Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    • Masa untuk bercuti
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    By Umi FatehahDecember 9, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    CARA pagi kita bermula menentukan bagaimana keseluruhan hari akan berjalan. Bila tubuh mendapat cukup rehat, fikiran tenang dan hari dimulakan dengan tenang, segala urusan akan berjalan dengan lancar.

    Tetapi anehnya, ramai antara kita tak memulakan hari dengan rutin pagi yang betul. Ramai lebih rela bangun lewat sehinggakan masa hanya cukup untuk bersiap ala kadar dan terus keluar rumah. Kalau nasib tidak baik, perlu menghadap trafik yang sesak.

    Akibatnya, sepanjang hari kita rasa terburu-buru, mudah stress dan mengulang rutin yang sama keesokan harinya. Sudah sampai masanya untuk mengubah tabiat pagi supaya tubuh dan minda lebih segar agar hari anda lebih teratur.

    1. Bangun awal

    Menurut blog kesihatan, Hoopnotica, bangun awal bukan sekadar motivasi palsu. Kajian menunjukkan mereka yang bangun awal cenderung lebih proaktif, stabil secara mental dan makan dengan lebih sihat.

    Bangun sekitar jam 6 pagi memberi kelebihan besar seperti suasana masih tenang, badan mula bekerja tanpa perlu tergesa-gesa dan minda belum dibebani tekanan.

    Dengan bangun tidur awal, anda mempunyai banyak lebihan masa untuk lakukan perkara berfaedah untuk mental dan fizikal.

    Untuk bangun awal, anda perlu tidur awal agar tubuh sempat berehat sepenuhnya. Tidur yang cukup memastikan hormon lebih seimbang, otak lebih fokus dan badan lebih mudah bertindak balas dengan rutin pagi yang sihat.

    2. Gerakkan badan

    Ramai mengeluh mereka tak ada masa untuk bersenam. Hakikatnya, bukan tak ada masa tapi tidak cuba meluangkan masa untuk bersenam.

    Anda tidak perlu ke gym untuk lakukan senaman pagi. Cukup dengan melakukan regangan, yoga atau apa sahaja pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh.

    Bagi orang Islam, bangun awal bermakna anda tidak perlu terkejar-kejar untuk menunaikan solat Subuh. Ibadah itu dapat dilakukan dengan lebih khusyuk dan sempurna. Menariknya, gerakan ketika solat seperti rukuk dan sujud juga seakan melakukan regangan badan.

    3. Tenangkan minda

    Stres tidak dapat dielakkan tetapi cara kita menguruskan beberapa minit pertama selepas bangun tidur mampu menentukan mood sepanjang hari.

    Salah satu cara paling mudah ialah memberi ruang kepada diri untuk bernafas dan melapangkan fikiran sebelum urusan dunia mula membebankan minda.

    Duduk dalam posisi yang selesa, tarik nafas, kemudian lepaskan dengan tenang. Ulang beberapa kali sehingga dada terasa lebih lapang.

    Dalam masa yang singkat itu, cuba fokus pada perkara yang boleh dikawal hari ini. Jangan memikirkan masalah semalam atau overthink tentang masalah yang belum berlaku.

    Walaupun ringkas, rutin ini membantu fikiran menjadi teratur serta emosi dan tubuh bersedia meneruskan hari dengan mood positif.

    4. Segelas air lemon suam

    Daripada kopi, lebih baik anda minum segelas air lemon suam. Air lemon suam dapat merangsang sistem pencernaan, membantu hati proses toksin, mengaktifkan metabolisme dan mengurangkan rasa berat atau bloated.

    Ia cara paling mudah untuk menggerakkan sistem dalaman selepas tidur selama tujuh hingga lapan jam. Meskipun ia bagus untuk kesihatan, anda juga perlu tahu risikonya juga. Ketahui dengan lebih lanjut di artikel ‘Minum air lemon setiap pagi? Tak salah tapi jangan abaikan risiko ini’.

    5. Sarapan pagi yang sihat

    Selepas air lemon, tunggu sekitar 30 minit sebelum ambil sarapan. Elakkan makanan berproses atau terlalu manis.

    Pilih menu yang lebih sihat seperti:

    • Smoothie buah dan sayur
    • Granola penuh bijirin
    • Overnight oats
    • Roti penuh bijirin dan sumber protein

    Sarapan yang baik ialah bahan bakar yang menentukan sama ada anda fokus atau layu sepanjang hari. Tetapi sekali sekala, tidak ada salahnya jika anda memilih untuk makan nasi lemak atau roti canai bersama segelas teh tarik. Jika perut gembira, mood juga gembira.

    Tabiat pagi bukan sekadar rutin, ia asas kepada mood, badan, fokus dan produktiviti kita sepanjang hari. Anda tidak perlu mengubah semuanya sekaligus. Pilih satu atau dua tabiat dahulu. Setelah badan sudah terbiasa, tambahkan rutin lain yang lebih sihat. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

    December 9, 2025

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025
    Artikel Terkini

    5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

    December 9, 2025

    Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

    December 9, 2025

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.