Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital

    Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 17, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital. GAMBAR HIASAN UTUSAN

    TANPA kita sedar, hampir setiap masa kita berhadapan dengan skrin telefon, komputer riba, tablet atau televisyen. Daripada bangun tidur hingga sebelum melelapkan mata, skrin seakan menjadi sebahagian daripada rutin hidup. 

    Namun, di sebalik kemudahan dan hiburan yang dibawa, terlalu banyak masa di hadapan skrin ada padahnya.

    Konsep detoks digital muncul sebagai usaha untuk membantu kita mengambil jarak seketika daripada dunia maya. Ia bukan bermaksud menolak teknologi sepenuhnya tetapi memberi ruang kepada diri untuk bernafas, menikmati suasana sekeliling tanpa gangguan notifikasi dan cahaya biru yang tidak pernah henti.

    Satu kajian dalam jurnal perubatan Cureus mendapati penggunaan skrin secara berterusan memberi tekanan pada otak dan boleh mengganggu waktu rehat. Akibatnya, kita akan mudah letih dan sukar tidur waktu malam. Dari sudut positif, kajian tersebut membuktikan bahawa detoks digital boleh membantu meningkatkan kesejahteraan mental.

    Ketagih penggunaan gajet

    Menurut pakar, lebih enam daripada 10 orang dewasa mengakui bahawa mereka ketagih kepada gajet. Tanpa detoks digital, ia boleh menyebabkan seseorang hilang fokus dan cepat letih. Kajian itu juga mendapati penggunaan skrin gajet secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang mempunyai masalah kesihatan mental. Oleh itu, penting untuk kita berehat daripada media sosial dan memberi ruang kepada diri sendiri.

    Apa itu detoks digital?

    Detoks digital bermaksud kawalan masa daripada penggunaan skrin secara berlebihan termasuk waktu bekerja atau apabila menggunakan media sosial. Ia juga merupakan satu kesedaran demi menjaga kesejahteraan mental daripada dunia digital yang toksik. Proses ini memerlukan disiplin dengan melakukannya secara konsisten untuk melihat keberkesanannya.

    Kelebihan detoks digital
    • Tidur lebih lena
    • Kurang tekanan dan keresahan
    • Peningkatan daya fokus
    • Lebih kreatif dan produktif
    • Badan dan mata lebih segar
    Kembali berhubung dengan manusia, bukan skrin

    Pakar turut menjelaskan apabila seseorang mengurangkan masa menggunakan telefon atau gajet lain, ia memberi lebih ruang untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan. Secara tidak langsung, usaha ini dapat membantu membina hubungan yang lebih rapat bersama orang tersayang.

    Detoks digital bukan bermaksud berhenti terus daripada menggunakan teknologi, sebaliknya ia adalah usaha untuk menggunakannya dengan cara yang lebih sihat. Contohnya, tutup notifikasi yang tidak penting dan tetapkan masa khusus bagi penggunaan gajet.

    Belum cuba, belum tahu

    Memulakan detoks digital sememangnya bukan perkara mudah. Ramai yang gelisah bak cacing kepanasan, ada juga yang mudah bosan atau takut terlepas sesuatu jika tidak membuka telefon bimbit. Inilah antara sebab utama ramai gagal pada percubaan pertama.

    Bagaimanapun, sikap sabar dan ubah cara berfikir demi membina rutin yang lebih sihat, proses detoks digital boleh tercapai. Antara tip untuk bantu anda lakukan detoks digital termasuk:

    • Gantikan masa skrin dengan aktiviti lain seperti membaca atau bersenam
    • Kurangkan masa skrin sedikit demi sedikit, yang penting ialah konsisten
    • Sokongan daripada ahli keluarga atau rakan

    Detoks digital bukan bermakna tidak menggunakan teknologi serta-merta. Kita sebagai pengguna hanya perlu bijak menggunakannya secara berhemah. Langkah kecil ini membantu kita mengurangkan stres, tidur lebih lena dan kembali berpijak di dunia nyata. – RELEVAN

    Previous ArticleKebebasan bersuara bukan lesen meluah sesuka hati di media sosial
    Next Article Adakah anda layak jadi jemaah haji 2026? 

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.