Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    By MOHD SYAHBANI KARIM JELANIMay 20, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka? - GAMBAR HIASAN MATTHIASZOMER/PEXELS
    Mohd Syahbani Karim Jelani

    “TOLAK tepi dahulu urusan harta-harta arwah Aki. Tak sampai 24 jam kau dah kelam-kabut
    nak bincang pasal harta!”

    Ayat seperti ini sering kedengaran apabila isu harta pusaka mula dibangkitkan sebaik sahaja
    seseorang meninggal dunia.

    Dalam kalangan masyarakat kita, ada kepercayaan bahawa membincangkan soal pembahagian harta terlalu awal dianggap tidak menghormati si mati atau warisnya.

    Namun, tahukah anda bahawa kelewatan dalam menguruskan harta pusaka boleh menimbulkan pelbagai komplikasi yang lebih besar dan rumit di kemudian hari?

    Kenapa perlu cepat?

    Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, kelewatan dalam urusan pentadbiran pusaka
    bukan sekadar soal masa. Ia membuka ruang kepada salah faham, konflik sesama waris,
    bahkan boleh menjadi sebab waris kehilangan hak ke atas harta yang sepatutnya dimiliki.

    Lebih besar nilai harta dan lebih ramai bilangan waris maka lebih tinggi risiko pertikaian jika
    tiada pengurusan yang teratur. Isu ini juga menjadi semakin kompleks apabila wujud unsur
    seperti hutang, pemilikan bersama atau waris yang sukar dikesan.

    Isu pembahagian tanpa prosedur yang betul

    Ramai waris cenderung untuk mengambil jalan mudah. Terdapat waris yang membahagikan
    barang kemas secara terus tanpa proses yang betul.

    Ada juga yang menggunakan kad ATM si mati untuk mengeluarkan wang atau menyerahkan geran rumah kepada ahli keluarga tertentu tanpa dokumen rasmi.

    Tindakan ini mungkin nampak cepat dan muafakat keluarga tetapi ia boleh mengundang
    keraguan dari segi undang-undang. Ia juga berisiko menyebabkan pembahagian tidak sah,
    terutamanya jika ada waris lain yang mempertikai keputusan tersebut.

    Lambat rancang, harta hilang

    Satu persoalan besar, ke mana perginya wang dalam akaun si mati jika tidak dituntut?

    Menurut Seksyen 8, Akta Wang Tak Dituntut 1965, wang yang tidak dikendalikan selama tujuh
    tahun akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tak Dituntut. Ini termasuk:

    • Akaun simpanan dan semasa
    • Simpanan tetap dengan pembaharuan automatik

    Bukan itu sahaja, pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan juga boleh tertangguh
    kerana ketiadaan dokumen pentadbiran pusaka.

    Waris terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan harta tersebut kerana perlu melalui proses pencarian waris yang memakan masa bertahun-tahun.

    Jadi, bilakah masa yang sesuai?

    Jawapannya: seawal yang mungkin selepas urusan pengebumian selesai dan emosi waris
    sedikit reda.

    Meskipun perasaan hormat kepada si mati itu penting, urusan pusaka juga perlu diurus
    segera supaya hak dan manfaat kepada waris tidak terabai.

    Proses permohonan pentadbiran pusaka mengambil masa dan memerlukan kerjasama semua pihak terutama waris, peguam, institusi berkaitan dan dalam sesetengah kes, Mahkamah Tinggi.

    Apa yang boleh dilakukan sekarang?

    Jika anda adalah waris kepada si mati, mulakan dengan:

    1. Kumpulkan dokumen penting seperti sijil kematian, senarai harta dan maklumat waris.
    2. Semak status wasiat atau hibah jika ada.
    3. Rujuk institusi yang bertauliah seperti Amanah Raya Berhad untuk nasihat dan langkah seterusnya.

    Untuk yang masih hidup, rancang sekarang. Tidak terlambat untuk anda mula merancang dan ambil tindakan segera. Merancang pewarisan bukan hanya untuk mereka yang berharta sahaja tetapi ia adalah langkah bijak untuk memastikan segala harta dan hutang dapat diurus secara adil dan sah.

    Pembahagian harta pusaka bukan soal harta apa yang dimiliki tetapi tentang melunaskan amanah terakhir si mati dengan teratur, adil dan penuh tanggungjawab.

    Jangan berlengah. Mulakan hari ini. Rancang dengan betul, urus dengan teliti. Ingat pewarisan, Ingat AmanahRaya.

    – RELEVAN

    MOHD SYABANI BIN KARIM JELANI merupakan Penolong Pengurus di Amanah Raya Berhad. Telah berada dalam industri pengurusan pewarisan sejak dari tahun 2005 bersama Amanah Raya Berhad.

    Pernah berkhidmat di Amanah Raya Ipoh, Kangar, Alor Setar, Kuala Lumpur, Seremban dan kini berkhidmat di Jabatan Pembangunan Perniagaan. Berpengalaman dalam bidang pengurusan operasi pusaka serta terlibat secara langsung dalam menyampaikan taklimat dan penerangan kepada jabatan/agensi dalam meningkatkan pemahaman berkaitan pengurusan pewarisan.

    Previous ArticleWasiat bukan hanya untuk orang berharta
    Next Article Jangan malas buat kerja sekolah!

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.