Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Diagnosis dan urus menopaus dengan betul, elak komplikasi penyakit kronik

    Diagnosis dan urus menopaus dengan betul, elak komplikasi penyakit kronik

    By March 17, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ISU berkaitan menopaus sangat jarang diperkatakan secara terbuka, membuatkan wanita melaluinya dalam diam kerana sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif, janggal dan stigma.

    Sebaliknya, bercakap mengenai menopaus memberi kelebihan kepada wanita yang sedang atau bakal melalui fasa tersebut untuk belajar menguruskan peralihan hidup mereka dengan lebih baik, disokong dengan pilihan rawatan dan persekitaran yang betul.

    Pakar Perunding Ginekologi, Onkologi Ginekologi dan Pakar Bedah Robotik di Pusat Perubatan Sunway, Dr. Thangesweran Ayakannu berkata, masyarakat perlu menggalakkan lebih banyak perbualan dan berkongsi ilmu tentang menopaus.

    “Pengetahuan mengenai menopaus sangat penting supaya masyarakat mempunyai pemahaman lebih baik tentang apa dan mengapa ia berlaku.

    “Ini adalah langkah pertama yang baik untuk memahami simptom menopaus agar wanita melalui peralihan itu dengan lebih sihat,” ujarnya.

    Menopaus fasa semula jadi wanita

    Beliau memberitahu, menopaus merupakan fasa semula jadi kehidupan untuk semua wanita yang berlaku seiring peredaran waktu dan penuaan.

    Wanita dilahirkan dengan ovari yang menghasilkan telur, hormon estrogen dan progesteron yang mengawal haid. Menopaus berlaku apabila ovari tidak lagi mengeluarkan telur serta hormon.

    Walau bagaimanapun, menopaus boleh berlaku lebih awal jika ovari dibuang melalui pembedahan atau rosak akibat terdedah kepada kemoterapi. Ini dikenali sebagai menopaus pramatang.

    Kebanyakan wanita mencapai tempoh menopaus antara umur 50 dan 51 tahun. Namun, menopaus boleh berlaku pada bila-bila masa sekitar usia 45 hingga 55 tahun.

    Sementara itu, pramenopaus boleh terjadi kepada wanita berusia pertengahan atau lewat 40-an.

    Gejala menopaus

    Gejala menopaus boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seharian terutamanya bagi wanita yang menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka dalam tenaga kerja.

    Antara gelaja itu ialah panas, berpeluh malam, menggigil, perubahan emosi, masalah tidur, kekeringan faraj, ketidakselesaan semasa persetubuhan, dorongan seks berkurangan, rambut menipis, kulit kering, berat badan bertambah, metabolisme perlahan, masalah air kencing seperti inkontinens dan jangkitan air kencing serta masalah ingatan.

    Setiap wanita mengalami pengalaman menopaus yang berbeza

    Ramai wanita tertanya-tanya berapa lama gejala menopaus akan berlangsung dan jawapannya ialah ia berbeza-beza bagi setiap wanita.

    Sifat, keterukan dan susunan simptom juga berbeza-beza. Contohnya, hot flushes biasanya terjadi dalam tempoh satu hingga dua tahun tetapi ia juga boleh berterusan sehingga 10 tahun atau lebih lama. Secara purata, menopaus berlangsung antara lima hingga 10 tahun.

    Thangesweran berkata, walaupun menopaus merupakan proses semula jadi, jika simptom itu merisaukan dan anda tidak dapat meneruskan aktiviti harian dengan baik, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan.

    “Jika tidak didiagnosis dan diurus dengan betul, komplikasi tertentu seperti penyakit jantung, strok dan osteoporosis mungkin berlaku kepada segelintir wanita,” katanya.

    Beliau turut berkongsi petua untuk wanita menghadapi menopaus dengan baik seperti berikut:

    1. Didik diri anda tentang menopaus dan buat perubahan gaya hidup yang diperlukan mengikut keperluan.
    1. Biasakan perbualan tentang menopaus dengan keluarga, rakan dan rakan sekerja.
    1. Jika anda adalah pasangan, ahli keluarga atau rakan kepada seseorang yang mengalami menopaus cuba beri sokongan dan fahami mereka.
    1. Belajar mengenal pasti simptom, terutamanya jika ia mula menjejaskan fungsi harian anda dan dapatkan bantuan perubatan profesional.
    1. Raikan peralihan ini sebagai bahagian yang indah dalam perjalanan seorang wanita.

    Bagi menyokong kesihatan wanita, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City telah menubuhkan Klinik Menopaus khusus yang menyediakan ruang selamat untuk wanita memeriksa diri mereka. -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.