Facebook Twitter
    Trending
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    • Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    • Elak minum air kelapa jika…
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    • Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • 10 bandar paling ramai penduduk di dunia
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makan lobak merah dan tomato selama empat minggu untuk kulit cantik berseri

    Makan lobak merah dan tomato selama empat minggu untuk kulit cantik berseri

    By April 8, 2022Updated:August 20, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MEMILIKI kulit yang cantik dan berseri menjadi idaman setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita sehingga sanggup berhabisan duit untuk membeli produk mencantikkan kulit dan juga mendapatkan rawatan di klinik kecantikan.

    Kemahuan itu semakin melonjak tatkala hari raya bakal tiba yang mana masing-masing berlumba-lumba untuk berpenampilan menarik termasuklah memastikan kulit cantik berseri.

    Berita baik kepada anda semua, tidak perlu berhabisan ribuan ringgit untuk mendapatkan kulit yang cantik, tetapi hanya mengamalkan pemakanan daripada sumber semula jadi yang mengandungi karotenoid.

    Perkara itu dikongsikan oleh Saintis Pemakanan, Dr. Suri Roowi yang mendedahkan bahawa pengambilan makanan yang tinggi karotenoid akan menjadikan kulit lebih cantik dan berseri.

    “Nak wajah kita berseri kenalah rajin mengamalkan pemakanan yang tinggi karotenoid. Bahan ini terdapat dalam sayuran dan buah-buahan.

    “Sebagai contoh, lobak merah dan tomato mengandungi karotenoid yang sangat tinggi,” kata beliau menerusi perkongsian video di laman Facebook miliknya.

    Karotenoid adalah salah satu antioksidan yang penting untuk kesihatan tubuh badan kita dan turut berfungsi membekalkalkan vitamin A. Ia juga merupakan bahan kimia yang memberi warna semula jadi kepada buah-buahan dan sayur-sayuran

    Jelasnya, kajian menunjukkan kulit akan menjadi lebih sihat dan berseri setelah mengamalkan sumber pemakanan yang tinggi karotenoid selama empat minggu.

    Suri memberitahu, sekiranya ingin mengamalkan jus lobak merah itu hendaklah diambil bersama susu kerana bahan karotenoid itu akan diserap lebih banyak ke dalam darah dan masuk ke kulit.

    “Bagi mereka yang ingin mengamalkan pemakan tomato pula, sebaiknya dimasak sebentar dengan sumber minyak contohnya, minyak zaitun dan barulah dimakan.

    “Cara penyediaan tersebut akan menggalakkan penyerapan lebih banyak. Selain itu, anda juga boleh mencelupkan sahaja tomato ke dalam minyak zaitun untuk mendapatkan khasiat lebih baik,” terangnya.

    Tambah beliau, antara jenis tomato yang paling tinggi khasiat ialah tomato ceri.

    Sementara itu, dalam kajian klinikal yang dibuat mendapati kulit orang yang mengamalkan pemakanan tinggi karotenoid akan berubah menjadi lebih segar, ceria, sihat, bertukar rona merah dan tidak pucat.-RELEVAN

    Artikel berkaitan

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025

    Elak minum air kelapa jika…

    December 1, 2025

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025
    Artikel Terkini

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025

    Elak minum air kelapa jika…

    December 1, 2025

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.