Facebook Twitter
    Trending
    • Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya
    • ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian
    • Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026
    • Kerjaya

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » OKU mampu bangkit jadi usahawan berjaya

    OKU mampu bangkit jadi usahawan berjaya

    By Zubaidah IbrahimMay 19, 2022Updated:May 19, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MEMEGANG status orang kelainan upaya (OKU) bukanlah satu hal yang mudah kerana perlu berhadapan dengan stigma masyarakat yang meragui keupayaan mereka, malah tidak kurang juga ada bertindak biadab dengan mengejek atau dijadikan bahan jenaka.

    Namun, perkara tersebut tidak menjadi halangan untuk mereka mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing walaupun terpaksa bermula dari bawah dan menelan 1001 kepayahan sehingga mampu membina empayar perniagaan sendiri.

    Salah seorang OKU, Yusairi Hafiz Tajudin, 31, membuktikan dia mampu menjadi usahawan berjaya walaupun berdepan kesukaran kerana masalah urat saraf tangan dan kaki kanan sejak berusia 12 tahun selepas mengalami demam secara tiba-tiba.

    “Saya menjalankan perniagaan Putu Piring Warisan Nenek sejak empat tahun lalu menggunakan resipi keluarga yang diturunkan dari nenek kepada ibu saya.

    “Berbekalkan modal RM3,000 saya memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan menjualnya di tepi jalan,” cerita anak kedua daripada lima beradik itu.

    Hasil kerja keras pemuda itu kini berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM30,000 sebulan dengan beroperasi di tiga cawangan yang terletak di Medan Selera Pasar Moden MPSJ SS15, Subang Jaya, Medan Selera Wawasan SS3, Petaling Jaya dan Seksyen 2 Shah Alam.

    Kesungguhan pemuda itu menjalankan perusahaan tersebut telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Liga Usahawan OKU Selangor anjuran Selangor Youth Community (SAY).

    Sehubungan itu, Yusairi bersama pemenang tempat kedua dan ketiga berjaya membawa pulang piala serta sijil pengiktirafan dari SAY.

    Mereka juga layak ke peringkat SAY LEAD+ iaitu program bimbingan selama satu tahun untuk membantu usahawan tersebut mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baharu, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.

    Pada masa akan datang Yusairi bercadang untuk membina kilang putu piring dan menjualnya secara sejuk beku. Putu Piring Warisan Nenek bukan sahaja dijual di kedai, tetapi turut menerima tempahan untuk pelbagai acara keraian seperti rumah terbuka, perkahwinan dan majlis korporat.

    Sementara itu, pemenang tempat kedua Liga Usahawan OKU Selangor, Faizul Ahmad Zuki, 39, turut mencipta kejayaan tersendiri menerusi perniagaan Cuci Karpet Bukit Beruntung yang beroperasi sejak empat tahun lalu.

    Dia yang merupakan OKU penglihatan (buta mata sebelah kanan) telah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk sebagai pereka grafik, tetapi pekerjaan itu tidak bertahan lama kerana keadaan kesihatan matanya dan juga tanggapan orang sekeliling yang tidak percaya dia mampu melakukannya.

    “Saya mengalami masalah penglihatan sekitar 22 tahun lalu disebabkan oleh kemalangan jalan raya dan sejak itu terpaksa menempuh hidup yang sukar termasuk menjadi bahan ejekan rakan-rakan.

     

    “Syukur keluarga banyak memberi semangat dan saya mula mendapat idea untuk menjalankan perusahaan mencuci karpet apabila mendapati sukar mencuci karpet di rumah,” cerita pemegang Diploma Teknologi Percetakan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

    Pada peringkat awal memulakan perniagaan itu, Faizul hanya mencuci karpet secara kecil-kecilan di belakang rumah dengan berbekalkan modal RM3,000 dan kini dia sudah memiliki premis perniagaan sendiri dengan aset kedai bernilai lebih RM100,000.

    Perkhidmatan mencuci karpet itu dilakukan bersama tujuh orang pekerja yang mana salah satu daripada mereka merupakan OKU dengan kawasan cucian itu meliputi Tanjung Malim, Perak sehingga ke Putrajaya (cucian karpet rumah) manakala bagi karpet masjid dan pejabat pula bermula dari Perlis sehingga Johor.

    “Untuk mencuci karpet ini memerlukan kepakaran agar ia tidak rosak kerana karpet yang kami cuci kebanyakannya bernilai tinggi sehingga mencecah puluhan ribu.

    “Sehubungan itu, saya mengikuti beberapa kelas cucian karpet dan menggunakan mesin cucian khas serta melatih para pekerja untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan,” ujar bapa kepada empat orang cahaya mata itu.

    Faizul kini dalam usaha memberi latihan cucian karpet kepada OKU untuk membuka peluang kepada golongan tersebut bagi menceburi perniagaan ini.

    “Ia merupakan impian dan harapan saya untuk membantu rakan-rakan OKU bangkit berjaya sama seperti orang lain,” ujar anak kedua daripada empat beradik itu.-RELEVAN

    Previous ArticleTahniah rakyat Malaysia, tiada kenaikan mendadak kes Covid-19 selepas Aidilfitri
    Next Article Inhaler biru tidak merawat asma, hanya beri kelegaan sementara

    Artikel berkaitan

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026
    Artikel Terkini

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.