Facebook Twitter
    Trending
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 keadaan ini anda tidak boleh tukar kerja baharu

    7 keadaan ini anda tidak boleh tukar kerja baharu

    By Zubaidah IbrahimNovember 11, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDAK salah jika anda mahu perubahan hidup dengan menukar pekerjaan baharu, tetapi keputusan tersebut hendaklah diperhalusi dan bukannya kerana wang semata-mata.- GAMBAR HIASAN/YANALYA/ FREEPIK

    HASIL tinjauan Bamboo HR mendapati, 75 peratus pekerja sanggup mempertimbangkan untuk tukar kerja di tempat baharu sekiranya ditawarkan kenaikan gaji kerana mereka mahukan pekerjaan yang lebih sejajar dengan nilai dan gaya hidup.

    Tidak salah jika anda mahu perubahan hidup dengan menukar pekerjaan baharu, tetapi keputusan tersebut hendaklah diperhalusi dan bukannya kerana wang semata-mata.

    Sekiranya anda tertanya-tanya adakah sekarang masa tepat untuk menukar kerja? Berikut usnews.com menyenaraikan tujuh keadaan yang tidak disyorkan anda bertukar kerja.

    1. Semasa kemelesetan ekonomi

    Apabila berlaku kemelesetan, syarikat biasanya tidak mencari kakitangan baharu. Sebaliknya, mereka cuba sehabis baik untuk menjimatkan kos.

    Ketika ekonomi merosot, pasaran pekerjaan menjadi lebih ketat, peluang semakin mengecil dan persaingan lebih tinggi termasuklah daripada pencari kerja yang kehilangan pekerjaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hadapi persekitaran kerja toksik dengan cara yang betul, ikuti langkah-langkah ini – Relevan

    Oleh itu, sebaiknya berunding dengan majikan anda untuk kenaikan gaji, lakukan dengan cara yang betul dan berhati-hati. Organisasi lebih suka mengekalkan bakat pekerja yang ada, berbanding mengupah dan melatih kakitangan yang baharu.

    2. Wang adalah keutamaan

     Walaupun tawaran gaji yang lebih tinggi sangat menarik dan ia juga diperlukan untuk menampung keperluan anda sekeluarga, tetapi anda tidak sepatutnya menukar pekerjaan semata-mata untuk wang.

    Jika anda hanya mempertimbangkan dari aspek kewangan sahaja, anda mungkin akan hidup dengan “gari emas” dan menyesali keputusan tersebut dalam jangka masa panjang.

    Gaji bukan satu-satunya elemen yang perlu anda pertimbangkan untuk memastikan anda mendapat pekerjaan yang disukai.

    Tanya diri anda, adakah skop tugas itu sejajar dengan gaji? Adakah kerja ini membantu anda mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan?

    3. Baharu berpindah rumah

    Berpindah rumah merupakan perkara yang sangat meletihkan, maka anda perlu memilih sama ada mahu mengutamakan perpindahan tempat tinggal atau menukar pekerjaan.

    Jika anda memutuskan untuk meneruskan perpindahan rumah, tunggu semuanya selesai baharulah anda mengambil keputusan untuk tukar kerja baharu.

    4. Mengalami perubahan hidup

    Kita tidak boleh membuat keputusan penting ketika diri dalam keadaan emosi apatah lagi sedang mengalami perubahan besar dalam hidup seperti berkahwin, menimang cahaya mata, kehilangan orang tersayang atau mendapat berita buruk daripada doktor anda.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 tip capai keseimbangan kerjaya dan kehidupan – Relevan

    Oleh itu, berhenti kerja pada ketika ini adalah sangat tidak digalakkan, sebaiknya hubungi pengurus anda dan terangkan perkara yang berlaku untuk melihat cara pasukan menyokong anda dalam saat sebegini.

    5. Tidak mempunyai rancangan kerjaya

    Sebelum membuat langkah penting untuk kerjaya, anda wajib mempunyai rancangan kerjaya.

    Antaranya seperti apakah kerjaya ideal untuk anda? Di mana anda mahu berada dalam kerjaya ini dalam tempoh 10 tahun akan datang?

    Soalan ini akan membantu anda membuat perubahan kerja yang lebih strategik dan bukannya berakhir dengan pekerjaan lain yang anda tidak suka.

    Bekerjasama dengan mentor atau jurulatih kerjaya untuk membantu anda membuat rancangan kerjaya strategik dan mencari pekerjaan yang anda suka.

    6. Baharu sahaja bertukar kerja

    Tidak semua keputusan menukar kerja yang baharu itu menjadi seperti diimpikan, malah ia mungkin lebih buruk berbanding tempat kerja lama.

    Walaupun begitu, anda tidak disarankan menukar pekerjaan lain dalam masa terdekat. Tabiat melompat kerja memberi persepsi negatif dan merosakkan reputasi profesional anda.

    Sekali gus, menyukarkan anda untuk mencari pekerjaan jika pengurus yang mengambil pekerja tidak pasti bahawa anda akan bertahan lama.

    7. Anda mengalami hari yang buruk

    Kita semua pernah mengalami hari yang buruk di tempat kerja. Sama ada masalah dalam projek atau perselisihan faham dengan rakan sekerja, tetapi berhenti kerja bukanlah jalan penyelesaian.

    Sebelum anda mengambil keputusan berhenti kerja, ketahui bahawa mempelajari cara mengurus konflik dan mengembalikan projek ke landasan yang betul adalah penting untuk kejayaan profesional dalam mana-mana pekerjaan.

    Tarik nafas dalam-dalam, lakukan sesuatu yang santai dan mulakan hari kerja berikutnya dengan segar. Kemudian buat rancangan bagaimana anda boleh meningkatkan kemahiran kepimpinan dan penyelesaian konflik anda di tempat kerja.- RELEVAN

    Previous ArticleSejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gerakan Tanah Air
    Next Article 3,245 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026
    Artikel Terkini

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.