Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

    Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

    By Umi FatehahSeptember 17, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental. - GAMBAR HIASAN VITALY GARIEV/UNSPLASH

    PERNAH anda mendengar orang berkata, “Kalau nak berjaya, kena hustle. Kena kerja keras siang malam.”

    Ayat ini sudah menjadi mantera dalam masyarakat. Ia menggambarkan kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga dan tidur.

    Tetapi… sampai bila seseorang harus berfikiran sedemikian?

    Apabila melihat orang lain menjadikan kesibukan sebagai lambang kejayaan terutama di media sosial – jadual padat, bekerja sehingga lewat malam dan tidak sempat berehat. 

    Lama-kelamaan, pembaca akan mula mempercayai bahawa ia satu-satunya jalan menuju kejayaan walaupun ia memberi kesan terhadap kesihatan fizikal, mental dan hubungan peribadi.

    Tekanan bukan lagi perkara biasa

    Kajian oleh Naluri Hidup mendapati lebih 60 peratus pekerja di Asia Tenggara mengalami kadar burnout yang tinggi. Di Malaysia kajian sama mendapati kadar burnout berada pada anggaran 58.13 peratus dalam kalangan pekerja sepenuh masa.

    Ini bermana lebih separuh daripada tenaga kerja di negara ini berdepan keletihan berpanjangan. Ia bukan lagi sekadar penat biasa tetapi penat yang menjejaskan produktiviti, emosi dan motivasi hidup.

    Rramai masih berasa bersalah jika mereka berehat. Ada yang takut dianggap malas, kurang komited atau tidak cukup berdaya saing. Akhirnya, mereka memaksa diri bekerja lebih lama walaupun badan dan minda sudah memberi isyarat untuk berhenti.

    Jika dibiarkan, keadaan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti gangguan tidur, kemurungan, kebimbangan melampau dan masalah jantung. 

    Dari segi kerja, ia boleh mengurangkan kualiti keputusan, meningkatkan risiko membuat kesilapan dan menyebabkan kadar pekerja berhenti kerja semakin tinggi. 

    Dalam jangka masa panjang, organisasi akan mengalami kerugian akibat penurunan produktiviti dan peningkatan kos untuk menggantikan tenaga kerja.

    Kenapa kita terperangkap dalam budaya kerja keras

    Sebahagian besar dibesarkan dengan naratif: kerja keras = kaya dan berjaya.

    Dari sekolah lagi kita sudah dilatih mengejar gred, utamakan prestasi akademik lebih daripada kesihatan mental atau sosial.

    Apabila masuk ke dunia pekerjaan, perkara yang sama berulang. Pekerja yang datang paling awal dan pulang paling lewat dianggap paling berdedikasi, tak guna cuti pun juga disanjung tinggi. Lama-kelamaan, kita pun percaya bahawa nilai diri diukur dengan berapa banyak kita bekerja.

    Ideologi ini membuatkan kita meletakkan kerja sebagai identiti utama. Kita mula rasa bersalah jika berehat atau memilih untuk mengutamakan kehidupan peribadi. Akhirnya, kerja menjadi satu-satunya penentu harga diri, dan ini membuka pintu kepada burnout.

    Media sosial turut memperkukuh budaya ini. Kita disogok dengan kisah kejayaan orang lain yang kononnya bekerja siang malam, bangun jam lima pagi dan sentiasa produktif. Apa yang kita tak nampak ialah sisi sebenar seperti keletihan, tekanan atau pengorbanan hubungan peribadi mereka.

    Budaya kerja keras ini juga dipacu oleh majikan yang secara sedar atau tidak memberi ganjaran kepada tingkah laku kerja. Antaranya memberi pujian kepada yang sanggup bekerja hujung minggu atau mengabaikan cuti sakit demi menyiapkan tugasan. 

    Semua ini secara tidak langsung mengajar pekerja bahawa untuk diiktiraf, mereka perlu bekerja lebih daripada sepatutnya.

    Realitinya, produktiviti lebih tinggi bila ada batas

    Kajian menunjukkan pekerja yang ada keseimbangan kerja–hidup sebenarnya lebih produktif, lebih kreatif dan lebih lama kekal dalam organisasi. Tubuh dan minda yang rehat cukup mampu menghasilkan kerja berkualiti tinggi tanpa perlu bekerja sehingga lewat malam setiap hari.

    Bila kita ada masa untuk berehat, beriadah atau meluangkan masa dengan keluarga, kita memberi peluang kepada otak untuk memproses maklumat dan reset. Hasilnya, kita lebih fokus apabila kembali bekerja, lebih bijak membuat keputusan dan kurang melakukan kesilapan.

    Syarikat yang mengutamakan keseimbangan ini juga menikmati faedah jangka panjang — kadar keluar masuk pekerja lebih rendah, tahap kepuasan kerja meningkat dan budaya kerja lebih sihat. Secara tidak langsung, organisasi menjadi lebih menarik kepada bakat-bakat terbaik di pasaran.

    Jadi, bukanlah soal bekerja keras semata-mata tetapi bekerja dengan cara yang lebih bijak dan mampan. Kejayaan bukan diukur daripada berapa lama kita berada di pejabat tetapi daripada kualiti kerja dan kesejahteraan hidup yang dicapai. – RELEVAN

    Previous ArticleSybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja
    Next Article Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?

    Artikel berkaitan

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.