Facebook Twitter
    Trending
    • Lukisan potret realistik dengan api
    • Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?
    • 175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    • 7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  
    • 1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam
    • 379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    • 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan
    • Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

      February 7, 2023

      7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

      February 6, 2023

      1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

      February 5, 2023

      379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital

      February 4, 2023

      Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 3, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Lukisan potret realistik dengan api

      February 7, 2023

      Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

      February 7, 2023

      5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

      February 3, 2023

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penghidap kanser kolon tertinggi dalam kalangan lelaki

    Penghidap kanser kolon tertinggi dalam kalangan lelaki

    By Zubaidah IbrahimMarch 15, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DATA Kementerian Kesihatan mendedahkan kanser penyebab kedua tertinggi kematian di Malaysia dengan kanser kolon disenaraikan sebagai kanser tertinggi dalam kalangan lelaki dan kedua tertinggi bagi wanita.

    Menurut Pakar Bedah Kolorektal, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Dr Luqman Mazlan, punca sebenarnya penyakit ini masih belum diketahui.

    “Walaupun ia dikaitkan dengan kecenderungan genetik, tetapi menerusi perhatian ia bersangkutan dengan cara pemakanan individu yang banyak makan daging merah dan berlemak.

    “Kanser ini boleh menyebabkan pendarahan ketika membuang air besar atau berlaku perubahan tabiat membuang air besar untuk beberapa minggu atau bulan,” katanya.

    Pengesahan awal paling berkesan ialah dengan menjalani ujian kolonoskopi atau ujian najis fecal occult blood.

    Kanser kolon membabitkan pelbagai kaedah rawatan antaranya pembedahan dan kemoterapi. Kadangkala kaedah radioterapi turut digunakan jika kanser tersebut berada di rektum.

    “Sesiapa sahaja dalam kalangan orang dewasa boleh menghidap kanser kolon. Bagaimanapun, ia jarang berlaku pada individu bawah umur 50 tahun,” katanya. Dr Luqman turut menjelaskan, berdasarkan trend semasa, rata-rata pesakit yang didiagnosis sudah berada pada tahap tiga dan empat.

    Rawatan

    Secara lazimnya, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang bahagian di mana kanser itu terbentuk. Setelah seseorang pesakit disahkan mengalami penyakit kanser kolon atau rektum, rawatan seterusnya melibatkan pembedahan.

    “Ini boleh berlaku dalam situasi kecemasan (emergency surgery) atau pembedahan dirancang dan diperjadualkan (elective surgery). Jenis pembedahan bergantung kepada lokasi ketumbuhan itu di dalam usus.

    “Pembedahan ini bukan sahaja melibatkan pemotongan usus malah juga saluran darah dan kelenjar limfa yang berdekatan dengan kanser tersebut. Ini kerana, kanser sering merebak melalui saluran darah dan kelenjar limfa,” jelasnya.

    Kaedah pembedahan dibahagikan kepada cara terbuka (open surgery) atau cara tebukan laparaskopik (laparoscopic key-hole surgery).

    Rawatan susulan seperti kemoterapi akan bergantung kepada tahap dan jenis kanser tersebut.

    Ketumbuhan kecil

    Menurut beliau, kanser usus selalunya bermula dengan satu ketumbuhan kecil bukan kanser (benigna) yang wujud pada dinding usus yang dikenali sebagai polip adenoma.

    “Sesetengah polip boleh berkembang menjadi kanser kolon malignan dari semasa ke semasa jika ia tidak dikeluarkan semasa kolonoskopi (prosedur melihat lapisan dalam usus).

    “Jika tidak dikeluarkan, sel yang telah berubah menjadi sel kanser usus besar akan ‘menceroboh’ dan merosakkan tisu sihat yang terdapat berhampiran tumor utama sekali gus, menyebabkan timbulnya banyak komplikasi yang tidak diingini,” ujarnya.

    Kata beliau, selepas tumor berkembang, sel-sel kanser boleh bergerak melalui sistem darah dan limfa sebelum merebak ke bahagian badan yang lain.

    “Sel kanser juga boleh tumbuh di beberapa tempat, menyerang dan memusnahkan tisu sihat yang lain di seluruh badan.

    “Rawatan kanser menjadi semakin rumit jika pengesanan dan rawatan pada peringkat awal tidak dilakukan,” tuturnya lagi.- RELEVAN

    *Artikel ini disunting dari artikel “Kanser kolon pembunuh nombor satu lelaki” yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 20 Mei 2021.

    featured kanser kanser kolon pembunuh nombor 1
    Artikel Terkini

    Lukisan potret realistik dengan api

    February 7, 2023

    Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    February 7, 2023

    175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    February 7, 2023

    7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    February 6, 2023

    1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

    February 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.