Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rancang gaya hidup persaraan anda sekarang sebelum terlambat

    Rancang gaya hidup persaraan anda sekarang sebelum terlambat

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 29, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Towfiqu barbhuiya-Unsplash

    SELEPAS beberapa dekad bekerja keras demi kelangsungan kehidupan, waktu persaraan anda sepatutnya menjadi masa lapang yang diisi dengan rutin bersama keluarga atau melakukan hobi. 

    Tetapi, bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ramai yang masih dibelenggu masalah kewangan selepas bersara.  Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua daripada tiga ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 simpanan persaraan. Ini meletakkan mereka berisiko hidup di bawah garis kemiskinan.

    Tempoh persaraan anda mungkin masih jauh, namun merancang persaraan lebih awal adalah tindakan terbaik daripada menunggu tahun-tahun akhir sebelum bersara. Sama ada bekerja di pejabat ataupun menjalankan perniagaan sambilan, anda perlu menyediakan dana persaraan yang kukuh bagi memastikan kehidupan selepas persaraan yang selesa.

    Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Laporan Tahunan 2021 berkongsi empat cara untuk menetapkan gaya hidup persaraan anda mulai hari ini. 

    • Rancang kehidupan selepas bersara

    Bermula dengan merancang kehidupan selepas bersara, anda akan lebih nampak apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.  Langkah untuk menetapkan matlamat yang memberi manfaat dan keuntungan adalah penting untuk kesejahteraan kewangan anda, tetapi anda juga perlu mengenal pasti tujuan sebelum menetapkan matlamat yang ingin dicapai.

    Sama ada mahu melancong ke luar negara atau ingin memulakan perniagaan berdasarkan hobi seperti membuka kafe atau bakeri.  Pastikan anda membuat perancangan dengan meneliti dengan mengambil kira segala kemungkinan yang baik dan buruk sebelum membuat keputusan muktamad.

    • Elakkan mengeluarkan wang simpanan persaraan lebih awal

    Menurut statistik yang dikongsikan oleh KWSP, ramai ahli yang mengeluarkan simpanan persaraan mereka terpaksa bermula dari awal semula.  Jika anda tidak mempunyai perancangan konkrit selepas mengeluarkan simpanan persaraan lebih awal, anda berkemungkinan tidak akan mempunyai simpanan yang mencukupi ketika tiba masanya untuk bersara.

    • Pertimbangkan kesan kos tersembunyi yang boleh mengurangkan nilai simpanan persaraan

    Untuk lebih berhemah dalam pengumpulan wang simpanan persaraan, anda perlu mengambil kira faktor yang boleh mengurangkan nilai persaraan seperti inflasi, fi dan caj supaya anda tidak melakukan kesalahan dalam pengiraan simpanan persaraan anda.  Faktor seperti inflasi, fi dan caj dilihat mampu menjejaskan penyata kewangan simpanan persaraan jika tidak diambil kira daripada peringkat awal.

    • Dapatkan maklumat tentang skim persaraan

    Anda boleh dapatkan maklumat tentang skim persaraan daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pentadbir Pencen Swasta Malaysia untuk merancang kewangan persaraan anda dengan lebih berhemah.

    Jika anda memerlukan perancangan kewangan yang lebih teliti dan tepat, dapatkan rujukan daripada perancang kewangan yang berlesen. 

    KWSP juga menawarkan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS), perkhidmatan perundingan profesional untuk membantu anda merancang persaraan. Melalui perkhidmatan ini, perunding profesional KWSP akan membimbing apa yang perlu dilakukan untuk mengembangkan simpanan persaraan anda.

    Seiring dengan ini, RAS juga menjalankan program pendidikan kesedaran dan kewangan. Jika anda merupakan ahli KWSP, semua program ini tersedia secara percuma.

    Perjalanan kerjaya dan kewangan setiap individu berbeza, kesedaran dan kesediaan untuk menyimpan wang untuk persaraan amat penting walaupun perlu melalui masa yang sukar.

    Tambahan pula, sudah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk merancang kewangan dan menabung secukupnya untuk menampung kehidupan persaraan yang selesa pada masa hadapan. – RELEVAN

    Previous ArticleTersalah lapor cukai? Ikuti panduan dan langkah ini
    Next Article 2,107 kes positif Covid-19 dilaporkan semalam, sifar BID

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.