Facebook Twitter
    Trending
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

    Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 16, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2026: RUU Pekerja Gig. GAMBAR HIASAN UTUSAN

    “Fleksibel, bebas, tapi tiada jaminan.”

    DEMIKIAN realiti yang dihadapi jutaan pekerja gig di Malaysia hari ini. Mereka menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara, khususnya dalam industri penghantaran, hiburan dan lain-lain perkhidmatan.

    Namun, kedudukan mereka dari segi undang-undang masih belum jelas. Keadaan ini dijangka berubah dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

    1. Perlindungan baharu dan kekal fleksibel

    RUU tidak mengubah sifat bebas pekerjaan gig. Sebaliknya, ia mengekalkan fleksibiliti sedia ada sambil memberikan perlindungan seperti hak mendapat bayaran tepat pada masa dan keselamatan para pekerja gig.

    Langkah ini selaras dengan mandat Perdana Menteri untuk memastikan kehidupan pekerja gig lebih terjamin dalam apa jua keadaan.

    1. Pengiktirafan undang-undang

    Buat pertama kali, pekerja gig bakal diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang Malaysia. Pengiktirafan ini meliputi dua kategori utama:

    Pekerja melalui platform digital, termasuk mereka yang bekerja menggunakan aplikasi seperti:
    • E-hailing (contohnya pemandu Grab, inDriver)
    • P-hailing (penunggang penghantaran makanan dan barangan)
    Pekerja bebas
    • Melibatkan individu yang menawarkan perkhidmatan secara sendiri tanpa platform tetap seperti:
    • Jurugambar
    • Jurusolek
    • Wartawan sambilan
    • Penterjemah
    1. Tribunal khas untuk pertikaian

    Sebelum adanya RUU ini, pekerja gig tiada saluran rasmi untuk membuat aduan jika berlaku masalah dengan majikan atau platform.

    Melalui RUU baharu, Tribunal Pekerja Gig akan ditubuhkan sebagai tempat rasmi untuk menyelesaikan pertikaian dengan lebih cepat dan adil termasuk isu seperti bayaran lewat, potongan tidak sah dan pelanggaran kontrak kerja.

    1. Hak mendapat bayaran adil

    Antara pembaharuan penting ialah penetapan bahawa entiti kontrak wajib membayar pekerja gig dalam tempoh tujuh hari selepas perkhidmatan diselesaikan.

    RUU ini turut memperkenalkan majlis tripartite yang melibatkan pekerja, majikan dan kerajaan bagi menentukan kadar upah adil mengikut sektor. Slip bayaran gaji juga diwajibkan sekiranya diminta oleh pekerja demi memastikan ketelusan.

    1. Perlindungan pekerja gig diutamakan

    Caruman kepada skim perlindungan seperti PERKESO diwajibkan melalui perbincangan di Majlis Perundingan bagi menjamin kebajikan pekerja yang berisiko menghadapi kemalangan atau kehilangan pendapatan. Secara tidak langsung, usaha ini melindungi hak pekerja gig dari pelbagai aspek termasuk mengurangkan risiko beban kos perubatan kepada majikan.

    1. Manfaat kepada semua pihak

    RUU ini tidak melibatkan kos langsung tambahan kepada majikan, namun ia memerlukan pematuhan terhadap hal berkaitan pengurusan buruh. Kesannya, industri menjadi lebih telus, pekerja lebih dilindung dan pengguna pula mendapat jaminan perkhidmatan yang lebih selamat dan stabil.

    1. Hukuman tegas kepada yang tidak patuh

    RUU ini turut memperuntukkan hukuman bagi pelanggaran:

    • Denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
    • Kesalahan berkaitan caruman perlindungan dan kesihatan pekerjaan turut dikenakan hukuman tertentu.

    RUU Pekerja Gig ini menandakan permulaan baharu bagi dunia pekerjaan di Malaysia. Pada akhirnya, ia mengiktiraf hak dan martabat jutaan pekerja gig yang sebelum ini tidak dilindungi undang-undang. -RELEVAN

    Previous ArticleBerpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan
    Next Article Kebebasan bersuara bukan lesen meluah sesuka hati di media sosial

    Artikel berkaitan

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Artikel Terkini

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.