Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bilangan pengangggur menurun, kadar pengangguran kekal 4.2% pada Januari

    Bilangan pengangggur menurun, kadar pengangguran kekal 4.2% pada Januari

    By March 9, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BILANGAN penganggur menurun kepada 680,400 orang pada Januari lalu, menjadikan kadar pengangguran negara kekal 4.2 peratus pada bulan tersebut.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kedudukan tenaga buruh semakin baik pada Januari didorong oleh peningkatan berterusan dalam guna tenaga.

    Kata beliau, bilangan penganggur menurun 1.1 peratus berbanding Disember manakala kadar pengangguran kekal pada 4.2 peratus.

    “Bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 15.69 juta orang berbanding 15.65 juta orang pada Disember, mencatatkan nisbah guna tenaga kepada penduduk yang lebih tinggi iaitu 66.2 peratus.

    “Justeru, tenaga buruh meningkat sebanyak 0.2 peratus mencatatkan 16.37 juta orang berbanding 16.34 juta orang pada Disember, seterusnya membawa kepada peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh Januari kepada 69.1 peratus berbanding 69 peratus pada Disember,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Jelas Mohd. Uzir, situasi itu mencerminkan aktiviti ekonomi yang menggalakkan pada Januari berikutan kesemua negeri telah berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan perniagaan terus beroperasi pada kapasiti penuh dengan waktu perniagaan yang lebih panjang.

    Tambah beliau, daripada jumlah penganggur, 83.7 peratus adalah mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif, mencatatkan penurunan sebanyak 1.2 peratus kepada 569,500 orang.

    “Seterusnya, 56.3 peratus adalah mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan manakala 7.5 peratus adalah mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun.

    “Bagi penganggur yang tidak aktif atau mereka yang percaya tiada pekerjaan tersedia, jumlah ini berkurang sebanyak 0.2 peratus merekodkan 110,900 orang berbanding 111,100 orang pada Disember,” katanya.

    Dalam pada itu, kadar pengangguran belia bagi umur 15 hingga 24 tahun turut menurun sebanyak 0.5 mata peratus merekodkan 13.2 peratus pada Januari.

    Kata Mohd. Uzir, bilangan penganggur belia bagi kumpulan umur ini menurun sebanyak 0.9 peratus kepada 364,500 orang berbanding 367,700 orang pada Disember.

    “Trend sama turut dilihat dalam kadar pengangguran bagi umur 15 hingga 30 tahun yang berkurang kepada 8.3 peratus, mencatatkan seramai 521,800 orang penganggur berbanding 533,800 orang 8.5 peratus pada Disember,” katanya. – RELEVAN

    DOSM featured kerjaya pengangguran
    Artikel Terkini

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025

    Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

    July 8, 2025

    Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

    July 7, 2025

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.