Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Taylor’s College rai pendidik luar biasa dengan penganugerahan RISE Educator Award

    Taylor’s College rai pendidik luar biasa dengan penganugerahan RISE Educator Award

    By April 13, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ANUGERAH RISE Educator kembali buat tahun kedua bagi meraikan pendidik luar biasa yang telah memberi sumbangan cemerlang bukan sahaja kepada pendidikan pelajar di dalam kelas, tetapi juga dalam pembangunan sosial terutama ketika pandemik ini.

    RISE atau nama lengkapnya Remarkable Impact in Student Education merupakan anjuran Taylor’s College dan The Risers yang memberi peluang kepada pelajar atau ibu bapa pelajar di semua prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan ataupun persendirian di Malaysia untuk mencalonkan guru pilihan mereka bermula dari 1 hingga 22 April.

    Ibu bapa dan pelajar perlu menjelaskan bagaimana usaha serta inisiatif guru berkenaan yang memberi kesan positif kepada pembangunan pendidikan dengan menulis dalam 100 perkataan atau kurang.

    Lima finalis akan dipilih daripada penyertaan berkenaan dan kisah mereka akan dipamerkan di platform media sosial Taylor’s College bagi membolehkan orang ramai mengundi pemenangnya.

    “Kajian telah menunjukkan bahawa hubungan positif antara guru dengan pelajar akan membantu mereka mencapai gred lebih baik di sekolah dan begitu juga dalam kemahiran tingkah laku.

    “Ia terbukti daripada RISE Educator Award tahun lepas, apabila kami telah menerima banyak kisah yang memberi inspirasi tentang guru-guru yang berusaha keras untuk membantu pelajar dalam pendidikan mereka dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran baharu bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran,” kata Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan.

    Tambahnya, kajian telah menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran yang kondusif dan riang akan membantu pelajar untuk mewujudkan hubungan positif terhadap pelajaran mereka kerana ia membaiki perhatian, mengurangkan kebimbangan dan menyokong emosi serta peraturan tingkah laku.

    “Oleh itu, RISE Educator Award tahun ini sedang mencari pendidik yang bersemangat untuk meneruskan minat mereka di luar kelas bagi memberi inspirasi kepada pelajar agar bukan sahaja berjaya dari segi akademik, tetapi juga cemerlang di luar kelas.

    “Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh guru-guru tersebut adalah seperti menubuhkan perpustakaan komuniti untuk dimanfaatkan pelajar, membangunkan infrastruktur teknologi dan projek untuk pelajar mereka belajar tentang kod dan robotik ataupun membina inovasi kreatif untuk membantu pelajar memenangi pertandingan, kami mahu tahu tentang pendidik ini dan ingin memberi anugerah kepada mereka,” jelasnya.

    RISE Educator Award terdiri daripada tiga kategori iaitu RISE Educator of the Year yang mana pemenangnya akan dipilih daripada kisah lima finalis dan akan diadili oleh panel juri yang terdiri daripada pemenang tahun sebelum ini.

    Kategori kedua ialah RISE Educator Award, kisah lima finalis itu akan dipamerkan di platform media sosial Taylor’s College untuk undian orang ramai dan kategori ketiga ialah RISE Educator Award: Taylorian Edition yang memberi peluang kepada ahli akademik Taylor’s untuk menyertainya.

    Pemenang bagi kategori utama iaitu RISE Educator of the Year akan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan beserta wang tajaan bernilai RM10,000 untuk membantu pembangunan sekolah atau institusi pengajian tempat mereka mengajar.

    Selain itu, pencalon juga bakal menerima wang tunai RM500 sekiranya guru yang dicalonkan itu dinobatkan sebagai pemenang kategori utama.

    Tempoh pengundian akan berlangsung antara 2 Mei hingga 13 Mei dan pemenang akan diumumkan pada Hari Guru iaitu 16 Mei. Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah tersebut sila layari laman web RISE Educator Award di sini.– RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.