KES harian jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan yang mendadak kepada 2,478 kes semalam, berbanding 4,006 kes yang direkodkan kelmarin.
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,433,551 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 928 kes atau 37.45 peratus manakala sebanyak 1,518 kes atau 61.26 peratus direkodkan bagi kategori 2.
Jelas beliau, kategori 3 mencatatkan sebanyak 16 kes (0.65 peratus) manakala 11 kes (0.44 peratus) pula direkodkan bagi kategori 4 dan lima kes (0.20 peratus) untuk kategori 5.
Semalam juga mencatatkan sebanyak 9,215 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,330,037 kes atau 97.7 peratus.
Menurut data laman web CovidNow, semalam turut merekodkan lapan kematian dan dua kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,507 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,515 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 68,007 dengan 66,014 atau 97.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 86 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,809 atau 2.7 peratus pesakit dirawat di hospital, 35 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 63 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN