Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Langsai hutang dengan pengeluaran KWSP

    Langsai hutang dengan pengeluaran KWSP

    By Zubaidah IbrahimMarch 31, 2022Updated:April 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gambar hiasan.

    ESOK (1 April), berjuta-juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mula memohon untuk pengeluaran wang sebanyak RM10,000 dari akaun skim persaraan masing-masing.

    Ini adalah kali keempat kerajaan membenarkan pengeluaran daripada tabung yang dikhaskan untuk hari tua. 

    Tiga skim sebelum ini,  i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra  menyaksikan 7.34 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.6 juta ahli berumur di bawah 55 tahun telah membuat pengeluaran berjumlah RM101 bilion.

    Satu portal khas pengeluarankhas.kwsp.gov.my juga diwujudkan khas bagi tujuan itu untuk memohon pengeluaran bermula 1 April selama sebulan dan pembayaran dibuat bermula pada 20 April ini.

    Berikut Relevan kongsikan apa yang anda boleh lakukan dengan wang RM10,000 itu untuk memastikan kehidupan lebih baik pada masa akan datang.

    1. Langsaikan hutang

    Langsaikan hutang dengan faedah tertinggi. Paling utama ialah kad kredit. Setiap tahun caj faedah kad kredit adalah 18 peratus. Ini bermakna untuk baki hutang RM10,000 akan membolehkan anda membayar RM1,800 dalam faedah tidak termasuk hutang pokok. 

    Ia bermaksud, jika anda menyelesaikan hutang kad kredit RM10,000 dengan menggunakan pengeluaran KWSP, anda menyelamatkan bayaran faedah sebanyak RM1,800 setahun. Anda juga tidak terbeban dengan bayaran bulanan.

    2. Membuat simpanan

    Jika untuk tujuan menabung, pastikan pulangan daripada RM10,000 yang dikeluarkan itu lebih tinggi atau setara berbanding apa yang diberikan oleh KWSP. Jika tidak, kekalkan simpanan RM10,000 itu dalam KWSP.  Faedah atau perkongsian keuntungan untuk akaun simpanan biasa di bank hanya 0.25 peratus.

    Untuk simpanan tetap (fixed deposit) hanya 1.85 peratus. KWSP membayar antara lima hingga enam peratus setiap tahun. Apa yang penting, faedah yang diperoleh daripada simpanan mesti lebih tinggi daripada kadar inflasi bagi memastikan nilai wang RM10,000 tidak susut.

    3. Jangan menambah hutang

    Jangan menambah hutang dengan pengeluaran RM10,000 ini. Ia bermakna membeli barangan yang tidak perlu dengan wang berkenaan atau lebih teruk membeli barangan yang lebih mahal. Sudahlah simpanan KWSP berkurangan selepas pengeluaran, tetapi hutang seseorang semakin bertambah.

    4. Melabur dalam saham

    Melabur dalam pasaran saham adalah satu pilihan, tetapi harus diingat bahawa terdapat risiko dalam pelaburan saham. Ramai yang bercerita mengenai bagaimana mereka mendapat pulangan daripada pasaran saham atau kripto. Namun, ketika mengalami kerugian mereka tidak akan bercerita. Paling selamat melabur dalam saham yang memberikan dividen yang konsisten dan tidak terdedah kepada kejutan naik turun harga.

    5. Pelaburan logam

    Pelaburan dalam logam seperti emas memberikan kestabilan pulangan. Ada yang memberi barangan kemas, tetapi lebih baik membeli “jongkong” emas. Dengan RM10,000 pada harga semasa anda boleh membeli 40 gram gold bar. 

    Ia juga mudah dijual dan kurang terdedah kepada diskaun jualan balik berbanding barang kemas.  RM10,000 yang akan dikeluarkan adalah jumlah yang besar kepada ramai rakyat. Oleh itu, penting cara menggunakan wang tersebut bagi mendapat pulangan terbesar dan bukan untuk mendapat lebih banyak masalah.- RELEVAN

    Previous Article15,941 kes baharu, 33 kematian semalam
    Next Article Kegilaan pakai lampin di usia dewasa

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.