Facebook Twitter
    Trending
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Senarai menteri Kabinet pertama negara, sebelum dan selepas merdeka

    Senarai menteri Kabinet pertama negara, sebelum dan selepas merdeka

    By December 5, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KENALKAH anda dengan barisan menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu? Adakah anda tahu bila Kabinet rasmi pertama negara ini ditubuhkan?

    Sempena pengumuman Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, elok juga kalau kita dapat imbas sejarah pembentukan Kabinet di Malaysia.

    Mungkin ramai yang fikir Kabinet pertama negara ditubuhkan selepas merdeka. Ini kerana ramai yang tidak sedar, pilihan raya umum (PRU) pertama negara diadakan sebelum negara mencapai kemerdekaan.

    Pilihan raya umum pertama

    PRU pertama diadakan pada 1955 bagi menyediakan negara ke arah negara berpentadbiran sendiri. PRU tersebut dimenangi Parti Perikatan yang dianggotai parti UMNO, MCA dan MIC. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 jawapan untuk mereka yang masih keliru tentang pilihan raya

    Selain Parti Perikatan, pilihan raya tersebut turut disertai Parti Negara yang dipimpin Datuk Onn Jaafar, Parti Islam Se-Malaya (PAS), Liga Melayu Perak, Parti Buruh, Parti Rakyat Progresif dan Bebas.

    Parti Perikatan menang besar dalam pilihan raya tersebut melalui kempen Menuju Ke Arah Kemerdekaan. Daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 51 dimenangi Parti Perikatan.

    Kabinet pertama sebelum merdeka

    Kemenangan Parti Perikatan membolehkan mereka membentuk Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, walaupun ketika itu negara masih di bawah jajahan British.

    Pengumuman pembentukan Kabinet tersebut dilakukan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray pada 4 Ogos 1955. Ia dilaksanakan di King’s House (kini dikenali sebagai Carcosa Seri Negara, terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur) selepas MacGillivray mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

    Kabinet tersebut terdiri daripada 10 orang menteri, dua timbalan menteri dan tiga menteri muda. Jawatan-jawatan eksekutif seperti Ketua Setiausaha Negara, Setiausaha Kewangan, Peguam Negara dan Setiausaha Kerajaan pula disandang oleh pegawai British.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Perdana Menteri Malaysia pertama sehingga kini

    Berikut merupakan senarai Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 1955:

    Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

    Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri: Bahaman Samsudin

    Menteri Pelajaran: Datuk Abdul Razak Hussain

    Timbalan Menteri Pelajaran: Poh Choon Beng

    Menteri Hasil Bumi: Dr. Ismail Abdul Rahman

    Menteri Pengangkutan: Kolonel H.S. Lee

    Menteri Pertanian dan Perikanan: Abdul Aziz Ishak

    Menteri Muda Pertanian dan Perikanan: Mohamed Khir Johari

    Menteri Kesihatan: Leong Yew Koh

    Menteri Muda Kesihatan: Rahman Talib

    Menteri Kerja Raya: Sardon Jubir

    Menteri Buruh:  V.T. Sambanthan

    Menteri Muda Buruh: Khalid Awang Osman

    Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancang Bandar: Sulaiman Abdul Rahman

    Menteri Perhubungan, Telekomunikasi dan Pos: Ong Yoke Lin

    Ketua Setiausaha Negara: D.J. Watherson

    Setiausaha Kewangan: C.J. Thompson

    Peguam Negara: J.P. Hogan

    Setiausaha Negara: Pegawai British

    Sumber: Kosmo!

    Kabinet pertama selepas merdeka

    Menjelang kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri telah mempersembahkan barisan 13 Jemaah Menteri untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. 

    Berikut pula merupakan senarai Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka:

    KABINET Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. – GAMBAR ARKIB NEGARA

    Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

    Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan: Dato Abdul Razak Hussain

    Menteri Kewangan: Kol. Sir H.S. Lee

    Menteri Dalam Negeri dan Keadilan: Sulaiman Abdul Rahman

    Menteri Perdagangan dan Perusahaan: Tan Siew Sin

    Menteri Kesihatan: V.T. Sambanthan

    Menteri Pelajaran: Mohamed Khir Johari

    Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat: Ong Yoke Lin

    Menteri Pengangkutan: Abdul Rahman Talib

    Menteri Sumber Asli: Bahaman Samsudin

    Menteri Pertanian: Abdul Aziz Ishak

    Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi: Sardon Jubir

    Menteri Tidak Berportfolio dan Wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Dr. Ismail Ab. Rahman

    Sumber: Arkib Negara – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.