Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

    Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

    By May 19, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETIAP minggu kita lihat ada konsert atau acara muzik yang dijalankan. Baik sekecil-kecil gig bawah tanah berharga RM20 sehingga konsert artis antarabangsa dengan tiket ribuan ringgit, acara muzik mendapat permintaan yang sangat tinggi.

    Acara muzik ada manfaatnya ekonominya yang tersendiri. Secara makro, acara muzik yang berskala besar boleh menarik kemasukan pelancong ke dalam negara. Ini akan memberi kesan positif kepada pendapatan dan nilai mata wang negara.

    Secara lebih mikro, acara muzik memberikan pendapatan kepada ramai pihak. Untuk menjayakan sesebuah acara muzik, ramai tenaga kerja yang diperlukan.

    Dalam artikel pertama siri Teroka Kerjaya ini, Relevan mahu memperkenalkan anda kepada kerjaya sebagai kru teknikal pemuzik, antara insan yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah persembahan muzik.

    Untuk mengetahui tugas dan tip untuk menjadi kru teknikal, Relevan menemu bual Fathil Alimin Hairudin yang berpengalaman lebih lima tahun sebagai kru teknikal, termasuk menjaga kugiran ternama seperti Spider, Masdo, Iqbal M. dan Pitahati.

     Fungsi

    Kru teknikal berfungsi menjaga dan menyelesaikan masalah pemuzik ketika mereka membuat persembahan. Sekiranya anda pernah hadir ke mana-mana konsert dan melihat kelibat beberapa orang yang berlari di atas pentas untuk meluruskan kabel atau membetulkan sesuatu pada gitar artis, itulah kru teknikal.

    Kewujudan kru teknikal membantu artis menjalankan persembahan dengan lancar. Peranan utama mereka adalah menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi artis ketika persembahan di atas pentas.

    “Tugas terpenting kru teknikal ialah melancarkan kerja pentas, terutamanya ketika persembahan berlangsung.

    “Ia sekecil-kecil apabila kita nampak gitaris, pemain dram atau vokalis berkerut, kita kena peka sampai tahap itu. Bukan setakat apabila gitar tak bunyi. Dia berkerut sikit pun, kita dah kena ada di tempat yang dia mudah nampak.

    “Lebih baik lagi, kalau kita nampak mereka rasa tak selesa saja, kita dengan ‘ninja’ terus selesaikan masalah dia. Maknanya kita jadi macam bayang-bayang mereka di atas pentas,” katanya kepada Relevan.

    Menurut Fathil, kerjaya sebagai kru teknikal tidak begitu popular kerana kebanyakan mereka menjadikannya sebagai kerjaya separuh masa.

    Dari segi pendapatan, kongsinya, seorang kru teknikal boleh mendapat upah dari serendah-rendah RM50 sehingga ribuan ringgit untuk satu persembahan.

    “Benda ini masih lagi terbuka, dia tak ada tanda aras setiap orang perlu dibayar banyak ini. Peranan pun meluas. Kadang-kadang, ada kugiran yang lantik memang untuk jaga teknikal pentas saja sebab mereka dah ada pasukan untuk angkut barang.

    “Tapi untuk yang baru mula, biasanya kena buat semua benda. Angkat barang, jaga pentas, pandu kereta pun dia. 

    “Dia mula sekecil-kecil RM50 yang saya tak suka sebab kerja ini berat, dia ‘makan’ badan,” katanya.

    Bagi Fathil, bayaran untuk kru teknikal bergantung kepada skala persembahan dan juga tahap kugiran atau artis yang dijaga. 

    Ada sesetengah kugiran yang masih menerima bayaran yang sangat sedikit malah ada yang tidak dibayar langsung untuk persembahan, jadi sukar untuk mereka membayar harga yang setimpal kepada kru teknikal.

    “Ada yang beri tiket percuma sahaja. Untuk yang macam ini, kalau kru hanya tolong angkut barang, itu okay. Tapi untuk kerja pentas, sepatutnya dibayar,” jelasnya. 

    Fathil turut berkongsi beberapa tip untuk menjadi kru teknikal yang berjaya dan dibayar mahal. Mengikut pemerhatiannya, terdapat lima cara untuk menaikkan nilai seorang kru teknikal di mata artis atau kugiran.

    • Peralatan

    Peranan kru teknikal memang menguruskan instrumen artis atau pemuzik tetapi dia juga perlu ada ‘instrumennya’ sendiri.

    “Contoh, kalau kita mampu siapkan satu dek yang memang kugiran akan guna untuk jelajah, kita akan dilihat profesional dan bernilai tinggi.

    “Seorang kru teknikal yang baik juga akan menyediakan peralatan untuk membaiki kerosakan instrumen ketika kecemasan. Tak perlu peralatan lengkap seperti pusat servis, cukup barang-barang asas untuk pastikan instrumen boleh diguna dengan baik semasa persembahan,” kata Fathil.

