Facebook Twitter
    Trending
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    By Umi FatehahAugust 20, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DALAM dunia automotif, setiap pemilik kereta ada citarasa sendiri. Ada yang beli kereta dari kilang dan terus memandu dengan rasa puas hati.

    Bagi sesetengah orang pula, perubahan kecil pada enjin atau aksesori sudah memadai manakala yang lain mahu mencipta sesuatu yang langsung tidak wujud di jalan raya. 

    Daripada dunia modifikasi ini juga muncul sosok yang kini dianggap legenda, Kazuhiko Nagata atau lebih dikenali sebagai Smokey Nagata.

    Beliau bukan sekadar mekanik atau pereka kereta biasa. Namanya terpahat dalam dunia automotif kerana keberanian dan kepakarannya mengubahsuai jentera Jepun sehingga mampu memecut di luar jangkaan. 

    Kehidupan awal

    Smokey Nagata membesar di Hokkaido, Jepun. Sejak remaja, beliau meminati dunia mekanikal dan automotif.

    Ketika rakan-rakan sebayanya menghabiskan masa dengan aktiviti biasa, Smokey Nagata sering berada di bengkel untuk membongkar dan memasang kembali enjin kereta. Minat yang mendalam ini membawanya bekerja di bengkel kereta selepas tamat sekolah.

    Tidak lama kemudian, dia berpindah ke Tokyo untuk bekerja di bengkel Trust, sebuah syarikat alat ganti berprestasi tinggi. Namun, Smokey Nagata mempunyai visi sendiri iaitu untuk membina kereta yang bukan sahaja laju di litar tetapi juga mampu mendominasi jalan raya.

    Lahirnya Top Secret

    Selepas mengumpul pengalaman, Smokey Nagata menubuhkan syarikatnya sendiri pada awal 1990an dan menamakannya Top Secret. Nama ini dipilih kerana pada awalnya, projek-projek kereta modifikasinya dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan pihak atasan di tempat beliau bekerja.

    Top Secret kemudian menjadi jenama ikonik dalam dunia kereta Jepun, dikenali kerana menghasilkan kereta modifikasi ekstrem, kemasan warna emas yang unik dan keberanian Smokey Nagata mencabar had prestasi.

    Aksi bersejarah di United Kingdom

    Tahun 1999 di United Kingdom menjadi saksi kepada salah satu kisah Smokey Nagata yang paling diingati peminat automotif. Beliau memandu sebuah kereta Toyota Supra MK4 yang diubah suai secara ekstrem. 

    Enjin asal kereta tersebut iaitu enjin 2JZ digantikan dengan enjin 5.0L V12 daripada Toyota Century dan dilengkapi dengan dua turbo besar. Kuasa kuda keretanya pula melebihi 900hp. Kereta itu sudah cukup untuk memecah had kelajuan di mana-mana jalan raya.

    Pada asalanya, Smokey Nagata tiba di UK untuk menghadiri pertunjukan kereta. Namun, pada waktu malam dan dalam keadaan hujan renyai, beliau memandu ke lebuh raya A1(M) di Utara England dengan niat untuk menguji sejauh mana keretanya mampu meluncur. 

    Nissan GT-R berwarna emas milik Smokey Nagata. – GAMBAR INSTAGRAM RASMI TOP SECRET

    Walaupun jalan basah dan licin, Smokey Nagata tetap menekan pedal minyak sedalam-dalamnya. Kelajuan keretanya mencecah lebih 300km/j iaitu sesuatu yang dianggap perkara gila untuk dilakukan di jalan awam.

    Aksi itu tidak berlangsung lama. Polis UK yang sudah mengesan kelajuan luar biasa itu segera mengejar dan menghentikan keretanya. Smokey Nagata akhirnya ditangkap di tepi jalan. Selepas siasatan, beliau didakwa kerana memandu secara berbahaya. 

    Beliau kemudian dikenakan denda, keretanya dirampas untuk sementara dan paling pedih, namanya diharamkan daripada memasuki UK buat beberapa tahun.

    Legasi rahsia menjadi legenda automotif

    Sejak itu, Top Secret terus menghasilkan projek-projek kereta yang memukau — daripada Nissan GT-R R35 yang diubahsuai untuk kelajuan maksimum, hinggalah kepada kereta konsep yang dipamerkan di Tokyo Auto Salon, acara permotoran berprestij dari Jepun yang baru-baru ini turut diadakan di Malaysia.

    Smokey Nagata bukan sekadar mekanik atau pereka tetapi simbol semangat buat sesuatu sehingga ke tahap yang orang lain fikir mustahil. Walaupun aksinya di UK mendapat kritikan, ia juga menjadi titik sejarah yang mengukuhkan statusnya sebagai legenda dunia automotif Jepun.

    Mengubah sang gagah menjadi raksasa litar

    Ketika Nissan GT-R R32 mula diperkenalkan pada tahun 1989, ia sudah membuktikan kehebatannya di litar perlumbaan Jepun. Namun, di luar negara, namanya masih belum cukup berpengaruh untuk digelar sebagai kereta legenda. Dengan pandangan tajamnya, Smokey Nagata melihat potensi besar kereta tersebut yang masih belum diterokai.

    Beliau mula bereksperimen dengan GT-R dengan meningkatkan kuasa enjin RB26DETT, mengubah sistem turbo dan memperhalusi aerodinamik. Hasilnya? Kereta itu menjadi raksasa di jalan raya dan litar dengan kuasa kuda mencecah 1,000 pada sesetengah model Top Secret.

    Dari situlah, peminat kereta di seluruh dunia mula memberi perhatian. Bagi ramai orang, video dan gambar GT-R berwarna emas milik Smokey Nagata menjadi kunci untuk meneroka dunia eksklusif Japanese Domestic Market (JDM).

    Hari ini, Smokey masih aktif berkarya di bawah Top Secret. Walaupun dunia automotif semakin dipenuhi teknologi moden dan sekatan undang-undang yang ketat, semangatnya kekal sama iaitu mencipta sesuatu yang mengagumi orang ramai.

    Bagi peminat kereta, nama Smokey Nagata akan sentiasa berkait rapat dengan keberanian, inovasi dan semangat yang membuka mata orang ramai kepada dunia automotif. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026
    Artikel Terkini

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.