SEMALAM mencatatkan sebanyak 14,692 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 17,476 kes kelmarin.
Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,234,087 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 8,557 kes atau 58.24 peratus manakala sebanyak 6,056 kes atau 41.22 peratus didiagnosis dalam kategori 2.
Jelas beliau, kategori 3 pula mencatatkan sebanyak 27 kes (0.18 peratus), 19 kes (0.13 peratus) dalam kategori 4 dan 33 kes (0.23 peratus) bagi kategori 5.
Semalam juga mencatatkan sebanyak 20,383 kes sembuh, menjadikan kumulatif kes kesembuhan adalah sebanyak 3,997,786 kes.
Dalam pada itu, menurut data laman web CovidNow, semalam juga mencatatkan 56 kematian dengan 11 daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,069 kematian manakala jumlah terkumpul BID sebanyak 7,397 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 201,232 dengan 196,491 atau 97.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 555 kes atau 0.3 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 3,925 atau 2.0 peratus pesakit dirawat di hospital, 108 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 153 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN