Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bengkel percuma untuk peminat penulisan, muzik dan media

    Bengkel percuma untuk peminat penulisan, muzik dan media

    By April 22, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    Bermula Ogos hingga Januari lalu, sebuah segmen unik mengisi ruang frekuensi stesen radio Rakita. Namanya RabakLit FM, isinya perbincangan tentang buku alternatif.

    Untuk musim pertama, sebanyak 13 episod sudah ke udara. Pelbagai isu dibahas, tokoh buku dijemput dan berpuluh buku dibedah. 

    Selepas tiga bulan sepi, RabakLit FM kini kembali dengan acara yang menjadi penutup kegemilangan musim pertama siarannya – RabakLit FM: The Aftermath. Bermula 2 hingga 7 petang, ia akan diadakan di Spacerubix, Taman Perindustrian Puchong pada 27 April ini.

    Penutup ini juga unik – atau lebih tepat, alternatif – kerana berbeza dengan keraian lain, ia tidak menawarkan pesta meriah dan suka-gembira. Mereka bikin bengkel (yang juga boleh jadi meriah dan suka-gembira, cuma itu bukan sifat utamanya).

    Ada empat bengkel semuanya dan setiap satu menawarkan pengetahuan praktikal untuk mereka yang berminat dalam bidang penulisan, muzik dan media. Lebih penting lagi, ia percuma. 

    Sehubungan itu, mari kita hulur salam terima kasih kepada Rakita dan Rabak Lit atas penganjuran acara ini dan segeralah mendaftar untuk bengkel-bengkel yang ada. Boleh klik perkataan berwarna merah ini atau imbas kod QR pada poster, pendaftaran dibuka sehingga 24 April.

    Bengkel Menulis Buku: Menukang Karya Fiksyen bersama Abdullah Hussaini

    2.00PM – 3.00PM

    Bagi peminat karya fiksyen, bengkel ini yang paling tepat untuk dihadiri. Abdullah Hussaini berpengalaman menulis novel, cerpen, sajak dan esei. Dia juga aktif menterjemah karya.

    Abdullah pernah menerima beberapa hadiah sastera selain berpengalaman mengajar. Dia kini bertugas sebagai penyelaras projek.

    Kalau ada yang mahu membiasakan diri dengan gaya dan penulisan Abdullah sebelum mendaftar, boleh cari novel terbaharunya, Pakma Kembang di Bilik dan terjemahan terkini, Perempuan Seribu Satu Malam.

    Bengkel Zine: Jom Menge-zine! Ekspresi Seni Gaya Sendiri oleh Sue Emoqwin dan Jasad Bersiong

    3.00PM – 4.30PM

    Kedua-dua Sue Emoqwin dan Jasad Bersiong merupakan pemain berpengalaman dalam arena zine. 

    Jasad Bersiong terlibat dengan dunia zine sejak lebih 10 tahun lalu dan telah menghasilkan lebih 10 buah zine di bawah label Nian Sijasad.  Pada 2015, dia menubuhkan Penerbitan Langit dan telah melahirkan lebih banyak zine komersial sehingga kini.

    Sue Emoqwin pula bermula sebagai peminat dan pengumpul zine sejak dua dekad lalu, sebelum mula menghasilkan zine pelbagai genre, termasuk sastera dan seni.

    Sue bersama Sijasad menubuhkan Terbitan Langit pada 2015 sebelum bergerak sendiri membangunkan kedai buku kecil, Tokosue yang, menurut Sue, “memberi ruang untuk penggiat zine menjual zine mereka dan turut menjalankan pelbagai aktiviti yang memberi pendedahan kepada budaya penerbitan mandiri zine dengan menganjurkan acara serta bengkel pembuatan zine”.

    Bengkel asas pembuatan zine itu akan memberi pendedahan tentang asal-usul zine dan evolusi yang dilaluinya, selain contoh-contoh zine yang boleh dijadikan inspirasi. Peserta akan membuat zine sendiri dengan pelbagai alat tulis serta media yang disertakan, malah peserta berpeluang berkongsi tentang zine yang akan dihasilkan.

    Bengkel Media in Rock & Roll oleh Amiruddin Karim

    5.00PM – 6.00PM

    Amiruddin Karim merupakan tenaga pengajar paling berpengalaman dalam acara ini. Dia berada dalam bidang media, penyiaran dan hiburan selama lebih 23 tahun, bermula dengan penglibatan aktifnya sebagai penganjur dan pengurus acara pada zaman universiti.

    Antara pengalaman Amiruddin termasuk menjadi penulis di XSmusic.com; penyelaras produksi Anugerah Industri Muzik (AIM); pengurus kugiran Exists dan Spider serta Pengurus Jenama saluran NTV7.

    Dia kini mengusahakan perniagaannya sendiri selain menjadi penasihat kreatif dengan tumpuan terhadap bidang pembangunan kandungan kreatif, strategi media dan perhubungan media.

    Bengkel Kewartawanan Muzik oleh Ku Syafiq Ku Fozi

    6.00PM – 7.00PM

    Bagi mereka yang berminat menjadi wartawan atau penulis berkaitan muzik, boleh hadiri bengkel kewartawanan muzik yang dikendali Ku Syafiq Ku Fozi.

    Ku Syafiq merupakan wartawan dan penulis kanan di Media Mulia Sdn. Bhd., syarikat yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!. Dia memulakan langkah sebagai wartawan di Utusan Malaysia pada 2017, sebelum kini menjadi penulis di portal Relevan sejak 2022. 

    Ku Syafiq merupakan kolumnis tetap di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia sejak 2020 melalui ruangan Rondivu yang menumpukan perkembangan muzik independen Malaysia. 

    Sebahagian besar artikel yang ditulis dalam kolum tersebut telah diterbitkan menjadi buku oleh Rabak-Lit, dengan tajuk Gonzo Tanpa Fiasco: Muzik Tidak Harus Tewas. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.