Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan terpedaya penapis air tiruan

    Jangan terpedaya penapis air tiruan

    By March 29, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEMAKIN banyak rumah menggunakan penapis air untuk memenuhi keperluan keluarga. Populariti produk tersebut dalam kalangan isi rumah juga membuatkan semakin banyak jenama penapis air yang cuba untuk menembusi pasaran.

    Persaingan sebegini, pada satu sudut, memberikan kelebihan kepada pengguna yang  mempunyai lebih banyak pilihan. Persaingan kualiti dan harga yang rancak membolehkan pengguna mendapatkan produk yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih rendah.

    Namun, pengguna tetap perlu berhati-hati. Sebilangan pengusaha produk penapis air mengambil kesempatan terhadap populariti produk tersebut dengan memasarkan penapis yang tidak menepati piawaian kualiti dengan harga yang sangat rendah.

    Tingkat kesedaran

    Menurut syarikat pensijilan kualiti, NSF International, produk penapis air tiruan atau tidak berkualiti mempunyai rupa yang sama dengan penapis air lain, tetapi tidak menggunakan teknologi yang sama dengan penapis air yang mempunyai pensijilan kualiti.

    Ini menyebabkan pengguna terdedah kepada risiko seperti pencemaran plumbum, merkuri, racun herba, racun perosak, asbestos dan bahan farmaseutikal. Malah, air yang digunakan juga berpotensi dicemari bahan lain yang terlarut disebabkan penapis yang tidak berkualiti. Bahan cemar ini juga tidak boleh dikesan melalui rasa dan bau, menyebabkan pengguna tidak sedar bahawa mereka sedang menggunakan air yang tercemar.

    Pengurus Kanan Bahagian Penapisan Global NSF International, Stefan Buck berkata, kesedaran tentang penapis air tiruan penting dan pengguna sebolehnya membeli daripada pengedar yang sah dan tidak menjalankan apa-apa transaksi dengan penjual yang mencurigakan dalam talian.

    “Sebaik sahaja anda menerima produk tersebut, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk memeriksa sama ada penapis tersebut sah.

    “Pertama, cuba periksa jika ada simbol yang tidak tepat pada pakej yang diterima atau ketiadaan tanda pensijilan. Kedua, rasakan berat penapis tersebut. Penapis tiruan kebiasaannya lebih ringan berbanding penapis sebenar.

    “Jika was-was, periksa jika penapis tersebut menerima pensijilan NSF di laman web kami,” katanya.

    Cari tanda pensijilan

    Menurut NSF, terdapat lima kelebihan untuk produk penapis air yang menerima pensijilan NSF, iaitu:

    • Memberi jaminan produk tersebut telah menjalani pemeriksaan yang adil bagi memastikan ia mematuhi piawaian dan panduan yang mapan.
    • Memastikan pihak ketiga yang dipercayai telah mengesahkan pelabelan dan dakwaan produk secara objektif
    • Memaparkan komitmen organisasi terhadap kualiti, pematuhan dan keselamatan
    • Menunjukkan bahawa produk tersebut disokong oleh sekumpulan profesional beroperasi di lebih 180 negara yang berdedikasi terhadap kesihatan dan keselamatan awam.
    • Membezakan produk daripada pesaingnya, menawarkan kelebihan pasaran kepada pembangun produk dengan produk yang disijilkan.

    Pensijilan NSF juga bukanlah bersifat sekali beri (one-off). Menurut NSF, pensijilannya melibatkan pemeriksaan bersemuka di kemudahan pembuatan dan pengujian semula rutin terhadap produk bagi memastikan produk tersebut terus memenuhi piawaian tinggi sama yang diperlukan untuk mengekalkan pensijilannya.

    “Jika produk gagal memenuhi satu atau lebih kriteria pensijilan ketika pengujian semula, NSF akan mengambil tindakan untuk melindungi pengguna. Tindakannya termasuk penarikan produk, pengumuman awam atau penarikan sijil.

    “Produk yang mempunyai tanda pensijilan NSF memenuhi semua keperluan piawaian, termasuk pengujian produk dan pemeriksaan berkala bagi mengesahkan pematuhan piawaian yang berterusan,” katanya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.