Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kebebasan bersuara bukan lesen meluah sesuka hati di media sosial

    Kebebasan bersuara bukan lesen meluah sesuka hati di media sosial

    By Umi FatehahOctober 17, 2025Updated:October 17, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kebebasan bersuara bukan lesen untuk meluah sesuka hati di media sosial. - GAMBAR HIASAN SHUTTER SPEED/UNSPLASH

    DALAM era digital yang serba terbuka ini, setiap individu mempunyai pentas sendiri untuk bersuara. Hanya dengan satu hantaran, pandangan kita boleh sampai ke ribuan atau jutaan mata dan telinga di seluruh dunia.

    Namun, di sebalik kebebasan itu, ada garis halus yang memisahkan antara ‘berani bersuara’ dan ‘terlalu lantang hingga memakan diri’.

    Kita sering kagum dengan individu yang vokal, lantang menyuarakan isu semasa atau berani menegur ketidakadilan. Dalam banyak keadaan, sikap ini positif kerana ia menunjukkan kepekaan dan keyakinan diri. 

    Tetapi apabila setiap perkara ingin diulas, semua isu mahu dikritik dan segalanya diluahkan secara terbuka, di situlah bermulanya risiko overexposed – terlalu terdedah di media sosial. 

    Kadang-kadang bukan isi yang salah tetapi cara dan tempat menzahirkan pendapat yang menjadikan sesuatu kenyataan itu bermasalah.

    Media sosial bukan diari

    Ramai yang masih melihat media sosial sebagai ruang peribadi untuk meluahkan rasa, seolah-olah hanya rakan-rakan rapat yang membaca. 

    Hakikatnya, setiap ciapan, komen dan video yang dimuat naik boleh tersebar jauh lebih luas daripada jangkaan. Ia boleh ditangkap layar, dikongsikan semula dan dibaca di luar konteks asalnya walaupun niat kita sekadar bergurau.

    Lebih membimbangkan, dunia maya ini tidak melupakan. Walaupun kandungan sudah dipadam, kesannya mungkin kekal selamanya. 

    Menurut Kaspersky, inilah yang disebut sebagai digital footprint – jejak digital yang terbentuk daripada segala aktiviti kita di alam maya. Setiap perkongsian, gambar dan komen menjadi sebahagian daripada rekod yang boleh dijejaki semula walaupun sudah lama berlalu.

    Bayangkan satu komen yang ditulis dalam keadaan marah lima tahun lalu muncul semula hari ini, ketika kita sedang membina kerjaya atau memohon kerja baru. 

    Bagi majikan, klien atau rakan kolaborasi, ia boleh membentuk persepsi yang sukar diperbetulkan. Apa yang dianggap remeh pada masa lalu boleh menjadi penghalang besar pada masa depan.

    Mahu bina personal branding atau penjenamaan peribadi melalui media sosial itu tidak salah. Tetapi ramai percaya untuk membina personal branding, seseorang perlu tampil aktif dan berani di media sosial.

    Hakikatnya, penjenamaan peribadi bukan bermaksud anda perlu menonjol atau dikenali sebagai seorang yang lantang. Dalam dunia profesional, keberanian yang sebenar datang daripada keupayaan bersuara dengan hikmah, bukan dengan emosi.

    Penjenamaan peribadi yang berkesan ialah apabila seseorang mampu menunjukkan nilai, integriti dan kematangan dalam setiap perkongsiannya. 

    Pakar komunikasi menyarankan agar kita selalu bertanya kepada diri sendiri sebelum memuat naik sesuatu:

    • Adakah perkongsian ini perlu atau sekadar luahan emosi?
    • Adakah ia boleh menjejaskan reputasi saya di masa depan?
    • Adakah saya bersedia mempertahankan kenyataan ini lima tahun dari sekarang?

    Soalan-soalan itu nampak mudah tetapi sering diabaikan. Padahal ia boleh membezakan antara individu yang disegani dan individu yang tular disebabkan isu negatif.

    Antara kebebasan bersuara dan tanggungjawab berfikir

    Tidak ada salahnya bersuara. Bahkan, masyarakat yang sihat ialah masyarakat yang berani menyatakan pendapat. Namun, kebebasan bersuara tidak bermakna kita bebas daripada tanggungjawab terhadap apa yang diucapkan. Dalam dunia maya, kata-kata boleh tersebar lebih cepat daripada niat sebenar di sebaliknya.

    Seperti yang dihuraikan dalam kajian Freedom of Speech and Expression in Malaysia oleh Universiti Malaya, kebebasan bersuara bukanlah hak mutlak. Ia tertakluk kepada pertimbangan moral dan undang-undang. Justeru, setiap pendapat yang disuarakan perlu seiring dengan tanggungjawab sosial dan etika.

    Contohnya, satu komen sinis terhadap sesuatu isu boleh disalah tafsir sebagai serangan peribadi. Atau satu video teguran yang bertujuan mendidik boleh dianggap menghina. Tanpa kawalan emosi dan kebijaksanaan bahasa, mesej mudah disalah erti dan akhirnya ia bukan lagi tentang pendapat tetapi tentang personaliti kita.

    Belajar untuk bersuara dengan nilai, bukan dengan amarah

    Dalam dunia yang bising dengan pandangan, suara yang paling dihargai bukanlah yang paling kuat tetapi yang paling bernilai.

    Kadang-kadang, diam bukan tanda takut tetapi tanda matang. Kita tidak perlu menyertai setiap perdebatan atau menjawab setiap provokasi. Ada perkara yang lebih baik disimpan, dan ada juga pandangan yang lebih bijak disampaikan secara berhemah.

    Bila kita tahu bila perlu bersuara dan bila perlu menahan diri, kita sebenarnya sedang membina reputasi digital yang kukuh – bukan dibentuk oleh emosi sesaat tetapi oleh prinsip dan kebijaksanaan.

    Apa yang kita tulis hari ini mungkin terlupa esok, tapi internet tidak pernah lupa. Jejak digital tidak hilang walaupun kita sudah padamkan hantaran atau akaun. Ia boleh kekal bertahun-tahun, menunggu masa untuk muncul semula.

    Justeru, sebelum kita menekan butang post, publish dan sebagainya, fikirkan kesannya terlebih dahulu. – RELEVAN

    Previous ArticleBelanjawan 2026: RUU pekerja gig
    Next Article Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.