Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenali Sasterawan Negara ke-15, Abdul Rahman Shaari

    Kenali Sasterawan Negara ke-15, Abdul Rahman Shaari

    By June 23, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan pemilihan penyair terkemuka, Datuk Abdul Rahman Shaari sebagai penerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

    Ini menjadikan Abdul Rahman sebagai Sasterawan Negara yang ke-15, menuruti jejak Profesor Dr. Siti Zainon Ismail yang menerima anugerah tersebut pada 2019, Datuk Dr. Zurinah Hassan pada 2016 dan 12 sasterawan lain sebelumnya.

    Menurut Radzi, Abdul Rahman dipilih daripada 12 calon sasterawan sebagai penerima anugerah itu, hasil penilaian panel sembilan pakar. Kata beliau, kekuatan Abdul Rahman adalah dalam genre puisi yang mana karyanya sarat dengan pemikiran serta memerlukan pentafsiran yang mendalam.

    “Abdul Rahman menekuni semua genre sastera, termasuk puisi, drama, cerpen, novel dan kritikan sastera.

    “Beliau juga mempelopori Teori Anjakan Makna. Dalam mendeklamasikan puisi, Abdul Rahman memperkenalkan teknik persembahan puisi artistik,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

    Siapa Abdul Rahman Shaari?

    Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Utan Lembah, Oran, Perlis pada 1949. Beliau memulakan pendidikan formal di Sekolah Umum Guar Nangka dan seterusnya Sekolah Derma Kangar. Pendidikan menengahnya pula bermula di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Pendidikan tinggi beliau berterusan sehingga mendapat ijazah sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Abdul Rahman pernah bertugas sebagai guru pada 1972 hingga 1973 sebelum berkursus di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM. Beliau meneruskan tugas sebagai guru selepas itu sebelum bertugas di Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 1980 hingga 1982.

    Beliau mengambil Ijazah Sarjana Persuratan di UKM pada 1986 dan menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) dua tahun kemudiannya. Pada 1993, beliau dilantik ke jawatan Profesor Madya dan kemudiannya Profesor pada 2003. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Media di UM.

    Abdul Rahman mempunyai pencapaian prolifik dalam bidang sastera, khususnya penulisan puisi. Antara anugerah yang pernah disandang ialah Hadiah Sastera Malaysia kategori puisi pada 1976, 1982 dan 1986; Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2003); Anugerah Penyair GAPENA (2013); Hadiah Penulisan Esei Utusan Melayu dalam bidang pantun (2014) dan Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) pada 2007.

    Pemikir puisi

    Langkah sastera Abdul Rahman bermula pada 1971 apabila sajak nukilannya, Buka Bicara disiarkan dalam majalah Dewan Sastera. Sajak itu turut mendapat ulasan daripada sasterawan, Dharma Wijaya dan Baha Zain. Langkah itu diteruskan sehingga beliau menghasilkan lebih 50 buku berkenaan sastera, termasuk kumpulan puisi, novel dan esei. Terbaharu, antologi puisi pilihan enam penyair yang diselenggara beliau, Bilah Hujan Yang Menikammu dilancarkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan baru-baru ini.

    Antara sumbangan utama Abdul Rahman dalam perkembangan sastera negara adalah mengasaskan Teori Anjakan Makna yang menjadi rujukan ramai pelajar dan pengkaji sastera. Menurut Abdul Rahman sendiri, teori tersebut menyatakan bahawa satu-satu makna tidak berdiri di satu-satu titik, sebaliknya selalu berada di atas garis kontinum dan beranjak.

    Dalam pengajian bahasa, anda boleh lihat aplikasi teori ini pada perkataan seperti tangan yang asalnya bermaksud salah satu anggota badan. Maknanya kemudian beranjak kepada mengurus atau mengendali, seperti dalam perkataan menangani.

    Begitu juga dalam sastera, khususnya puisi. Makna boleh beranjak dari makna asal kepada makna-makna terbitan lain. 

    Abdul Rahman pernah mengulas berkenaan persembahan teater Dari Bintang Ke Bintang yang antara lain menggunakan puisi Kekasih karya Usman Awang. Menurut beliau, sajak Kekasih ialah sajak romantik terhebat di Nusantara. Beliau melihat sajak tersebut sebagai pernyataan cinta daripada kekasih kepada kekasih. 

    Namun, pengarah teater tersebut memilih untuk membawa tafsiran berbeza. Sajak tersebut disampaikan dalam nada mengejek. Ini contoh anjakan makna yang berlaku dalam tafsiran sajak.

    Abdul Rahman juga tidak menyempitkan Teori Anjakan Makna dalam bidang sastera semata-mata. Dapat juga ditemukan ulasan beliau menggunakan teori sama untuk memahami isu politik.

    Persembahan artistik

    Satu hal lagi yang menjadikan Abdul Rahman sebagai sasterawan yang tersendiri ialah persembahan deklamasi sajaknya yang artistik. Beliau malah membangunkan format persembahan puisi artistik untuk disampaikan kepada KPM.

    Abdul Rahman menitikberatkan hafalan sajak apabila dipersembahkan. Bagi beliau, sajak perlu dihafal apabila dipersembahkan  supaya makna sajak dapat disampaikan dengan baik. Untuk menghasilkan persembahan sajak yang artistik, Abdul Rahman mementingkan latihan, mimik muka, suara, gerak tubuh, hafalan sajak, pakaian dan hal-hal lain. Ia hampir menyerupai persembahan drama atau teater. 

    Bagi beliau, persembahan puisi yang artistik perlu disokong oleh karya puisi yang juga artistik. Puisi yang dipersembahkan perlu mempunyai jalan cerita supaya persembahan boleh disampaikan dengan artistik sepenuhnya. – RELEVAN

    Previous ArticleRancangan Buku Hijau terus relevan, tidak mustahil untuk bertani di bandar
    Next Article 2,425 kes baharu Covid-19, 4 kematian dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.