Facebook Twitter
    Trending
    • Masa untuk bercuti
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Takut ditinggalkan dan takut meninggalkan

    Takut ditinggalkan dan takut meninggalkan

    By Umi FatehahSeptember 12, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEGALANYA bermula seindah mimpi. Anda terasa seperti watak utama dalam kisah cinta sempurna – seperti yang ditulis dalam novel. 

    Baru bangun pagi, sudah tersenyum lebar. Terima pula pesanan selamat pagi daripada yang tersayang, terus rasa seperti di awang-awangan. Namun, seperti matahari yang tenggelam di ufuk senja, perlahan-lahan cahaya itu kian pudar. 

    Pertengkaran semakin kerap, rasa cinta kian pudar. Sampai satu masa, anda sudah tidak mampu memperjuang hubungan yang makin goyah. 

    Ingin melangkah pergi – dan anda tahu perlu bawa diri kerana sudah tidak sanggup lagi mempertaruhkan hati dan berpura-pura. 

    Tetapi, ia tidak pernah semudah yang disangka. Tersepit antara takut ditinggalkan dan takut meninggalkan.

    Mengakhiri sebuah hubungan bukanlah perkara yang mudah, namun ia perlu dilakukan demi kebaikan diri. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda membuat keputusan yang sukar.

    1. Teruskan bercakap dengan keluarga dan rakan

    Apabila berhadapan dengan situasi sukar sebegini, penting untuk kekal berhubung dengan orang yang mengambil berat tentang anda. 

    Kelilingi diri dengan rakan dan keluarga yang sentiasa menyokong, mendengar kebimbangan dan mengingatkan tentang nilai diri anda. Sistem sokongan yang kukuh boleh memberikan kekuatan yang diperlukan untuk terus hidup. 

    Selepas putus cinta, anda cenderung untuk murung dan rasa terasing. Tetapi selepas menyedari bahawa anda mempunyai keluarga dan rakan yang boleh bersandar akan membuatkan tempoh healing kurang sunyi. 

    Luahkan segala perasaan dan dapatkan nasihat mereka untuk mengelakkan daripada terus kesepian.

    1. Semak realiti

    Sesetengah orang takut meninggalkan kerana mereka tidak mahu bersendirian. Tidak mempunyai pasangan bercinta bukan bermakna anda perlu bersendirian. 

    Ingatkan diri bahawa kebahagiaan bersendirian adalah jauh lebih baik daripada menanggung sedih kerana terluka akibat perbuatan dan layanan orang lain. 

    Walaupun melepaskan bukan perkara mudah dan mungkin menakutkan, menahan seksa dalam hubungan yang sudah mati rasa lebih menakutkan. 

    Bayangkan masa depan yang penuh dengan kegembiraan, ketenangan fikiran dan tidak perlu mendapatkan validasi orang lain. Jadikan ia sebagai motivasi untuk anda melangkah pergi dan mengejar kebahagian diri sendiri. 

    1. Luangkan masa untuk diri sendiri

    Selepas putus cinta, penting untuk anda sayangi diri sendiri dengan lebih teliti. Lihat tempoh itu sebagai peluang berharga untuk fokus kepada pertumbuhan peribadi. 

    Manfaatkan masa untuk melakukan hobi, meneroka minat baharu atau buat aktiviti di luar zon selesa. 

    Kebiasaannya, kaum lelaki akan banyak meluangkan masa di gim atau bersukan untuk melupakan kesedihan. Manakala perempuan mungkin lebih gemar meluangkan bersama rakan-rakan dan berkunjung ke kafe dan sebagainya.

    Apa sahaja yang anda pilih untuk buat, pastikan ia menyumbang kepada kebahagiaan diri sendiri.

    1. Jangan memandang rendah kata hati

    Ada yang kata: ikut hati, mati; ikut rasa, binasa. Tetapi dalam situasi sebegini, percayalah dengan kata hati, ia boleh menjadi panduan yang sangat berharga.

    Kadang-kadang, hati sudah memberi isyarat atau petunjuk tentang apa yang terbaik untuk diri sendiri walaupun anda cuba menafikannya. 

    Selepas sudah move on, anda merasakan kelegaan selepas sedar bahawa anda sudah membuat keputusan yang tepat.

    JIka hati sudah terdetik untuk melangkah pergi dan memilih diri sendiri, percayalah pada perasaan itu. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.