Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menelusuri semula peristiwa kemerdekaan 31 Ogos 1957

    Menelusuri semula peristiwa kemerdekaan 31 Ogos 1957

    By Umi FatehahAugust 25, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MERDEKA membawa maksud sebuah negara yang berdaulat, berdiri dengan kuasa sendiri tanpa dicengkam kuasa asing.

    Namun, sebelum Tanah Melayu mengecap kebebasan itu, ia dijajah lebih 400 tahun. Bermula dengan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511, disusuli Belanda, British, Jepun dan Siam di sebahagian utara Semenanjung.

    Kesan penjajahan telah meninggalkan pengaruh yang kuat, khususnya pengaruh British dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Namun, di sebalik semua kepahitan itu, terdapat keazaman tulen untuk keluar daripada bayang-bayang penjajah.

    Maka timbul usaha untuk mencapai kemerdekaan yang digerakkan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.  Beliau mengetuai delegasi menteri dan pemimpin politik Tanah Melayu dalam misi rundingan kemerdekaan pada tahun 1956 di kota London.

    Presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA), Tun Dato’ Sri Tan Cheng Lock dan Presiden kelima Kongres India Malaysia (MIC) Tun V.T. Sambanthan turut serta dalam rundingan yang berlangsung pada 8 Januari hingga 8 Februari 1956.

    Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah dimeterai antara Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dengan kerajaan British dan British bersetuju untuk memerdekakan Tanah Melayu pada bulan Ogos 1957.

    Berikut adalah kronologi detik pemasyhuran kemerdekaan negara pada malam 30 Ogos 1957 seperti yang diceritakan dalam teks sekolah.

    Menjelang malam 31 Ogos 1957

    Sebelum malam 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman berucap menerusi Radio Malaya untuk menyeru rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah.

    Dato’ Abdul Razak Hussein juga memaklumkan menerusi Radio Malaya ketika itu mengenai atur cara sambutan kemerdekaan supaya rakyat boleh melakukan perancangan dan persediaan.

    Jalan di sekitar Kuala Lumpur sesak dengan kenderaan menunjukkan rakyat Tanah Melayu bersemangat untuk menyambut kemerdekaan sulung negara. Orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka, menghitung detik untuk mendengar laungan ‘Merdeka’.

    Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura lengkap berbusana baju Melayu hitam yang diketuai oleh Sardon Jubir iaitu Menteri Kerja Raya, Telekomunikasi dan Pos mula mengambil tempat duduk.

    Seramai 300 orang pemuda membentuk barisan kehormat yang diketuai oleh Ismail Bontak yang mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raja (menara jam).  

    Menjelang jam 11:58 tengah malam, semua lampu dipadamkan sehingga jam besar menunjukkan tepat pukul 12:00. Tunku Abdul Rahman dibawa ke atas pentas dan menghadap tiang bendera.

    Bendera Union Jack mula diturunkan oleh Tahir Abdul Majid, diiringi dengan mainan lagu God Save the Queen sebagai penghormatan terakhir dan tanda penamat pentadbiran British di Tanah Melayu.

    Setelah itu, bendera kebangsaan Tanah Melayu yang ketika itu masih tidak dinamakan dinaikkan. Iringan lagu Negaraku pertama kali diperdengarkan kepada rakyat. Pasti ramai yang menitiskan air mata gembira kerana akhirnya mereka boleh hidup bebas tanpa belenggu penjajah.

    Sejurus lagu Negaraku tamat dimainkan, Tunku Abdul Rahman mengetuai laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh rakyat. Laungan itu bergema di seluruh dataran, menandakan sebuah negara merdeka lahir tepat detik 12 malam.

    Bendera kebangsaan dinaikkan diiringi dengan lagu Negaraku. –
    Gambar oleh Raja Jaafar Ali

    Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai oleh Abdul Majid tampil membawa dulang pingat emas untuk dihadiahkan kepada Tunku Abdul Rahman.

    Malam Kemerdekaan ini juga menyaksikan detik Tunku Abdul Rahman menerima gelaran “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” apabila dikalungkan pingat emas.

    Pingat tersebut mempunyai ukiran peta Semenanjung Tanah Melayu, wajah Tunku sendiri serta tulisan “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” untuk memperingati jasa Tunku bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

    Malam bersejarah itu diakhiri dengan ucapan penghargaan Tunku dan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Tuan Haji Massood Hayati.

    Penulis ingin memetik rangkap terakhir puisi ‘Ceritera Pohon Bangsa’ nukilan Shukri Abdullah untuk mengakhiri artikel reminisensi malam Kemerdekaan 31 Ogos 1957.

    Demikianlah mahalnya harga pengorbanan

    Kendatipun nyawa galang gantian

    Di sini pohon tetap agam

    Menyambut cabaran zaman

    Kini, ayuhlah semua anak warisan, kita bangkit mempertahankan maruah tanah merdeka ini bukan dengan amarah, sengit perang mahupun berhanyir darah tetapi dengan iman, akal dan makna kemerdekaan yang termahal. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.