Facebook Twitter
    Trending
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menabung secara digital, lebih mudah dan konsisten

    Menabung secara digital, lebih mudah dan konsisten

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 25, 2022Updated:January 27, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TIDAK perlu lagi gergaji lubang pada buluh atau tebuk balang kuih, anda kini boleh menabung dengan mudah secara digital!

    Segalanya di hujung jari. Dengan kemajuan teknologi, amalan menabung dapat dijalankan dengan lebih mudah dan ringkas, sesuai dengan perubahan dunia apabila transaksi kewangan boleh dilakukan tanpa tunai di mana-mana.

    Antara tabung digital yang mudah digunakan ialah ciri Tabung dalam aplikasi MAE oleh Maybank. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi MAE dan mengaktifkan ciri Tabung. Dengan aplikasi ini, anda boleh menyimpan dengan konsisten dan sistematik.

    Pilih sasaran

    Tabung MAE menggunakan konsep sasaran tabungan. Sebagai contoh, anda bercadang untuk bercuti ke Eropah pada musim panas tahun hadapan. Untuk percutian itu, anda mahu simpan RM10,000. Anda hanya perlu tetapkan tempoh tabungan dan sasaran simpanan, secara automatik tabung itu akan menetapkan berapa jumlah yang akan dipotong setiap bulan dan simpanan akan dipotong terus dari akaun pada tarikh yang anda tetapkan.

    Selain percutian, anda juga boleh menetapkan sasaran lain seperti simpanan, kecemasan mahupun perkahwinan. Semuanya dalam kawalan anda sendiri dan bukalah sebanyak mungkin tabung mengikut keperluan anda.

    Tabungan ‘tanpa sedar’ seperti ini (sebab potongannya automatik, kadang-kadang kita sendiri tak perasan), sangat berguna dan mendidik kita untuk menjadi lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan.

    Simpanan penggalak

    Bukan vaksin sahaja ada penggalak, tabungan pun ada! Antara ciri istimewa Tabung MAE ialah penggunaan penggalak (booster). Tujuannya untuk membantu pengguna mencapai sasaran simpanan lebih awal melalui beberapa kaedah berbeza.

    Kaedah pertama adalah melalui tabungan baki. Seperti simpan duit syiling dalam balang, anda boleh menetapkan supaya baki pembayaran dalam talian anda disalurkan terus ke dalam tabung pilihan.

    Sebagai contoh, selepas mengaktifkan fungsi tabungan baki, anda membeli makan tengah hari bernilai RM9.10  melalui pembayaran dalam talian. Fungsi tabungan baki akan membundarkan bayaran itu kepada RM10 dan baki RM0.90 akan masuk ke dalam tabung pilihan anda.

    Selain itu, anda juga boleh menggunakan fungsi penggalak imbas dan simpan. Apabila fungsi ini diaktifkan, setiap penjimatan melalui diskaun atau kod promo yang diperolehi melalui pembayaran imbas MAE akan dimasukkan terus ke dalam tabung pilihan anda.

    Ada simpanan, kewangan aman

    Selain pelaburan, simpanan skala kecil yang dapat dibuat melalui aplikasi seperti Tabung MAE ini juga penting demi kesejahteraan kewangan. Ia mempersiapkan kita untuk apa-apa perbelanjaan kecemasan yang tidak diduga selain dapat memupuk pengurusan kewangan yang berkesan.

    Dengan kemudahan yang ditawarkan teknologi, urusan menyimpan semakin ringkas dan selesa. Hal ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya poket kita selalu aman. – RELEVAN

    Previous ArticleKurang pengetahuan faktor gagal urus kewangan
    Next Article Risiko kabut otak selepas sembuh Covid-19

    Artikel berkaitan

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026
    Artikel Terkini

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.