Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P. GAMBAR HIASAN UTUSAN

    KEMAJUAN yang ada pada teknologi hari ini membuka peluang baharu kepada usahawan luar bandar untuk mengembangkan perniagaan mereka secara meluas.

    Jika dahulu produk industri desa hanya dijual di kawasan sekitar pembuatannya sahaja, kini semuanya boleh dijual hingga ke peringkat antarabangsa hanya menerusi media sosial. Justeru, ini merupakan masa yang tepat untuk negara menghidupkan semula semangat keusahawanan industri desa melalui pendekatan lebih moden.

    Program Satu Kampung Satu Produk (1K1P) pernah disambut baik suatu ketika dahulu. Tujuan pelancarannya adalah untuk menggalakkan penduduk luar bandar menjana pendapatan melalui produk tempatan yang unik. Bagaimanapun, program ini sudah tiada memandangkan ia kurang memberi impak kepada ekonomi luar bandar.

    Menurut Timbalan Pengarah Eradicating Poverty Impact Lab Universiti Taylor’s, Profesor Madya Dr. Chong Wei Ying, kelemahan utama 1K1P ialah ia terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan dan kaedah pemasaran yang kurang meluas.

    “Ramai usahawan desa menerima peralatan dan dana, tetapi sayangnya mereka tidak dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan sebenar seperti penjenamaan, pembungkusan moden dan pemasaran berbentuk digital,” katanya.

    Profesor Madya Dr. Chong mencadangkan agar kerajaan menghidupkan semula idea asal 1K1P tetapi dalam versi baharu iaitu 1K1P 2.0 yang berpandukan kepada teknologi masa kini. Matlamat utamanya adalah untuk mengekalkan tradisi dan transformasi perniagaan luar bandar agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

    Cadangan utama 1K1P 2.0

    Dalam pada itu, Profesor Madya Dr. Chong mengemukakan lima cadangan bagi memperkukuh pelaksanaan 1K1P 2.0 ke arah usahawanan luar bandar yang lebih moden.

    1. Latihan digital dan e-dagang

    Usahawan desa perlu dilatih untuk menguasai kemahiran asas perniagaan dalam talian termasuk : 

    • Promosi produk dengan visual lebih kreatif demi menarik minat pelanggan
    • Kemahiran berinteraksi dengan pelanggan melalui media sosial
    • Urus proses penghantaran dan logistik yang pantas dan cekap
    2. Kerjasama strategik dengan NGO dan IPT

    Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berpotensi menjadi rakan strategik bersama usahawan desa. 

    • Bimbingan menggunakan platform bersesuaian seperti WhatsApp Business dan Facebook Marketplace
    • Bantu menghasilkan reka bentuk pembungkusan, kandungan promosi dan cara pemasaran lebih profesional dan mudah
    3. Penglibatan bersama usahawan muda dan program inkubator

    Demi memastikan 1K1P 2.0 menjadi realiti, penglibatan usahawan dari golongan muda juga penting.

    • Program keusahawanan belia inkubator turut memfokuskan perusahaan mikro luar bandar
    • Galakan kolaborasi semua usahawan untuk mempelajari kemahiran tradisional dan era moden
    4. Sokongan daripada syarikat swasta dan GLC

    Sektor korporat yang terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta juga boleh memainkan peranan penting.

    • Beli produk 1K1P untuk digunakan dalam acara rasmi atau sebagai cenderamata korporat
    • Salah satu cara untuk menyokong produk tempatan bagi memberi peluang pasaran dan pendapatan tetap kepada usahawan desa
    5. CSR berimpak tinggi

    Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tidak lagi berbentuk sumbangan sementara, malah pelaburannya boleh disalurkan menerusi yang berikut : 

    • Bina ruang kerja bersama
    • Sediakan studio digital dan pusat logistik bersama
    • Tingkat kemudahan teknologi untuk usahawan desa

    Menerusi lima cadangan yang dikongsikan oleh Profesor Madya Dr. Chong, diharapkan usaha ini dapat membuka lembaran baharu kepada usahawan desa untuk terus maju jaya dalam dunia perniagaan era moden. Ini merupakan masa terbaik masyarakat luar bandar memperbaiki kemahiran yang ada demi mengekalkan identiti produk tempatan.

    Dengan pelaksanaan 1K1P 2.0, ia turut memberi nafas baharu kepada sektor keusahawanan yang menjadi nadi ekonomi negara. Sudah tiba masanya kita meberi sokongan kepada produk tempatan milik rakyat Malaysia sendiri. -RELEVAN

    Previous ArticleBaru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini
    Next Article Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.