Facebook Twitter
    Trending
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    • Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    • Elak minum air kelapa jika…
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dihina ‘sampah’, idea diplagiat, ini cabaran menjadi content creator di Malaysia

    Dihina ‘sampah’, idea diplagiat, ini cabaran menjadi content creator di Malaysia

    By January 27, 2022Updated:July 27, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MELIHAT kejayaan pencipta kandungan (content creator) mendorong ramai anak muda menceburi bidang tersebut. Ada yang fikir, ia antara kerjaya yang bukan sahaja memberikan pulangan wang, malah menyeronokkan.

    Namun, menjadi pencipta kandungan bukanlah semudah disangka. Banyak cabaran yang perlu dihadapi, lebih-lebih lagi dalam keadaan persaingan yang sengit ketika ini.

    Pencipta kandungan, Gob Ahmad yang telah menghasilkan ratusan kandungan tular untuk pelbagai klien berkongsi lima cabaran dalam kerjayanya sebagai pencipta kandungan.

    SELAIN mencipta kandungan untuk klien, Gob Ahmad (kiri) turut mempunyai saluran Yotube sendiri, LUAS MY yang digerakkan bersama Teha (tengah) dan Asip. – GAMBAR UTUSAN

     

    • Mahu jadi nombor satu

    “Usaha untuk menghasilkan kandungan paling sohor dalam media sosial adalah cabaran utama dalam kerjaya ini. Melihat kandungan pihak lain dapat lebih tontonan boleh buat kita tidak senang duduk. Kita macam ‘berlumba’ sepanjang masa. Memang sakit tapi itulah cabarannya jika kita mahu jadi pencipta kandungan terbaik.”

    • Mangsa plagiat

    “Saya banyak menghasilkan kandungan untuk tontonan orang biasa di kampung-kampung. Kebiasaannya, setiap minggu akan ada video saya yang sohor di Youtube. Ia menjadi cabaran apabila video kita yang sohor itu sedikit-sebanyak diplagiat oleh orang lain, kemudian ditambah baik pula. Untuk elakkan perkara ini sangat sukar dan ia menekan kita untuk tampil dengan idea berbeza pula selepas itu.”

    • Kandungan sampah

    “Sakit hati juga apabila ada yang komen kandungan kita itu kandungan sampah. Namun, ia cabaran yang perlu dihadapi apabila kita jadikan kerjaya ini sebagai punca rezeki. Akhirnya, kita perlu buat duit untuk beri keluarga makan. Selalunya, kandungan yang dikatakan sampah itu yang dimahukan penonton kerana ia lebih santai dan ringan, berbanding video berat yang lebih estetik dan bersifat akademik. Kita juga perlu hasilkan banyak video dalam tempoh singkat. Kadang-kadang idea datang dan perlu terus buat pada hari sama.”

    • Jaga sensitiviti

    “Saya akui, ada ramai pencipta kandungan yang ketepikan isu sensitiviti supaya video boleh tular. Prinsip saya, kita perlu ada common sense. Elakkan sentuh isu sensitif seperti seks, kaum dan agama. Nak buat video seperti itu, kita perlu ada ilmu dahulu. Bukan main sentuh segala isu sesuka hati tanpa pedulikan sensitiviti masyarakat.”

    • Clickbait

    “Saya sangat pantang dengan isu ini, malah saya anggap ia sebagai jenayah kecil apabila kita menipu dan meraih tontonan menggunakan elemen yang mengelirukan. Ada yang guna gambar perempuan seksi, wang bersepah atas lantai, kereta mewah sedangkan kandungan tiada apa nilai. Saya selalu elak untuk guna perkara macam ini dalam video yang saya hasilkan.” – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

    November 12, 2025
    Artikel Terkini

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.