Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Malaysia jadi negara tua: Apa kesannya kepada generasi akan datang?

    Malaysia jadi negara tua: Apa kesannya kepada generasi akan datang?

    By Umi FatehahAugust 27, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MALAYSIA berdepan perubahan besar dalam struktur demografi. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Malaysia dijangka menjadi sebuah negara menua pada tahun 2048 apabila 14 peratus rakyatnya mencapai usia 65 tahun ke atas. 

    Apa yang membimbangkan, kadar kesuburan dan perkahwinan semakin menurun, sekaligus mencetuskan pelbagai kebimbangan kepada fabrik masyarakat, sosial, dan ekonomi negara. Ini kerana mana-mana negara memerlukan jumlah golongan dan umur tertentu untuk memajukan ekonomi.

    Kadar kesuburan menjunam

    Kadar kelahiran di Malaysia dijangka merosot daripada 1.67 anak bagi setiap wanita pada 2025 kepada hanya 1.6 menjelang 2035. Angka ini jauh lebih rendah berbanding paras penggantian generasi iaitu 2.1.

    Apabila kadar kesuburan jatuh di bawah tahap penggantian, ia bermaksud setiap generasi baharu tidak memadai untuk menggantikan generasi sebelumnya. Ini bermakna bilangan kanak-kanak semakin kecil manakala jumlah warga emas terus meningkat.

    Kurang perkahwinan, kurang anak

    Jumlah perkahwinan juga semakin menurun. Statistik menunjukkan kadar perkahwinan kasar jatuh daripada 6.6 bagi setiap 1,000 penduduk pada 2022 kepada 5.7 pada 2023.

    Semakin ramai individu menunda perkahwinan kerana pelbagai faktor seperti keutamaan terhadap pendidikan, kerjaya atau keselesaan hidup. Apabila perkahwinan ditangguhkan, peluang memiliki anak semakin mengecil kerana tempoh subur lebih singkat.

    Gabungan dua faktor ini – kadar perkahwinan menurun dan kadar kelahiran rendah akan mempercepatkan perubahan struktur populasi negara.

    Apa kesan negara tua kepada rakyat?

    Perubahan ini membawa kesan besar kepada cara hidup dan hubungan dalam masyarakat. Antaranya:

    • Beban kepada generasi muda – Apabila bilangan orang tua lebih ramai daripada kanak-kanak, golongan muda akan menjadi kumpulan utama yang menyara masyarakat. Mereka perlu menanggung tanggungjawab kewangan dan penjagaan keluarga dengan lebih besar.
    • Saiz keluarga mengecil – Dahulu, satu keluarga mungkin ada lima atau enam anak. Hari ini, kebanyakan keluarga hanya mempunyai seorang atau dua anak. Ini bermaksud tanggungjawab menjaga ibu bapa pada hari tua jatuh kepada bilangan anak yang lebih kecil.
    • Perubahan dinamik sosial – Semakin ramai yang hidup bujang atau berkahwin lewat, pola kehidupan masyarakat juga berubah. Nilai keluarga, gaya hidup dan cara menyokong warga emas akan berbeza berbanding generasi terdahulu.

    Realiti generasi muda

    Anak muda hari ini mungkin melihat isu kurang kahwin, kurang anak sebagai pilihan individu. Tetapi apabila pilihan ini berlaku secara meluas, ia akan mencorakkan masa depan negara dalam jangka panjang. Masalah ini sudah dilihat di Korea Selatan dan Jepun.

    Golongan muda akan hidup dalam masyarakat yang mempunyai lebih ramai warga emas berbanding kanak-kanak, tenaga kerja semakin mengecil sehingga ia akan memberi tekanan kepada golongan muda. 

    Keperluan menjaga ibu bapa juga semakin mencabar kerana saiz keluarga yang kecil. Anak-anak tidak lagi mampu berkongsi tanggungjawab menyara orang tua mereka. 

    Dengan kata lain, perubahan demografi ini bukan sahaja soal angka tetapi turut menyentuh kehidupan harian generasi akan datang. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.