Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    • Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Biar papa asal bergaya: ‘Penyakit’ menunjuk-nunjuk jerat kewangan anak muda

    Biar papa asal bergaya: ‘Penyakit’ menunjuk-nunjuk jerat kewangan anak muda

    By Umi FatehahJanuary 22, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SURAYA (bukan nama sebenar), 27, salah seorang pempengaruh dengan jumlah pengikut yang sangat tinggi di media sosial.

    Gambar-gambarnya sering memaparkan kehidupan serba mewah. Kopi mahal di kafe eksklusif, beg tangan berjenama dan percutian ke luar negara – apa sahaja yang dimuat naik, segalanya menepati estetik anak muda sekarang. 

    Di ruangan komen, ramai yang mengagumi gaya hidupnya. Mereka memandang Suraya sebagai seorang yang berjaya dan kaya. Ramai yang inginkan kehidupan seperti Suraya. Nampak bergaya, kaya dan bahagia.

    Namun, realitinya jauh berbeza. Semua itu dibiayai dengan hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan barang yang dipinjam daripada rakan-rakan. 

    Suraya bukan sahaja hidup di luar kemampuan tetapi juga terperangkap dalam kitaran kewangan yang berbahaya semata-mata untuk mengekalkan imej mewah.

    Fenomena ini tidak asing lagi, terutama dalam kalangan anak muda yang terpengaruh dengan budaya flexing atau menunjuk-nunjuk. Kenapa sindrom ini semakin menular dan apa kesannya terhadap kehidupan?

    Kenapa ada yang terjebak?

    Sindrom menunjuk-nunjuk bukanlah sesuatu yang terjadi secara kebetulan. Ia berpunca daripada gabungan tekanan sosial, akses mudah kepada kredit dan keinginan untuk diterima dan dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat.

    Salah satu punca utama adalah pengaruh media sosial. Platform seperti Instagram dan TikTok menjadi ruang untuk mempamerkan kehidupan serba mewah. 

    Individu seperti Suraya sering merasakan bahawa mereka perlu bersaing untuk kelihatan ‘lebih berjaya’ daripada orang lain. Setiap tanda suka, komen dan pujian menjadi motivasi untuk terus menunjuk-nunjuk walaupun hakikatnya kewangan semakin terjejas. 

    Sungguh ironi, mereka yang melihat sering berasa iri hati. Sedangkan mereka yang berpura-pura pula hidup dalam tekanan. Semua ini adalah ilusi kosong yang tidak berbaloi.

    Selain itu, perasaan takut ketinggalan atau Fear of Missing Out (FOMO) turut memainkan peranan besar. 

    Anak muda mudah terpengaruh apabila melihat rakan sebaya memiliki barang mahal atau menjalani gaya hidup glamor. Ini mendorong mereka untuk membelanjakan lebih daripada kemampuan hanya untuk masuk dalam kelompok tersebut. 

    Tetapi persoalannya, adakah ia benar-benar memberi kebahagiaan? Hakikatnya, ramai yang terjebak ini hanya merasa kepuasan sementara tetapi terpaksa menanggung beban hutang untuk jangka masa panjang.

    Faktor lain adalah kemudahan akses kepada kredit. Kad kredit (sekiranya tidak digunakan dengan betul), Buy Now, Pay Later (BNPL) dan pinjaman mikro menjadikan pembelian mewah kelihatan lebih mampu milik. 

    Tanpa ilmu kewangan yang kukuh, ramai yang terjebak dengan hutang yang menimbun tanpa menyedari risikonya. Jika tidak berhati-hati, mereka ini akan berakhir dengan status muflis sebelum sempat mencapai usia 30 tahun. 

    Adakah anda sanggup untuk membayar ‘harga’ ini hanya untuk kelihatan mewah?

    Kesan terhadap kehidupan

    Hidup dengan penyakit biar papa asal kedana membawa implikasi besar, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga emosi dan sosial. 

    Salah satu kesan yang paling ketara adalah masalah hutang yang serius. Ramai yang seperti Suraya terpaksa berhutang dengan kad kredit atau meminjam daripada rakan dan keluarga untuk mengekalkan gaya hidup mereka. 

    Akhirnya, ini membawa kepada bankrap atau pergolakan kewangan yang sukar dikawal. Mereka yang terperangkap dalam hutang sebegini bukan sahaja kehilangan wang tetapi juga masa depan yang stabil. 

    Anda mungkin dapat membeli beg tangan berjenama hari ini tetapi bagaimana dengan masa hadapan?

    Dari segi kesihatan mental, tekanan untuk terus kelihatan berjaya boleh menyebabkan stres yang kronik. Rasa cemas kerana tidak mampu membayar hutang atau bimbang imej palsu terbongkar sering menghantui mereka yang terperangkap dalam gaya hidup ini. 

    Bayangkan bangun setiap pagi dengan perasaan takut kerana hutang yang semakin bertambah. Adakah kepura-puraan ini benar-benar berbaloi? Tidak cukup dengan itu, ada yang mengalami kemurungan dan akhirnya hilang semangat untuk memperbaiki kehidupan. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.