Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Boleh buka akaun Tabung Haji serendah RM2

    Boleh buka akaun Tabung Haji serendah RM2

    By February 7, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    LEMBAGA Tabung Haji (TH) yang ditubuhkan pada September 1963 adalah sebuah institusi menabung yang amat penting kepada umat Islam di negara ini. TH juga menjadi saluran bagi melaksanakan Rukun Islam yang kelima iaitu ibadah Haji.

    Kini, TH sudah berkembang dengan pesat dan mempunyai lebih 8.4 juta pendeposit. Ia telah berjaya menguruskan lebih 1.5 juta umat Islam dari Malaysia untuk menjejakkan kaki di Masjidil Haram bagi menunaikan ibadah Haji.

    Kejayaan melaksanakan haji kerana sikap umat Islam sendiri yang mahu menabung. Pembukaan akaun simpanan di TH juga sangat mudah dan ringkas. Ini kerana TH telah menyediakan pelbagai platform bagi kemudahan dan keselesaan umat Islam dari mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja untuk menabung.  

    TH mempunyai 123 cawangan di seluruh negara di samping kerjasama dengan Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic sebagai rakan strategik. Ia juga menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak melalui TH Komuniti bagi memudahkan masyarakat menabung..

    Aplikasi THiJARI

    Salah satu langkah proaktif yang dilaksanakan oleh TH ialah memperkenalkan aplikasi THiJARI. Ia memudahkan pendepositnya untuk melakukan pelbagai transaksi hanya di hujung jari, dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

    THiJARI adalah saluran tambahan kepada perkhidmatan kaunter dan platform atas talian yang sedia ada di lebih 10 ribu titik sentuh seluruh negara. Sila layari www.thijari.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi tersebut.

    Trend penggunaan meluas teknologi maklumat (IT) dan internet pada  masa kini jelas memperlihatkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan golongan muda dan berusia. Ia sudah menjadi satu keperluan.

    TH menggunakan kelebihan itu dalam penyampaian perkhidmatan supaya pendeposit kekal mempunyai pilihan..

    Simpanan permulaan serendah RM2

    Pengurus Besar Digitalisasi Perniagaan Menanggung Tugas Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abd. Wahab berkata, semua warganegara Malaysia beragama Islam boleh membuka akaun simpanan TH dengan simpanan permulaan serendah RM2 sahaja.

    “Menerusi simpanan permulaan serendah RM2 itu, saya yakin lebih ramai lagi akan membuka akaun dan mencarum dalam TH dan sekarang ini pembukaan akaun boleh dilakukan secara dalam talian. Malah urusan simpanan dan Haji boleh dilakukan melalui pautan serta aplikasi THiJARI.

    “Objektif utama penubuhan TH adalah untuk memudahkan dan mengendalikan urusan haji para pendeposit dengan pembukaan akaun TH,” katanya.

    Tambah beliau, selain menikmati perkhidmatan TH sebagai instrumen penyimpanan dan mendapat agihan pendapatan tahunan, para pendeposit diberikan khidmat untuk menunaikan ibadah haji yang juga Rukun Islam yang kelima.

    Pendeposit turut berpeluang untuk mendaftar haji dengan hanya mencukupkan simpanan mereka sehingga RM1,300 sekali gus, layak untuk menunggu giliran ke Tanah Suci.

    Para pendeposit boleh terus menyimpan duit simpanan mereka dari semasa ke semasa sehinggalah cukup menampung kos haji sementara menunggu giliran.

    “Untuk membuka akaun, para pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian dan kemudian hadir ke mana-mana cawangan TH dalam tempoh 30 hari dengan membawa MyKad dan amaun simpanan permulaan bagi membuat pengesahan biometrik.

     “Tiada lagi beratur panjang dan menunggu masa yang lama untuk membuka akaun,” terangnya.

    Kelebihan simpanan di TH

    Antara kelebihan yang diberikan kepada pendeposit TH adalah termasuk memastikan pelaburannya patuh syariah demi menjamin setiap ringgit simpanan pendepositnya serta memperoleh pulangan yang kompetitif.

    TH sentiasa menitikberatkan kepentingan para pendepositnya dalam apa jua aktiviti perniagaan dan pelaburan diceburinya yang dikawal selia oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah.

    Pada masa yang sama, semua simpanan di TH dijamin kerajaan 100 peratus selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.

    Konsep simpanan dalam akaun TH adalah berasaskan jaminan yang mana pendeposit memberi keizinan kepada institusi kewangan itu untuk menggunakan tujuan perniagaan dan pelaburan.

    TH menjadi bukti kejayaan menggalakkan budaya menabung serta melaksanakan tuntutan wajib agama dan lebih 1.5 juta umat Islam telah meraih manfaatnya.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.