Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    By Umi FatehahJanuary 22, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    MEMILIKI rumah sendiri sering dianggap simbol kestabilan hidup. Namun bagi pembeli kali pertama, proses membeli rumah boleh menjadi satu pengalaman yang mengelirukan. 

    Prosesnya penuh dengan istilah kewangan, komitmen jangka panjang dan keputusan yang jika tersilap, kesannya boleh dirasai bertahun-tahun.

    Hakikatnya, rasa ragu dan takut itu normal. Membeli rumah bukan keputusan kecil dan ia bukan sesuatu yang sepatutnya dibuat secara tergesa-gesa hanya kerana tekanan sosial atau rasa takut ketinggalan.

    Menurut perkongsian doktor kewangan, Adam Zubir, ramai pembeli rumah pertama tersilap langkah bukan kerana mereka tidak mampu tetapi kerana mereka tidak cukup faham mengenai realiti kewangan di sebalik pembelian rumah.

    Berikut lima panduan penting yang boleh membantu anda membuat keputusan lebih bijak sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

    1. Semak kedudukan kewangan sendiri terlebih dahulu

    Langkah paling utama tetapi sering dipandang ringan ialah menyemak tahap kewangan peribadi. Bank tidak menilai rumah yang dimahukan, sebaliknya mereka menilai keupayaan anda untuk membayar hutang rumah itu.

    Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian:

    • DSR (Debt Service Ratio)

    DSR ialah nisbah komitmen hutang bulanan berbanding pendapatan. Secara umum, kebanyakan bank di Malaysia akan meluluskan pinjaman dengan DSR sekitar 30 hingga 40 peratus. Jika terlalu tinggi, risiko pinjaman ditolak juga meningkat.

    • Rekod CCRIS dan CTOS

    Skor kredit mencerminkan disiplin kewangan anda. Tunggakan kad kredit, pinjaman kenderaan atau PTPTN yang tidak terurus boleh menjejaskan peluang kelulusan pinjaman walaupun gaji mencapai syarat kelayakan.

    • Tabung kecemasan

    Anda perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji bersih. Simpanan ini penting bukan sahaja untuk kecemasan malah memberi keyakinan kepada bank bahawa anda tidak rapuh dari sudut kewangan.

    1. Fahami kos sebenar membeli rumah, bukan harga iklan sahaja

    Kesilapan biasa pembeli rumah pertama ialah menyangka harga rumah sama dengan jumlah yang perlu dibayar. 

    Sebagai contoh, meskipun harga rumah yang ingin dibeli bernilai RM300,000, anda perlu membayar jumlah yang jauh lebih tinggi daripada itu. Ia disebabkan terdapat pelbagai kos tambahan yang perlu disediakan. Antaranya termasuk:

    • Deposit rumah – Lazimnya 10 peratus daripada harga jualan
    • Yuran guaman dan duti setem – Untuk perjanjian jual beli dan pinjaman
    • Memorandum of Transfer (MOT) – Caj pindah milik
    • Kos penilaian bank
    • Yuran penyelenggaraan – Bagi rumah strata seperti pangsapuri atau kondominium

    Sebagai langkah selamat, Adam Zubir menyarankan pembeli menyediakan sekitar 15 hingga 20 peratus daripada harga rumah bagi menampung keseluruhan kos ini.

    1. Pilih lokasi dan jenis rumah mengikut keperluan, bukan emosi

    Rumah yang cantik tidak semestinya sesuai untuk anda. Pemilihan rumah perlu dibuat secara praktikal, bukan semata-mata berdasarkan trend atau kehendak jangka pendek.

    Beberapa perkara yang wajar dipertimbangkan:

    • Lokasi – Jarak ke tempat kerja, kemudahan awam, hospital dan akses jalan raya
    • Jenis kediaman – Pangsapuri, kondominium atau rumah teres
    • Keselamatan kawasan
    • Potensi kenaikan nilai – Terutamanya jika anda melihat rumah sebagai aset jangka panjang

    Tip penting: buat lawatan tapak dan tinjau sendiri kawasan sekitar dan jangan bergantung semata-mata kepada brosur atau iklan pemaju.

    1. Manfaatkan skim dan insentif kerajaan yang ada

    Ramai tidak sedar bahawa kerajaan menyediakan pelbagai bantuan khusus untuk pembeli rumah pertama. Antara yang boleh dipertimbangkan:

    • Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Pembiayaan tinggi untuk golongan muda
    • i-Miliki / PR1MA – Pengecualian duti setem tertentu
    • BSN MyHome – Subsidi ansuran bulanan untuk belia
    • Rumah Mampu Milik Negeri – Bergantung kepada negeri masing-masing

    Skim ini tidak menjadikan rumah murah tetapi ia boleh meringankan beban awal pembelian.

    1. Buat keputusan pinjaman dengan strategi

    Pinjaman perumahan ialah komitmen paling panjang dalam hidup kebanyakan orang. Oleh itu, keputusan ini perlu dibuat dengan teliti.

    Berikut ialah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

    • Bandingkan kadar faedah antara bank
    • Fahami perbezaan pinjaman konvensional dan pembiayaan Islamik
    • Elakkan membuat terlalu banyak permohonan serentak
    • Pilih tempoh pinjaman yang realistik dan jangan ‘tergoda’ dengan ansuran paling rendah

    Tempoh pinjaman yang panjang memang meringankan bayaran bulanan tetapi jumlah faedah yang dibayar kepada bank juga jauh lebih tinggi.

    Membeli rumah pertama bukan sekadar memenuhi impian memiliki kediaman sendiri tetapi satu komitmen kewangan jangka panjang yang memerlukan perancangan teliti dan pertimbangan matang. Setiap keputusan yang dibuat hari ini akan memberi kesan kepada kestabilan kewangan anda pada masa hadapan. 

    Justeru, ambillah masa untuk menilai kemampuan, membuat kira-kira yang realistik dan mendapatkan maklumat secukupnya sebelum membuat sebarang komitmen agar langkah yang diambil benar-benar membawa manfaat serta tidak menjadi beban. – RELEVAN

    Previous ArticleJenis kain yang tidak boleh dijemur
    Next Article Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    Artikel berkaitan

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.