Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah anda layak jadi jemaah haji 2026? 

    Adakah anda layak jadi jemaah haji 2026? 

    By Umi FatehahOctober 21, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Adakah anda layak jadi jemaah haji 2026? - GAMBAR HIASAN AFP

    KERAJAAN Arab Saudi telah memperketatkan syarat untuk bakal jemaah haji musim 1447H/2026M dalam memastikan kelancaran ibadah serta keselamatan semua tetamu Allah ke tanah suci. 

    Lembaga Tabung Haji (TH), yang bertanggungjawab terhadap pengurusan jemaah haji dari Malaysia berkata syarat-syarat ini perlu dipatuhi oleh setiap bakal jemaah sebelum memperoleh visa haji.

    Menurut pengumuman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, hanya individu yang bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau kronik yang tidak terkawal akan dianggap layak menunaikan haji. 

    Selain itu, keupayaan untuk melaksanakan ibadah sendiri tanpa bantuan turut menjadi keutamaan dalam penilaian kelayakan.

    Antara penyakit atau keadaan kesihatan yang menyebabkan seseorang tidak layak menunaikan ibadah haji ialah:

    • Kegagalan buah pinggang kronik
    • Kegagalan jantung atau penyakit jantung serius
    • Penyakit paru-paru kronik
    • Penyakit hati kronik
    • Masalah neurologi atau mental yang menjejaskan fungsi kognitif dan motor
    • Warga emas yang menghidap dementia atau fizikal terlalu lemah
    • Kehamilan berisiko tinggi
    • Penyakit berjangkit aktif
    • Penyakit kanser yang masih dalam rawatan

    Tabung Haji utamakan aspek kesihatan dan keselamatan jemaah

    Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, keselamatan, kebajikan dan keselesaan jemaah menjadi teras utama dalam pengurusan operasi haji setiap tahun.

    “Seperti tahun-tahun sebelumnya, TH amat menitikberatkan aspek kesihatan jemaah, khususnya ketika berada di Tanah Suci. 

    “Oleh itu, sebahagian besar petugas haji adalah daripada kalangan petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

    Klinik di semua penginapan tetapi tiada lagi pusat rawatan

    Bagi musim haji 1447H/2026M, TH akan menyediakan klinik kesihatan di semua bangunan penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah. 

    Setiap bangunan akan mempunyai klinik pesakit luar dan farmasi yang dikendalikan oleh petugas kesihatan bertauliah daripada KKM bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan perubatan yang komprehensif kepada jemaah.

    Namun, Mustakim berkata, bermula musim ini, TH tidak lagi dibenarkan membuka Pusat Rawatan di Tanah Suci. 

    Sebaliknya, jemaah yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke hospital-hospital yang dikendalikan oleh Kerajaan Arab Saudi dengan bantuan dan pemantauan pakar-pakar perubatan Malaysia.

    “TH turut merancang untuk menyediakan kemudahan kesihatan tambahan di hospital swasta Arab Saudi sekiranya diperlukan. 

    “Secara keseluruhan, seramai 225 petugas kesihatan akan digerakkan dengan kerjasama KKM bagi memastikan jemaah haji negara menerima rawatan terbaik,” katanya.

    Pemeriksaan kesihatan jadi syarat wajib

    Mustakim turut menegaskan keperluan tahap kesihatan yang baik adalah sebahagian daripada syarat kemampuan mengerjakan haji (istito‘ah) yang sering ditekankan dalam Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan.

    “Sebagaimana amalan sebelum ini, bakal jemaah perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh KKM sebelum menerima tawaran rasmi menunaikan haji,” katanya.

    Nasihat buat bakal jemaah

    Pada masa sama, TH menasihatkan bakal jemaah agar membuat persediaan kesihatan fizikal lebih awal sebelum berangkat ke Tanah Suci kerana ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental selain berdepan cuaca panas serta suasana berdebu di Arab Saudi.

    “TH akan terus berusaha memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat semua jemaah haji Malaysia. 

    “Namun, tanggungjawab menjaga kesihatan diri bermula daripada persiapan di tanah air lagi,” kata Mustakim.

    Dengan pelaksanaan garis panduan kesihatan baharu ini, diharapkan setiap bakal jemaah dapat membuat persediaan awal bagi memastikan ibadah haji mereka berjalan lancar, selamat dan diterima Allah SWT. – RELEVAN

    Previous ArticleHidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital
    Next Article 5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.