Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

    7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 23, 2025Updated:October 24, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tujuh cara untuk perbaiki pengurusan kewangan. GAMBAR HIASAN CANVA

    SETIAP individu perlu ada rancangan untuk memperkukuh kewangan sendiri, terutama peningkatan kos sara hidup ketika ini. Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, pengurusan kewangan yang bijak menjadi satu keperluan dan bukan pilihan.

    Perunding Kewangan Islamic Financial Planner, Afyan Mat Rawi berkata, perkara penting untuk memperbaiki kewangan adalah melalui cara kita berfikir tentang duit.

    Kebanyakan jutawan tidak menjadi kaya dalam sekelip mata, sebaliknya kejayaan mereka disebabkan disiplin, ilmu dan strategi yang konsisten dalam menguruskan kewangan.

    Berikut tujuh langkah untuk mengukuhkan kewangan peribadi anda.

    1. Tetapkan matlamat kewangan

    Setiap tindakan perlu ada hala tuju. Pastikan matlamat kewangan anda dicatat secara spesifik. Misalnya, perancangan untuk membeli rumah atau kereta.

    1. Susun pelan kewangan

    Rancang pelan kewangan bulanan dan tahunan bagi memantau bajet dan simpanan semasa. Pelan ini membantu menilai sejauh mana kewangan anda berada dalam keadaan stabil atau sebaliknya. 

    Catat setiap perbelanjaan bulanan di dalam buku catatan atau aplikasi kewangan di telefon bimbit supaya anda dapat mengenal pasti aliran wang keluar dan masuk dari akaun bank atau secara tunai.

    1. Tambah sumber pendapatan

    Bagi yang sudah mempunyai pekerjaan tetap, fokus harus kepada pengurusan gaji sedia ada. Bagi mereka yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap,  mereka boleh melakukan kerja sambilan atau kemahiran baharu. Ini dalam meningkatkan aliran tunai dan memberi ruang untuk menabung.

    1. Kawal perbelanjaan

    Amalkan disiplin dalam berbelanja dan sentiasa bezakan antara keperluan serta kehendak. Elakkan budaya Fear of Missing Out (FOMO) yang sering mendorong kita membuat pembelian hanya kerana ingin mengikut trend. Sikap ini boleh menyebabkan perbelanjaan berlebihan dan menjejaskan bajet bulanan. Rancang setiap perbelanjaan dan utamakan keperluan.

    1. Simpan dan labur

    Wujudkan dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dalam pada itu juga, anda boleh mulakan pelaburan secara berhemah mengikut saluran yang betul.

    1. Lindungi harta dan kekayaan

    Perlindungan kewangan seperti takaful, zakat, perancangan cukai dan pusaka amat penting bagi memastikan aset yang dimiliki tidak terjejas akibat musibah.

    1. Ubah cara berfikir dan bertindak

    Ilmu dan kesedaran tentang literasi kewangan menjadi asas penting dalam memperbaiki cara anda mengurus wang. Secara tidak langsung, setiap tindakan positif yang diambil akan memberi kesan baik terhadap kestabilan dan masa depan kewangan anda.

    Melalui langkah-langkah ini, ia dapat membantu perkukuhkan kewangan demi menjamin kesejahteraan hidup dalam jangka panjang. -RELEVAN

    Previous Article7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu
    Next Article LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.