    Kru teknikal dengan peralatan yang baik juga boleh meningkatkan nilai kugiran atau artis yang diwakili. 

    Oleh itu, pesan Fathil, sentiasa menambah baik peralatan anda supaya nilai anda dan artis yang diwakili juga akan meningkat.

    • Sebelum dan selepas persembahan

    Kru teknikal akan bertugas dalam fasa sebelum, semasa dan selepas persembahan. Ramai yang menitikberatkan tugas semasa persembahan tetapi bagi Fathil, apa yang dilakukan oleh kru ketika sebelum dan selepas persembahan yang membezakan antara seorang kru yang baik dengan tidak.

    “Ini bukan sewaktu pemeriksaan bunyi, raptai atau tugas nak bawa balik instrumen. Detik penting untuk kru memainkan peranannya adalah antara 15 ke 30 minit, sebelum dan selepas persembahan.

    “Sebab 30 minit sebelum persembahan, kugiran atau artis perlukan masa untuk buat persediaan. Mungkin dia ada rejim pemanasan badan sendiri atau suka bersendiri sebelum naik pentas.

    “Waktu itu, kru perlu mengambil alih semua tugas mempersiapkan instrumen dan barangan lain. Kena periksa banyak kali. Pastikan apa yang boleh menyerabutkan kepala artis sudah selesai semuanya,” katanya.

    Begitu juga dengan 15 ke 30 minit selepas habis persembahan. Kebiasaannya itu waktu kemuncak jadi mungkin ada artis yang lupakan instrumen.

    “Ada yang suka lepas gitar, biarkan instrumen jatuh. Nilainya beribu jadi kita kena peka dengan pergerakan mereka.

    “Habis saja persembahan, apabila pengurus dan bagi kebenaran untuk ambil instrumen, terus ambil dan bawa ke belakang pentas. Itu waktu untuk artis ucap penghargaan kepada peminat, mungkin di belakang pentas akan ada sesi bergambar dan sebagainya. Kita yang kena urus semua,” katanya.

    • Jadi ninja

    Kru teknikal tidak seharusnya terlalu menyerlahkan diri ketika bekerja. Peranan mereka adalah seperti bayang-bayang artis.

    Sebab itu ramai kru yang memilih memakai baju serba hitam ketika bertugas supaya kelibat mereka tidak begitu kelihatan.

    Seorang kru teknikal yang baik seperti seorang ninja yang peka dan cekap. Pergerakan mereka tidak disedari tetapi masalah boleh diselesaikan dengan cepat. 

    “Atas pentas, penonton tak sepatutnya perasan kehadiran kita. Kalau terpaksa, tak boleh buat apa tapi sebolehnya, pergerakan kita itu cepat dan cekap.

    “Tapi kalau artis itu ada jurugambar sendiri, boleh minta dia dapatkan detik kita bekerja untuk kita promosikan diri dalam media sosial. Ini supaya orang tahu kerja kita dan ada peluang untuk diupah oleh artis lain pula,” katanya.

    • Penyelesaian masalah

    Kemahiran paling penting yang perlu ada pada seorang kru teknikal ialah menyelesaikan masalah. Apa-apa masalah yang timbul sebelum, semasa atau selepas persembahan perlu diselesaikan dengan secepat dan selengkap boleh.

    Berbalik kepada peranan kru teknikal, mereka perlu memastikan persembahan artis berjalan dengan lancar. Disebabkan mereka telah dilantik untuk melaksanakan tugas itu, artis tidak sepatutnya memikirkan penyelesaian untuk masalah yang ada.

    “Kita ada di situ supaya artis tak serabut. Mereka boleh fokus penuh pada persembahan sahaja.

    “Jadi, apa-apa masalah yang ada, kita perlu selesaikan secepat mungkin,” kata Fathil.

    • Komunikasi

    Ini tip yang sesuai untuk semua jenis pekerjaan, iaitu komunikasi. Komunikasi yang baik dapat meningkatkan imej anda, lebih-lebih lagi dalam pekerjaan sebegini yang melibatkan banyak pihak.

    Namun, itu bukan bermakna anda perlu membodek sesiapa sahaja yang berpotensi memberikan anda peluang kerja.

    “Maknanya, berkawanlah. Tapi ada juga yang pesan supaya kita ada batas dengan artis yang dijaga. Itu untuk memastikan profesionalisme kita apabila bekerja.

    “Yang paling penting, komunikasi dengan artis semasa persembahan. Atas pentas, kita susah nak berkomunikasi. Sebab itu penting kontak mata dengan artis. 

    “Tapi macam mana saya nak buat kontak mata dengan Masdo contohnya? Mereka semua pakai spek mata hitam. 

    “Kita perlu peka. Jangan ada rasa malu atau kekok. Walaupun tak pasti dia betul-betul pandang kita atau tak, kita perlu respons. Kalau sebenarnya dia pandang tempat lain, memang malu tapi tak apa. Yang penting kita sudah bersedia,” kongsi Fathil. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.