Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Skoliosis merosotkan paru-paru dan jantung

    Skoliosis merosotkan paru-paru dan jantung

    By January 25, 2022Updated:February 6, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IBU bapa perlu memantau tumbesaran anak untuk mengesan skoliosis terutamanya semasa peringkat akil baligh yang mana kadar tumbesaran adalah paling cepat.- Gambar hiasan

    SKOLIOSIS yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja merupakan satu keadaan apabila tulang belakang membengkok ke kiri atau ke kanan melebihi 10 darjah.

    Lazimnya, skoliosis boleh berbentuk C atau S dan kebiasannya ia tidak menyebabkan sakit belakang.

    Namun, kanak-kanak dengan lengkungan skoliosis yang besar mungkin berasa tidak selesa.

    Beg sekolah yang berat atau pemakaian beg pada sebelah bahu bukanlah penyebab skoliosis, mahupun menjadi punca ia bertambah teruk.

    Postur badan yang tidak betul juga bukan punca berlakunya skoliosis. Bagaimanapun, kedua-dua ini mungkin menyebabkan sakit belakang.

    Pakar Perunding Ortopedik dan Tulang Belakang UM Specialist Centre (UMSC), Dr. Chung Weng Hong menjelaskan, terdapat beberapa jenis skoliosis, iaitu idiopatik, kongenital, neuromuskular dan sindromic.

    “Punca Skoliosis idiopatik masih tidak diketahui dan ia paling kerap berlaku, manakala kongenital didapati sejak lahir serta berkembang semasa bayi masih dalam kandungan.

    “Skoliosis neuromuskular pula berpunca daripada masalah saraf atau otot dan sindromic dikaitkan dengan sindrom-sindrom yang boleh melibatkat jantung, buah pinggang dan sebagainya,” katanya.

    Begitupun, penyakit ini lebih kerap berlaku pada kanak-kanak perempuan yang mana tanda-tanda boleh dikesan menerusi ketidaksamarataan bahu, badan senget sebelah, sebelah bahagian tulang belikat lebih menonjol, pinggang tidak seimbang, selain bahagian sebelah tulang pinggul lebih tinggi.

    Benjolan di bahagian belakang tulang rusuk dan belakang badan sewaktu membongkok ke hadapan juga merupakan antara tanda-tanda individu mengalami skoliosis.

    Biasanya penyakit ini boleh didagnosis oleh pakar spina dengan melakukan sudut lengkungan skoliosis atau sudut Cobb yang diukur pada filem X-ray. Di situ, tahap keseriusan penyakit skoliosis akan ditunjukkan. Lazimnya, beberapa bentuk rawatan bagi merawat penyakit ini disyorkan selepas mengambil kira beberapa faktor.

    “Sudut Cobb adalah sangat penting dalam menentukan rawatan skoliosis dan pengukurannya yang betul sangat mustahak.

    “Ini kerana, ukuran yang tidak tepat boleh menjejaskan rawatan. Faktor-faktor lain yang turut diambil kira sebelum rawatan dijalankan termasuk umur dan kematangan anak yang menunjukkan sama ada lengkungan skoliosis bertambah teruk,” ujarnya.

    Kanak-kanak merupakan antara kumpulan individu yang mudah mengalami skoliosis. Gambar hiasan

    Kadar pertumbuhan skoliosis yang cepat juga mempengaruhi cara rawatan. Antara rawatan yang dijalankan bagi penyakit ini adalah menerusi pemerhatian.

    Dalam hal ini, kanak-kanak yang mempunyai lengkungan skoliosis kurang daripada 20 darjah ataupun dewasa dengan lengkungan kurang 45 darjah akan diperhatikan oleh doktor bagi memantau perkembangan lengkungan.

    Mereka kemudian akan diperiksa dengan X-ray setiap empat hingga enam bulan bergantung kepada kematangan. Kaedah lain adalah menerusi pendakap.

    Hong memberitahu, penggunaan pendakap hanya disyorkan jika lengkungan skoliosis antara 20 hingga 45 darjah. Si anak pula perlu belum matang sepenuhnya terutamanya apabila lengkungan berlaku dengan cepat.

    Penggunaan pendakap boleh mengelakkan skoliosis bertambah teruk. Pematuhan pemakaian pendakap sangat penting kerana kajian menunjukkan, pemakaiannya untuk tempoh lebih panjang meningkatkan keberkesanan kawalan skoliosis.

    “Alternatif lain adalah menerusi pembedahan. Mereka yang ada skoliosis berukuran 45 darjah dan ke atas dinasihatkan untuk menjalani pembedahan bagi mengelakkannya bertambah teruk, di samping mengurangkan lengkungan.

    “Walaupun risiko pembedahan adalah serius, ia telah dikurangkan dengan kemajuan teknologi dan kepakaran dalam pembedahan scoliosis,” ulasnya.

    Kebiasaannya, pesakit boleh dibenarkan pulang dalam masa tiga hingga empat hari selepas pembedahan. Pemeriksaan luka pula dilakukan selepas dua minggu.

    Ibu bapa perlu memantau tumbesaran anak untuk mengesan skoliosis, terutamanya semasa peringkat akil baligh yang mana kadar tumbesaran adalah paling cepat.

    Ini kerana, jika lambat didiagnosis, ia boleh menyebabkan lengkungan skoliosis menjadi besar, menyebabkan kemerosotan paru-paru dan jantung.-Kosmo!

    kanak-kanak sakit belakang skoliosis tulang bengkok
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.