Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan malas buat kerja sekolah!

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    By Umi FatehahMay 21, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BUAT pelajar yang sedang membaca artikel ini, cuba mengaku pernahkah anda sengaja menangguh kerja sekolah sehingga saat akhir?

    Kononnya, mahu berehat sebentar sahaja selepas pulang dari sekolah tetapi akhirnya terus terleka melayari TikTok atau bermain permainan video. Pada waktu malam pula, sudah terlalu mengantuk untuk membuka buku sekolah.

    Akhirnya, kerja sekolah yang diberikan tidak sempat disiapkan dan tergesa-gesa menyiapkannya di tapak perhimpunan. Dalam keadaan kelam kabut, tidak mungkin anda mampu menyiapkannya dengan baik. Jadi, anda mencuit bahu rakan mahu meminjam bukunya untuk meniru sahaja.

    Walaupun anda tidak akan dimarahi oleh guru kerana kerja sekolah sempat disiapkan tetapi cara ini sebenarnya tidak memberi apa-apa keuntungan. Hal ini kerana anda tidak berpeluang untuk mendalami dan memahami apa yang ditugaskan oleh guru kerana fokus anda hanya untuk siap cepat, bukan untuk belajar dan faham.

    Apabila jawapan sekadar salin bulat-bulat, otak tidak mempunyai peluang untuk memproses ilmu yang sepatutnya dipelajari. Sekiranya soalan atau topik berkaitan kerja sekolah itu keluar dalam ujian atau peperiksaan, penyesalan mula menyelubungi diri.

    Selain itu, tabiat meniru juga boleh menjadi satu kebiasaan yang sukar dihentikan. Hari ini tiru sebab tidak sempat, esok lusa tiru kerana sudah malas fikir. Kalau dibiarkan, kita sendiri akan terbiasa bergantung kepada orang lain dan tidak yakin dengan kemampuan sendiri.

    Jadi, daripada terus mengulang tabiat yang merugikan, apa kata anda mula ubah perlahan-lahan? Mungkin pada awalnya sukar untuk berdisiplin namun apabila anda mula berusaha sendiri, perasaan puas hati dan bangga kerana berjaya menyiapkan kerja sekolah itu terasa seperti satu ganjaran besar yang benar-benar berbaloi.

    Paling penting, usaha menyiapkan kerja sekolah sendiri sebenarnya membantu mengukuhkan pemahaman terhadap apa yang telah dipelajari dalam kelas. Secara tidak langsung, ia juga memudahkan otak menyimpan ilmu dan menjadikan ulang kaji menjelang peperiksaan lebih mudah.

    Mulakan dengan langkah kecil seperti menetapkan 30 minit setiap hari untuk fokus kepada kerja sekolah. Elakkan gangguan dan beri tumpuan sepenuhnya. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dan disiplin itu akan datang dengan sendirinya.

    Ingat, kerja sekolah bukan sekadar tugasan untuk disiapkan. Sebaliknya, ia merupakan peluang berharga untuk mendalami ilmu dan menguasai sesuatu topik. Apabila dilakukan dengan usaha sendiri, bukan sahaja tugasan dapat diselesaikan malah membantu membina asas pengetahuan yang kuat dan lebih bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.