Facebook Twitter
    Trending
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    • Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    • Elak minum air kelapa jika…
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    By Umi FatehahOctober 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BAGI kebanyakan generasi muda, mendapat pekerjaan pertama ibarat satu langkah besar ke dunia sebenar yang penuh dengan tanggungjawab. 

    Namun, dalam keterujaan untuk buktikan kemampuan, ramai terjebak dengan kesilapan-kesilapan kecil yang akhirnya memberi kesan besar kepada reputasi dan perkembangan kerjaya.

    Menurut Time, berikut ialah lima kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh semua orang ketika menempuh dunia kerja buat kali pertama dan bagaimana ia boleh dielakkan.

    1. Menganggap kerja sama seperti belajar di universiti

    Ramai yang masuk ke dunia kerja dengan pemikiran sama seperti zaman belajar. Tunggu arahan, buat tugasan, hantar pada masa ditetapkan. Tapi di tempat kerja, realitinya jauh berbeza. Majikan mengharapkan pekerja yang proaktif, bukan sekadar patuh arahan.

    Dalam dunia kerja, anda perlu pandai mencari penyelesaian sendiri, bukan menunggu orang lain beri jawapan. Jika tidak tahu sesuatu, bertanya itu bagus tapi sebaiknya siapkan bersama cadangan atau usaha. Inilah yang membezakan antara pelajar dan pekerja profesional.

    1. Terlalu cepat mahu naik pangkat atau dapat pengiktirafan

    Perasaan untuk terus maju itu bagus tapi ramai yang terlalu terburu-buru. Baru beberapa bulan bekerja, sudah mula rasa tidak dihargai bila tak dipuji atau dinaikkan gaji. Hakikatnya, kepercayaan dan pengiktirafan tidak datang dalam masa singkat.

    Ambil masa untuk belajar selok-belok kerja, fahamkan budaya syarikat dan bina reputasi sebagai individu yang boleh dipercayai. Kadang-kadang, majikan sedang menilai cara kita menghadapi tekanan dan tanggungjawab, bukan sekadar hasil kerja semata-mata.

    1. Tidak pandai mengurus emosi dan komunikasi

    Antara cabaran terbesar generasi muda ialah mengurus perasaan apabila ditegur atau dikritik. Ada yang terus terasa hati. Ada juga yang membalas dengan nada defensif. Padahal, dunia kerja bukan tempat untuk ambil hati tapi ruang untuk belajar dan berkembang.

    Belajar mendengar dengan terbuka. Jika ada teguran, terima dengan profesional dan lihat apa yang perlu diperbaiki. Begitu juga dengan komunikasi. Pastikan setiap mesej, emel atau perbualan kerja disampaikan dengan jelas dan sopan. 

    Gaya bercakap seperti mesra kawan-kawan mungkin sesuai di luar waktu kerja tapi tidak dalam konteks profesional. Ketika bekerja atau dalam mesyuarat, pastikan anda kekalkan profesionalisme.

    1. Tak jaga disiplin masa dan tanggungjawab kecil

    Datang lambat “lima minit sahaja” atau lewat hantar tugasan sebab “lupa” mungkin nampak remeh. Tetapi, ia memberi gambaran besar tentang tahap disiplin seseorang. Dunia kerja menilai bukan hanya hasil tetapi konsisten dan sikap.

    Ramai anak muda yang berbakat besar tetapi gagal mengekalkan prestasi kerana sikap sambil lewa terhadap perkara asas seperti masa, e-mel rasmi atau tanggungjawab kecil. Ingat, kalau kita tak boleh dipercayai untuk urusan kecil, sukar orang nak percayakan kita untuk urusan besar.

    1. Tidak tahu nilai diri dan hak sebagai pekerja

    Kesilapan lain yang kerap berlaku ialah terlalu takut untuk bersuara. Ada yang terima beban kerja berlebihan tanpa sempadan atau tidak berani bertanya tentang kontrak, cuti dan faedah kerana takut dilabel “banyak songeh”.

    Sebagai pekerja, anda berhak tahu tentang hak dan tanggungjawab. Fahami kontrak, semak jadual waktu kerja dan berani bersuara dengan cara sopan bila ada isu yang wajar dibincangkan. 

    Dunia kerja bukan tentang tunduk semata-mata tapi tentang tahu bila perlu tegas dan bila perlu fleksibel. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025
    Artikel Terkini

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.