tersebut bagi memastikan pembersihan dapat dibuat dengan baik,” katanya. – RELEVAN 

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.