Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 13, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti. GAMBAR HIASAN

    TANGGUNGJAWAB wartawan sebagai pancaindera masyarakat terus diperkukuhkan menerusi program e-Kolokium Kewartawanan kali ke-52 anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

    Program secara maya tersebut berlangsung di saluran YouTube Journalism Colloquium dengan majoriti penyertaan hampir 1,000 penonton terdiri daripada para pelajar kursus kewartawanan, alumni UiTM dan pengamal media termasuk dari negara jiran, Universiti Budi Luhur, Indonesia.

    Mengangkat tema “Journalist’s Lens: Unspoken Stories from Community”, program ini memfokuskan realiti kisah dan isu semasa masyarakat yang tidak diberi perhatian sepenuhnya oleh media arus perdana. 

    Justeru dengan adanya platform sebegini, ia dapat mencelik mata dan hati pelapis wartawan tentang kepentingan pelaporan berita yang kukuh, beretika serta peka terhadap setiap isu yang berlaku dalam komuniti setempat.

    Ambil peduli suara komuniti yang terpinggir

    Jemputan utama bagi program ini melibatkan dua panel berpengalaman dalam dunia kewartawanan, iaitu Wartawan Multimedia Media Prima Berhad, Fareez Azman dan Pengarang Sinar Harian, Junhairi Alyasa. 

    Kedua-dua figura ini berkongsi secara langsung pengalaman dan pandangan profesional mereka mengenai cabaran sebenar melaporkan berita komuniti di lapangan. Menerusi perkongsian ilmiah ini, ia memberi gambaran tentang tanggungjawab dipikul wartawan secara realistik.

    Menurut Fareez, tema e-Kolokium edisi kali ini cukup dekat dengan jiwanya kerana mengingatkannya kepada pelbagai laporan lapangan dilaluinya selama bergelar wartawan.

    “Ia mengimbas kembali banyak perkara yang pernah saya lakukan, termasuk kisah tentang golongan susah di kawasan pedalaman, penyakit pelik, isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, serta persoalan masyarakat mengapa Rohingya menjadikan Malaysia lokasi utama dan mengapa semakin ramai masyarakat berdepan masalah kesihatan mental.

    “Apabila kita masuk ke niche yang lebih mendalam, setiap perkara membawa kepada unspoken stories yang lebih besar. Rakyat Malaysia, khususnya di kawasan pedalaman, memiliki kisah yang mencabar wartawan untuk mengubah sesuatu yang tidak diketahui kepada diketahui dengan matlamat membantu masyarakat,” ujarnya.

    Nilai integriti dan etika perlu ada dalam setiap wartawan

    Sementara itu, Junhairi menekankan bahawa elemen “human interest” harus menjadi aspek terpenting dalam pelaporan terutamanya membabitkan isu dalam komuniti.

    “Seorang wartawan mesti menjaga integriti dengan mematuhi garis panduan penulisan yang ditetapkan, termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Kanak-kanak, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Akta Fitnah.

    “Wartawan perlu banyak membaca serta sentiasa peka dan memahami sesuatu isu semasa. Asas kewartawanan juga perlu kukuh antaranya memahami sudut (angle) berita, gaya penulisan mengikut penerbitan (house style), serta memiliki pengetahuan am yang luas sebelum menulis sesuatu laporan. 

    “Wartawan juga perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis sesuatu berita. Semua ini akan sangat membantu dalam menghasilkan laporan yang tepat dan berkualiti,” tegasnya. 

    Program e-Kolokium sebagai jambatan antara akademik dan industri media

    Program e-Kolokium sekali lagi membuktikan peranannya sebagai jambatan yang menghubungkan para pelajar dengan industri media. 

    Dekan FKPM, Profesor Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman berkata, e-Kolokium program ini bukan sahaja menghubungkan wacana ilmiah dengan keperluan industri, tetapi turut mencerminkan nilai teras kewartawanan. 

    “e-Kolokium ini berfungsi sebagai platform untuk pelajar tahun akhir kami membentangkan dan meraikan hasil kerja akademik mereka. Ia juga merupakan ruang di mana wacana ilmiah bertemu dengan keperluan industri. Detik ini bukan sahaja menandakan tamatnya perjalanan akademik mereka, tetapi permulaan kepada sumbangan profesional mereka dalam bidang kewartawanan,” katanya. -RELEVAN

    Previous ArticleJangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    Next Article Kesan negatif penyedut minuman

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.