Facebook Twitter
    Trending
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi
    • Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    By Umi FatehahMarch 7, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia? - GAMBAR HIASAN AI

    MEDIA sosial kini dibanjiri dengan hantaran Gen Z yang hidupnya kelihatan sangat mewah. ‘Skrip’ kehidupan mereka hampir sama – kerap melancong, beli barangan mewah dan semuanya dimuat naik dengan sangat ‘estetik’, menampakkan lagi kemewahan dan ekslusiviti.

    Ada yang bertanya, adakah semua itu realiti atau wayang untuk membina penjenamaan peribadi sahaja?

    Menurut Reader’s Digest, generasi yang lahir antara 1997 hingga 2012 membesar dengan internet dan media sosial. Jadi, imej dalam talian bukan sekadar gaya hidup, ia sudah sebati menjadi sebahagian daripada identiti mereka. 

    Menurut pengasas platform pendidikan kewangan Generation Money, Alex King, budaya tunjuk duit (financial flexing) ini sebahagian daripada cara mereka nak dilihat berjaya. Mungkin definisi berjaya bagi mereka ialah kaya dan mewah.

    Apa itu financial flexing?

    Pertama sekali, flexing dalam konteks masa kini bermaksud menunjuk atau mempamerkan sesuatu, biasanya berkaitan dengan kekayaan, gaya hidup atau pencapaian untuk dilihat orang lain. 

    Untuk topik ini, financial flexing bererti menonjolkan kekayaan (sama ada realiti atau pura-pura) untuk mempengaruhi persepsi orang lain.

    Dahulu, budaya flexing lebih kepada harus nampak hebat di mata jiran atau rakan sebaya. Bergantung kepada musim, mungkin beli kereta baharu, ubah suai rumah atau pakai barang kemas bertingkat-tingkat seperti Mami Jarum. 

    Kini, media sosial buat flexing jadi lebih mudah dan meluas. Apa yang ditayangkan bukan sekadar barangan berjenama, ia termasuk melancong, makan mewah, fesyen, hadiah mahal atau kos majlis kahwin yang mahal.

    Kata hos podcast Money Memories, Ilona Limonta-Volkova, mereka nampak seperti stabil dan berjaya tapi hakikatnya belum tentu begitu.

    Kenapa Gen Z buat begini?

    Gen Z membesar dengan media sosial dan perbandingan gaya hidup orang lain menjadi perkara biasa. Flexing menjadi jalan pintas untuk rasa diterima dan kelihatan berjaya, walaupun keadaan kewangan sebenar mungkin bercampur aduk. 

    Selain itu, perasaan takut ketinggalan atau Fear of Missing Out (FOMO) turut memainkan peranan besar. 

    Anak muda mudah terpengaruh apabila melihat rakan sebaya memiliki barang mahal atau menjalani gaya hidup glamor. Ini mendorong mereka untuk membelanjakan lebih daripada kemampuan hanya untuk masuk dalam kelompok tersebut.

    Adakah budaya flexing bahaya?

    Tak semua flexing salah. Masih boleh flex secara sihat, contohnya:

    • Flex estetika, bukan harga. Pilih pakaian minimalis tapi cantik, bukan yang penuh logo mahal.
    • Flex pengalaman. Tangkap gambar menarik di kafe, pantai, hiking – murah tapi tetap mencapai standard media sosial.
    • Flex kualiti. Beli satu barang berkualiti dan pakai lama, bukan beli banyak barang murah.
    • Flex celik kewangan. Bayar hutang, simpan dalam akaun pelaburan atau guna mata ganjaran untuk pembelian.
    • Flex kemahiran. Tunjuk kemahiran memasak, fotografi atau pendidikan.

    Jika flexing dilakukan dengan berhutang, ia bukan sesuatu yang perlu dibanggakan kerana ia adalah liabiliti. 

    Tidak perlu berpura-pura untuk bahagia

    Hakikatnya, seseorang tidak perlu menunjukkan gaya hidup mewah atau berpura-pura memiliki sesuatu hanya untuk dipandang tinggi oleh orang lain.

    Mengejar pengiktirafan melalui flexing mungkin memberi kepuasan sementara tetapi kebahagiaan sebenar tidak datang daripada persepsi orang luar. Sebaliknya, ia lebih berkait dengan kestabilan kewangan, hubungan yang sihat dan rasa cukup dengan kehidupan yang dimiliki.

    Dalam dunia yang sering menilai berdasarkan apa yang dipamerkan, tidak perlu berpura-pura untuk kelihatan berjaya. Kadangkala, hidup sederhana tanpa perlu membuktikan apa-apa kepada orang lain sudah cukup untuk membawa rasa bahagia yang sebenar. – RELEVAN

    Previous ArticleApa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

    March 5, 2026

    Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

    March 5, 2026

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026
    Artikel Terkini

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.