Facebook Twitter
    Trending
    • Perkasa semula program keusahawanan 1K1P
    • Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini
    • Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara
    • Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini
    • Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam
    • Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan
    • Belanjawan 2026: 6 manfaat baharu bagi golongan OKU
    • Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

      October 11, 2025

      Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

      October 8, 2025

      7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

      October 7, 2025

      Influenza A – kenali simptom dan cara menjaga diri

      October 7, 2025

      Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

      October 6, 2025
    • Kewangan

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025

      Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

      October 10, 2025

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025
    • Pendidikan

      Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam

      October 11, 2025

      Belanjawan 2026: 6 manfaat baharu bagi golongan OKU

      October 10, 2025

      Belanjawan 2026: Pendidikan percuma melalui PTPTN bantu pelajar miskin

      October 10, 2025

      Penderitaan genosid di Gaza selama dua tahun ini

      October 10, 2025
    • Kerjaya

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

    Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

    By November 20, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JUMLAH siswazah meningkat kepada 5.92 juta orang pada 2022. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    JUMLAH siswazah menganggur mencatatkan pengurangan pada 2022 apabila bilangan siswazah bekerja meningkat enam peratus daripada 4.59 juta orang tahun sebelumnya kepada 4.87 juta orang.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kadar pengangguran siswazah mengalami penurunan sebanyak 0.4 mata peratus untuk mencatatkan 3.7 peratus pada 2022, berbanding 4.1 peratus pada tahun sebelumnya.

    Kata beliau, bilangan siswazah yang menganggur berkurang sebanyak 5.5 peratus bagi mencatatkan jumlah kira-kira 187,800 orang.

    “Berdasarkan analisis berkaitan sijil, didapati bahawa jumlah siswazah menganggur lepasan diploma berkurang sebanyak kira-kira 5,500 individu manakala bilangan siswazah menganggur lepasan ijazah menurun sebanyak kira-kira 5,300 orang.

    “Terdapat kira-kira 862,600 siswazah di luar tenaga buruh pada 2022, merangkumi 14.6 peratus daripada keseluruhan jumlah siswazah berumur 15 tahun dan ke atas, di mana 32.4 peratus daripadanya berada di luar tenaga buruh disebabkan kerja rumah atau tanggungjawab keluarga.

    “Ini diikuti dengan 26.1 peratus yang berada di luar tenaga buruh disebabkan masih belajar atau (menyertai) program latihan,” katanya dalam kenyataan pada 20 Oktober.

    Data tersebut dikumpul dan dianalisis melalui laporan Statistik Siswazah 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan.

    Menurut jabatan itu, siswazah dalam laporan itu ditakrifkan sebagai individu yang memperoleh sijil tertinggi daripada universiti, kolej, politeknik, badan yang diiktiraf atau setaraf, dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya dua tahun.

    Jumlah siswazah

    Katanya, jumlah siswazah di Malaysia meningkat sebanyak 5.1 peratus, mencapai bilangan sebanyak 5.92 juta orang pada 2022.

    “Bilangan ini merangkumi 23.1 peratus daripada penduduk bekerja dalam umur bekerja 15 tahun dan ke atas.

    “Daripada jumlah tersebut, siswazah lulusan ijazah meliputi 53.9 peratus atau bersamaan 3.19 juta orang manakala lulusan diploma terdiri daripada 46.1 peratus (2.73 juta orang),” katanya.

    Taraf dan kategori pekerjaan

    Jelas Mohd. Uzir, dari segi taraf pekerjaan, bilangan siswazah dalam kategori pekerja yang merangkumi 89.7 peratus menunjukkan peningkatan walaupun pada kadar yang lebih perlahan, iaitu sebanyak 5.4 peratus (kira-kira 222,2000 orang).

    Sebaliknya, kata beliau, kategori majikan yang meliputi 4.7 peratus telah mencatatkan kenaikan sebanyak 14.3 peratus manakala bilangan bagi bekerja sendiri yang terdiri daripada 4.6 peratus merekodkan peningkatan sebanyak 14.7 peratus.

    Sementara itu, jelas beliau, kira-kira dua pertiga (65.6 peratus) daripada siswazah bekerja adalah dalam kategori pekerjaan mahir, iaitu seramai 3.19 juta orang.

    “Sumbangan tertinggi bagi kategori pekerjaan mahir, iaitu sebnayak 38.4 peratus (1.87 juta orang) adalah mereka yang bekerja dalam pekerjaan profesional, diikuti juruteknik dan profesional bersekutu dengan 17.7 peratus (kira-kira 860,400 orang).

    “Siswazah bekerja dalam kategori separuh mahir merangkumi 32.8 peratus (1.60 juta orang) adalah sebahagian besarnya bekerja sebagai pekerja perkhidmatan dan jualan (14.0 peratus), diikuti pekerja sokongan perkeranian (10.7 peratus) serta pekerja kemahiran dan pekerja pertukangan yang berkaitan (4.9 peratus).

    “Selebihnya iaitu 1.6 peratus (kira-kira 78,100 orang) adalah mereka yang bekerja dalam kategori berkemahiran rendah yang mana menunjukkan penurunan sebanyak 23.1 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

    Gaji dan upah

    Berkenaan gaji dan upah yang diterima siswazah pula, Mohd. Uzir menjelaskan terdapat peningkatan dicatatkan pada 2022 berbanding 2021.

    Kata beliau, penengah gaji dan upah bulanan dalam pekerjaan utama sepenuh masa meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM4,128 berbanding RM3,911 pada 2021.

    “Mengikut tahap kemahiran, gaji dan upah yang diterima oleh siswazah untuk ketiga-tiga kategori merekodkan pemulihan pada 2022 selepas mengalami kejatuhan pada 2020. Walau bagaimanapun, gaji dan upah ini masih di bawah nilai sebelum pandemik. 

    “Siswazah dalam kategori pekerjaan mahir mengalami peningkatan sebanyak 7.9 peratus dalam penengah gaji dan upah bulanan berbanding tahun sebelumnya dengan mencatatkan RM5,193 berbanding RM4,812 pada 2021.

    “Sementara itu, penengah bagi kategori separuh mahir naik 5.4 peratus kepada RM2,159 berbanding RM2,049 pada 2021 manakala kategori berkemahiran rendah menyaksikan kenaikan 7.0 peratus kepada RM1,817 berbanding RM1,698 pada 2021,” katanya. – RELEVAN

    DOSM featured kadar pengangguran kerjaya siswazah statistik

    Artikel berkaitan

    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    October 14, 2025

    Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    October 14, 2025

    Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

    October 13, 2025

    Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

    October 13, 2025

    Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam

    October 11, 2025

    Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

    October 11, 2025
    Artikel Terkini

    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    October 14, 2025

    Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    October 14, 2025

    Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

    October 13, 2025

    Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

    October 13, 2025

    Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam

    October 11, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.