Facebook Twitter
    Trending
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi
    • Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    By AMAL HAYATI FAUZIMarch 5, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Rasa mengantuk hilang. Apa rahsianya? - GAMBAR HIASAN CANVA

    MASUK sahaja pertengahan Ramadan, ramai merasakan perubahan rutin harian terutama dari segi waktu makan dan tidur. Perubahan ini sering menyebabkan rasa mengantuk pada siang hari ketika menahan lapar dan dahaga. 

    Berikut merupakan perkongsian lanjut oleh Farmasi Darya Varia mengenai punca keadaan ini berlaku dan tip yang boleh diambil untuk mengatasinya.

    Kenapa rasa mengantuk lebih dirasai ketika berpuasa?

    • Dehidrasi

    Semasa berpuasa, badan kehilangan air kerana tiada pengambilan cecair sepanjang hari. Keadaan ini boleh mengurangkan jumlah darah dalam badan serta menjejaskan aliran oksigen ke otak. Oleh sebab itu, daya fokus semakin berkurang dan kepala terasa berat.

    • Paras gula dalam darah menurun

    Tidak makan untuk tempoh lama menyebabkan paras gula dalam darah menurun. Akibatnya, ia mencetuskan rasa letih dan mengantuk.

    • Tidak cukup tidur

    Sepanjang Ramadan, ramai yang berjaga lebih lama pada waktu malam untuk beribadah atau melakukan aktiviti lain sebelum sahur. Pada masa yang sama, rutin kerja pada siang hari tetap berjalan seperti biasa menyebabkan tempoh tidur juga semakin kurang.

    • Terlepas waktu sahur

    Tidak bersahur boleh menyebabkan tubuh kekurangan tenaga sepanjang hari. Tanpa sumber nutrien pada awal pagi, badan kurang bertenaga dan lebih mengantuk ketika berpuasa.

    Langkah mencegah rasa mengantuk

    • Jangan tidur terlalu lewat

    Perubahan jadual tidur ketika Ramadan memang sukar dielakkan, namun tidur yang mencukupi tetap penting. Cuba biasakan tidur selepas lakukan solat tarawih dan berjaga untuk sahur bagi memastikan badan mendapat rehat mencukupi.

    • Amalkan “power nap”

    Gunakan waktu rehat tengah hari untuk tidur seketika. Tempoh sekitar 15 minit sudah memadai untuk menyegarkan otak dan kembali bertenaga.

    • Rehat seketika

    Bagi mereka yang bekerja di hadapan komputer, keletihan mata boleh menambahkan rasa mengantuk. Oleh itu, alihkan pandangan sebentar daripada skrin, berjalan sebentar atau melihat pemandangan luar untuk menyegarkan minda.

    • Cuci muka untuk segarkan diri

    Mencuci muka dengan air membantu menghilangkan rasa mengantuk. Ia memberi kesegaran segera dan membantu memulihkan fokus sebelum sambung melakukan aktiviti.

    • Lakukan pergerakan ringan

    Duduk terlalu lama boleh menyebabkan badan menjadi lesu. Lakukan regangan ringan, berdiri atau berjalan seketika bagi melancarkan peredaran darah serta meningkatkan bekalan oksigen ke otak. – RELEVAN

    Previous ArticleJuadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

    Artikel berkaitan

    Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

    March 5, 2026

    Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

    March 5, 2026

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026
    Artikel Terkini

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

    March 5, 2026

    Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

    March 5, 2026

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.