Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

    Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

    By Umi FatehahOctober 16, 2025Updated:October 16, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada tubuh. - GAMBAR HIASAN NATHAN DUMLAO/UNSPLASH

    PELUH sering dianggap simbol kesihatan. Bila peluh mula menitis selepas bersenam atau ketika cuaca panas, ramai yang tersenyum puas kononnya badan sedang membuang toksin dan menjadi lebih sihat. 

    Hakikatnya, berpeluh berlebihan juga mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lain. 

    Kenapa badan berpeluh?

    Peluh adalah cara semula jadi tubuh menyejukkan suhu dalaman. Apabila suhu badan meningkat, kelenjar peluh mula menghasilkan cecair yang keluar melalui liang pori. Apabila peluh di kulit menyejat, suhu tubuh akan menurun dan badan kekal stabil.

    Proses ini normal dan penting terutamanya ketika cuaca panas, selepas bersenam atau apabila kita berada dalam keadaan cemas. 

    Namun, kadar peluh seseorang tidak sama antara satu sama lain. Ia boleh dipengaruhi oleh faktor genetik, hormon, tahap kecergasan, suhu persekitaran dan juga keadaan emosi.

    Peluh banyak tak semestinya buang toksin

    Salah satu salah faham paling biasa ialah menganggap peluh membantu membuang toksin dari badan. Hakikatnya, fungsi utama peluh bukan untuk detoks tetapi bagi menyejukkan tubuh.

    Toksin sebenarnya disingkirkan melalui buah pinggang, hati dan sistem perkumuhan, bukan melalui kelenjar peluh. Jadi, walaupun peluh boleh mengeluarkan sedikit garam dan bahan buangan, jumlahnya sangat kecil dan tidak memberi kesan besar kepada proses pembersihan badan.

    Dengan kata lain, berpeluh banyak tidak semestinya tanda tubuh sihat. Ia mungkin hanya menunjukkan badan sedang berusaha menstabilkan suhu atau bertindak balas terhadap sesuatu, bukan membuang toksin seperti yang sering disangka.

    Peluh berlebihan

    Ada juga individu yang berpeluh lebih banyak daripada biasa walaupun dalam keadaan rehat atau suhu normal. Keadaan ini dikenali sebagai hiperhidrosis – peluh berlebihan tanpa sebab yang jelas.

    Ia boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik, perubahan hormon, tekanan emosi atau masalah kesihatan seperti kencing manis dan gangguan tiroid. Sesetengah ubat juga boleh mencetuskan peluh berlebihan sebagai kesan sampingan.

    Namun, ramai tidak sedar keadaan ini sebenarnya boleh menjejaskan kualiti hidup. Individu dengan hiperhidrosis sering berasa tidak selesa, malu untuk bersalaman dan terpaksa menukar pakaian berulang kali. 

    Ia bukan sekadar isu kebersihan tetapi juga memberi kesan pada emosi dan keyakinan diri.

    Tanda-tanda perlu diberi perhatian

    Peluh yang keluar secara berlebihan boleh menjadi tanda amaran terutamanya jika ia berlaku tanpa sebab jelas atau disertai simptom lain seperti degupan jantung laju, penurunan berat badan mendadak atau rasa lemah yang berpanjangan.

    Jika anda sering berpeluh pada waktu malam walaupun dalam bilik berhawa dingin atau peluh keluar hanya pada sebelah bahagian badan, itu juga boleh menjadi petunjuk kepada gangguan kesihatan tertentu. 

    Dalam situasi sebegitu, anda sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor supaya punca sebenar dapat dikenal pasti lebih awal.

    Apa boleh dilakukan?

    Peluh berlebihan boleh dikawal dengan langkah yang sesuai. Antara cara mudah termasuk menjaga kebersihan diri, memakai pakaian yang diperbuat daripada bahan bernafas seperti kapas dan mengelakkan makanan yang boleh merangsang peluh seperti kafein dan makanan pedas.

    Bagi mereka yang mengalami peluh berlebihan yang teruk, rawatan perubatan seperti antiperspirant khas, suntikan botox atau rawatan laser untuk kelenjar peluh boleh dipertimbangkan di bawah nasihat pakar. 

    Di samping itu, anda juga perlu mengawal kadar tekanan atau stres. Tekanan emosi boleh merangsang sistem saraf dan meningkatkan pengeluaran peluh tanpa disedari.

    Jadi, kalau anda berpeluh banyak, jangan terus fikir ia tanda anda sihat atau sebaliknya, terus panik. Peluh adalah perkara normal tetapi peluh yang keluar tanpa sebab munasabah atau disertai gejala lain mungkin tanda tubuh sedang cuba memberitahu sesuatu.

    Dalam hal kesihatan, bukan peluh yang perlu dihitung tetapi kesejahteraan seluruh tubuh badan. Perhatikan sebarang perubahan pada tubuh badan anda. Kadangkala, peluh bukan sekadar peluh. Ia mungkin petunjuk bahawa ada sesuatu yang perlu anda beri perhatian lebih. – RELEVAN

    Previous Article6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu
    Next Article Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

    Artikel berkaitan

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.