Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa

    5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 21, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa . GAMBAR HIASAN CANVA

    RAMAI menganggap sakit kepala yang selalunya dikaitkan dengan stres, kurang tidur atau terlalu lama menghadap skrin. 

    Namun begitu, bukan semua sakit kepala boleh dipandang ringan. Dalam sesetengah kes, ia mungkin menjadi petanda awal kepada kanser otak. 

    Paling penting, seseorang perlu mengenal pasti perbezaan terutama apabila sakit kepala yang datang bersama tanda-tanda luar biasa. Berikut lima simptom yang patut diberi perhatian menurut pakar-pakar kesihatan. 

    1. Sakit kepala berterusan 

    Sakit kepala biasa pada kebiasaannya akan hilang selepas rehat yang cukup atau makan ubat. Bagaimanapun, jika sakit kepala semakin teruk walaupun sudah makan ubat, ia boleh jadi tanda tekanan dalam otak yang sering dikaitkan kehadiran tumor. Keadaaan itu lebih nyata jika disertai rasa loya atau muntah. 

    1. Perubahan pada penglihatan 

    Tumor otak yang menekan saraf mata boleh menyebabkan penglihatan kabur. Jika mata anda sering kali susah fokus atau silau dengan cahaya, segera berjumpa dengan doktor. 

    1. Sawan 

    Jika anda tiba-tiba mengalami sawan di usia dewasa buat pertama kali, itu adalah tanda berbahaya. Tumor otak boleh mengakibatkan sawan dengan cara seluruh badan anda menjadi kejang atau kesukaran bercakap untuk tempoh masa yang singkat. 

    1. Perubahan kognitif dan personaliti 

    Antara tanda kanser otak yang ramai tidak sedar ialah perubahan pada cara berfikir atau perbuatan. Tumor yang tumbuh di otak boleh menjejaskan ingatan, emosi, dan kelakuan. Anda mungkin jadi mudah lupa, cepat marah atau murung. Walau perubahan tersebut berlaku secara perlahan, ia boleh ganggu kehidupan harian. 

    1. Masalah keseimbangan badan

    Tumor pada bahagian otak yang mengawal pergerakan boleh menyebabkan masalah pada badan anda seperti kesukaran untuk berjalan, mudah tersadung dan pening. Jika ada rasa kebas atau lemah pada mana-mana anggota badan, itu merupakan tanda serius dan perlu dirawat segera. 

    Pakar-pakar mencadangkan jika anda mengalami sakit kepala dengan simptom yang telah disenaraikan di atas, segera berjumpa dengan doktor. Pencegahan awal boleh menyelamatkan nyawa anda sebelum terlambat. -RELEVAN

    Previous ArticleAdakah anda layak jadi jemaah haji 2026? 
    Next Article Masa bentuk dan bina sahsiah generasi baharu

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.