Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip kewangan untuk pelajar di luar negara

    5 tip kewangan untuk pelajar di luar negara

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 21, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Buro Millennial (Pexels)

    BELAJAR di luar negara sememangnya digalakkan. Pelajar bukan sahaja dapat kelulusan yang diiktiraf dan dipandang tinggi, mereka juga dapat belajar budaya luar serta meluaskan lagi pengalaman sepanjang tempoh pengajian di sana.

    Namun, modalnya bukan sedikit. Pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara perlu membuat persiapan kewangan secukupnya supaya pengalaman pendidikan dan masa di luar negara dapat dinikmati sepenuhnya.

    Sehubungan itu, Pengarah Negara WorldRemit Malaysia, Ridzuan Aziz berkongsi lima tip kewangan untuk pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

     

    • Buat perancangan awal

    Luangkan masa untuk mendalami setiap aspek perbelanjaan yang diperlukan untuk satu semester di luar negara sebelum menetapkan masa dan destinasi. Perbelanjaan purata untuk satu semester di luar negara dijangka kira-kira AS$14,000 (RM58,562), namun bergantung kepada lokasi pengajian.

    Sediakan wang yang lebih berbanding yuran pendidikan kerana terdapat banyak lagi perbelanjaan lain yang perlu ditanggung. Ia termasuk pengangkutan, insurans perjalanan, insurans kesihatan, makanan dan pelancongan.

    • Ambil tahu tentang bayaran perkhidmatan

    Rakyat asing dengan akaun di negara lain akan dikenakan bayaran transaksi tukaran asing apabila mereka menggunakan kad kredit atau mengeluarkan wang dari mesin ATM. Oleh itu, penting untuk pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara mendapatkan maklumat berkenaan bayaran yang bakal dikenakan pihak bank dan pelajari cara untuk mengoptimumkan penggunaan kad kredit serta debit di luar negara.

    Bayaran perkhidmatan kiriman wang juga akan berbeza-beza, bergantung kepada pihak bank atau pemberi perkhidmatan tersebut. Adalah penting untuk membandingkan cara kiriman wang yang berlainan untuk mendapatkan kadar tukaran asing yang terbaik dengan bayaran kiriman wang yang terendah.

    • Utamakan keselamatan

    Bagi melindungi wang anda ketika menggunakan perkhidmatan kiriman wang, gunakan peranti yang selamat dengan mengelakkan untuk menggunakan komputer awam dan rangkaian Wifi terbuka. Anda juga perlu memastikan anda mempunyai kata laluan yang kukuh. Sesetengah pemberi perkhidmatan kiriman wang juga menggunakan teknologi biometrik seperti pengenalan imbasan muka atau cap jari untuk memberikan keselamatan tambahan dalam transaksi anda.

    Selain keselamatan, keluarga pelajar luar negara juga boleh mendapatkan akses kepada pelbagai cara untuk menguruskan dana kewangan mereka dengan efisien. Sesetengah pemberi perkhidmatan kiriman wang seperti WorldRemit membolehkan pengguna untuk menetapkan pemberitahuan dalam aplikasi mudah alih agar mereka dapat memanfaatkan tawaran yang disediakan khas untuk negara asal atau destinasi pengajian di luar negara.

    • Guna kad kredit apabila perlu sahaja

    Ada sesetengah pelajar luar negara yang pulang ke negara asal dengan membawa hutang kad kredit yang tinggi sebagai cenderahati. Sekiranya ibu bapa atau ahli keluarga menyediakan elaun perjalanan, mereka boleh mengirimkan wang ke akaun anda dan bukannya menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran. Bayaran kiriman wang adalah lebih rendah berbanding kadar faedah kad kredit, jadi keluarga anda harus menggunakan cara ini untuk memindahkan wang mereka.

    • Elak melakukan kiriman wang kecil

    Bayaran perkhidmatan akan dikenakan bagi setiap kiriman wang. Oleh itu, adalah penting untuk mengelakkan daripada membuat beberapa kiriman wang yang kecil. Rancang kewangan anda terlebih dahulu untuk mengelakkan kesilapan yang lazim berlaku. Kadar tukaran asing juga akan berbeza dari satu kiriman wang dengan kiriman wang yang lain. Jadi, penting untuk membuat perbandingan tentang kadar tukaran dan jika boleh, hanya melakukan kiriman wang apabila kadar yang dikenakan berada pada purata atau lebih rendah. – RELEVAN

    Previous Article26,832 kes baharu dicatatkan semalam, 37 kematian
    Next Article 5 snek sihat yang mudah disediakan dan sangat sedap

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.